Posted by: aminuddin | 30/12/2009

Pesan Guruku : Bersyukurlah

Aku dah berkecimpung agak lama dalam aktiviti NGO ni. Namun kerap juga aku merasakan seolah-olah tidak banyak perubahan di dalam diriku, baik dari segi ilmu maupun akhlaq. Hubunganku dengan Yang Maha Pencipta di rasakan begitu tawar hingga kadang-kadang aku kebingongan mencari puncanya. Nak di katakan aku tak buat kerja, rasanya dah agak banyak aku lakukan, kadang2 terpaksa tidur lewat kerana menyiapkan tugasan yang di beri. Nak kata badan letih, tidak juga, aku masih bersemangat seperti biasa. Amalan2 sunat yang seirng di sarankan kepadaku juga msaih tetap aku lakukan tanpa henti atau jemu. Tetapi aku masih merasakan jiwa ini kekosongan.

Dalam keadaan kebingongan ini entah macamana aku di ketemukan dengan seorang ustaz yang aku kira agak bersahaja lagaknya. Tidak nampak kerisauan di raut mukanya, tidak pulak aku dengar mulutnya mengeluh. Air mukanya kelihatan sentiasa tersenyum dan begitu tenang sekali.

“Jom ustaz kita kena teh tarik”. Begitulah kataku kepadanya pada satu petang.

“Esh.. ana dah kenyang ni”, jawabnya menolak.

“Takpa ustaz sekejap je” jawabku  dengan agak menekan (kerana aku mahu berbincang sesuatu dengannya).

Setelah kami duduk dan merasai beberapa teguk teh tarik di sebuah restoran mamak, aku memulakan bicara.”Ustaz, saya ni sebenarnya ada masalah sikitlah ustaz” kataku dgn suara yang agak rendah. Perasaan malu timbul dalam diriku kerana aku tidak pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa hatta isteriku sendiri. Malu juga kerana mungkin rakan2ku melihat aku seorang yang kuat semangatnya sedangkan pada hakikatnya aku sangat lemah.

Dia merenung wajahku dengan penuh perhatian sambil ku lihat beliau seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Aku kemudian meneruskan bicara dengan menceritakan keadaan diriku selama puluhan tahun terlibat dgn aktiviti NGO ini dan betapa jiwaku merasakan sesuatu kekosongan yang aku tidak tahu apa sebabnya.

– Walaupun aku sembahyang tetapi aku tidak dapat merasakan pemerhatianNYA.

– Aku membaca Al Quran tetapi aku tidak merasakan IA berkata-kata denganku.

– Aku bangun malam namun aku sukar untuk marasakan kehadiranNYA.

– Aku berdoa tetapi aku kurang yakin akan pengabulan olehNYA. Doaku begitu hambar.

– Aku berinfaq tetapi perasaan bakhil dan takut pada kemiskinan masih menyelubungiku.

Guruku meneruskan hirupan teh tariknya sambil memikirkan sesuatu. Memang aku sangat kenal dgn beliau ni, jika dia serius, itu bermakna beliau sedang memikirkan sesuatu.

Setelah habis ku luahkan semua perasaanku kepadanya, beliau berhenti menghirup teh tariknya yang hampir separuh telah habis. Hatiku berdebar menunggu jawabannya seperti anak2 burung yang menanti kepulangan ibunya yang membawa makanan. Dalam hatiku, aku membayangkan tentulah nasihatnya akan berjela-jela panjangnya. Tapi apa yang terkeluar dari bibirnya sangat mengejutkanku.

“Anta ni sebenarnya tak BERSYUKUR….!!!!”

Subhanallah, jawapan ini datang bagaikan halilintar yang memecah perasaanku. Ia bergegar ibarat gunung berapi yg meletup. Terburai perasaanku seketika hingga aku rasa diriku seolah-olah terbang di alam kebingungan. Sekonyong-konyong perasaan malu dan rasa berdosa dgn Allah meyelubungi diriku tanpa ku sedar air mata berderai di pipi.

Ya Allah, selama ini aku tidak pernah bersyukur dgn nikmatmu. Ilmu yang Engkau ilhamkan, kekuatan yang Engkau anugerahkan, kemampuan utk berdakwah yg Engkau berikan,  rezeki yg Engkau berikan, tidak pernah ku lihat. Tetapi sebaliknya kekurangan dan kelemahan yg sentiasa aku rintihkan. Rupa-rupanya inilah HIJAB yang menghalang jiwaku dari merasai kehadiranMU. Aku tertipu dgn kerja2 dakwah yang banyak aku lakukan, aku tertipu dgn sembahyang malamku , aku tertipu dgn siamku. Aku sibuk membanyakkan amalan tetapi aku tidak hiraukan HIJAB yang semakin menebal. Kerana aku tidak pernah bersyukur.

“Jazakallah Ustaz”, itu saja yang terdaya untuk aku ungkapkan kepada guruku kerana aku masih di lamun perasaan malu dan rasa hina dgn Allah Rabbul Alamin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: