Posted by: aminuddin | 01/01/2010

Kalimah Allah

Semalam 31 disember, ummat islam di Malaysia telah di “hadiah”kan dengan satu hadiah yang istimewa dari Jalan Duta sebagai menyambut tahun baru. Malangnya “hadiah” ini tidak di sambut dengan perasaan gembira oleh pejuang-pejuang islam yang terdiri dari beberapa NGO seperti ISMA, ABIM, Hidayah, Macma dll. NGO-NGO ini telah berjuang bersama-sama dgn persatuan peguam muslim selama lebih dari satu tahun bagi mempertahankan kemuliaan islam. Namun apa yang terjadi semalam sangat menyedihkan apabila mahkamah membenarkan kalimah Allah untuk di gunakan oleh penganut kristian di dalam journal mereka  Herald The Catholic Weekly.

Mungkin pada sebahagian ummat islam tidak begitu endah atau tak perasan tentang kepentingan isu ini. Jadi apapun keputusan yg di buat tidak merisaukan mereka sedikitpun. Memang itu telah di jangka kerana sensitiviti ummat islam terhadap agama dah menjadi begitu lemah. Apa yang mereka fikirkan samada hiburan atau politik utk merebut kuasa.

Sebenarnya keputusan ini sangat besar implikasinya kepada agama islam di negara ini. Dengan keputusan ini bermakna sekarang pihak kristian boleh menggunakan nama Allah di mana2 saja yang mereka suka, bukan terhad kepada journal Herald ini saja. Mereka boleh guna dalam Bible, dalam risalah2 lain, poster2 dan sebagainya. Bagi yang dah faham, mungkin itu tidak menjadi masalah. Tetapi kita semua maklum ribuan malah munkin jutaan remaja di luar sana yang sangat lemah agamanya. Cuba bayangkan kalau mereka ini satu hari nanti mendapat Bible atau jumpa risalah2 kristian dengan nama Allah tertulis di dalamnya?  Apa agaknya reaksi mereka? Tidakkah mereka ini akan terpengaruh dan terkeliru dgn bahan2 bacaan itu? Jika ini berlaku, apakah akan terjadi “mass” conversion rakyat Melayu Muslim akan menukar agama?

Saya secara peribadi banyak bergaul dengan remaja2 yang agak “liar” ini yang keyakinan agamanya tersangat nipis seperti kulit bawang. Pengalaman membuktikan mereka ini sangat mudah di pengaruhi. Jika bahan2 tadi di baca oleh mereka maka saya yakin mereka akan mudah percaya dan terpesong aqidahnya. Inilah yang membimbangkan NGO-NGO islam yang selama ini berhempas pulas berjuang utk mempertahankan kesucian kalimah Allah.

Kita tidak menafikan mungkin dari segi hukumnya kalimah Allah ini boleh di gunakan oleh sesiapa tetapi dari segi waqienya di Malaysia ini ia perlu di lihat kesesuaiannya. Dah lah pengajian2 agama di bataskan, mesjid2 kosong, pusat2 hiburan tumbuh macam cendawan, kini serangan pihak musuh semakin halus dan tajam sehingga ramai ummat islam tidak sedar.  Yang parti2 politik pulak sibuk untuk merebut kekuasaan. Elemen mendidik bukan menjadi agenda mereka tetapi kerusi memerintah yang menjadi idaman dengan  menggunakan pelbagai istilah spt keadilan, hak rakyat, bangsa Malaysia dll. Yang menjadi mangsa adalah agama islam.

Sampai bila bangsa Melayu Islam dan agama islam harus di perjudikan demi kepentingan nafsu sarakah segelintir masyarakat yang gila kepada harta dan kuasa !!!


Responses

  1. Ya benar kata ust. Ini suatu perkara yang memang sangat merisaukan. Tidak mustahil, Malaysia akan jadi sebuah negara macam Indonesia. Islam dan agama lain terutama kristian seperti tidak dapat dibezakan.

  2. Lebih banyak usaha dan tenaga yang kita perlukan selepas ini untuk mengIslahkan masyarakat muslim khususnya, mengIrsyadkan masyarakat n0n-muslim amnya~

  3. Semuga kita sama sama mengunakan kesempatan ini untuk meningkatkan usaha untuk menerangkan kepada dunia siapa Allah dan ajaran Islam sebenarnya.

    Sekurang kurangnya kita kongsikan ayat ayat berikut kepada kekawan Islam dan belum Islam

    3:64 (Malay) “Katakanlah: “”Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “”Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)””.”

    Say: O People of the Scripture! Come to a common word between us and you: that we shall worship none but God, and that we shall ascribe no partner unto Him, and that none of us shall take others for lords beside God. And if they turn away, then say: Bear witness that we are they who have surrendered (unto Him). (Aal ‘Imran 3:64)

    5:17 (Malay) “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “”Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putra Maryam””. Katakanlah: “”Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al Masih putra Maryam itu beserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi semuanya?”” Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

    Al-Ma’idah (The Table Spread)
    5:17 (Y. Ali) In blasphemy indeed are those that say that Allah is Christ the son of Mary. Say: “Who then hath the least power against Allah, if His will were to destroy Christ the son of Mary, his mother, and all every – one that is on the earth? For to Allah belongeth the dominion of the heavens and the earth, and all that is between. He createth what He pleaseth. For Allah hath power over all things.”

    As exclaimed by Moses (pbuh): “Hear, O Israel: The Lord our God, the Lord is one.” Deuteronomy 6:4.

    “I am the Lord, and there is no other; apart from Me there is no God.”

    Isaiah 45:5.

    “You shall have no other gods before me. You shall not make for yourself an idol in the form of anything in heaven above or on the earth beneath or in the waters below. You shall not bow down to them or worship them; for I, the Lord your God, am a jealous God.”

    Exodus 20:3-5

    Jesus Christ (pbuh) said the following in the Bible:

    “This is eternal life, that they may know You, the only true God, and Jesus Christ whom You have sent.”

    John 17:3

    “How can you believe, when you receive glory from one another and you do not seek the glory that is from the one and only God?”

    John 5:44

    “The most important commandments,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, is one Lord’”

    Mark 12:29

    As described by Paul in his Letter to Timothy:

    “Now to the King eternal, immortal, invisible, the only God, be honor and glory forever and ever. Amen.”

    1 Timothy 1:17

    “Ekam evadvitiyam“

    (He (God) is One only without a second.)

    Chandogya Upanishad 6:2:1

    Meaning in English: “Sages (learned Priests) call one God by many names.“

    Rigveda 1:164:46

    “Ma cid anyad vi sansata sakhayo ma rishanyata“

    (O friends, do not worship anybody but Him, the Divine One. Praise Him alone.)

    Rigveda 8:1:1

    “Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste kinchan“

    (There is only one God, not the second; not at all, not at all, not in the least bit.)

    Brahma Sutra of Hinduism

    “Ek Onkar, Sat Naam, Karta Purakh, Nirbhau Nirvair, Akal Murat, Ajuni, Saibham, Gurprasad”

    (There exists but one God, who is called The True, The Creator, Free from fear and hate, Immortal, Not begotten, Self-Existent, Great and Compassionate.)

    Granth Sahib, Mulmantra Pg.1

    Meaning in English: “There is only the One Supreme Lord God; there is no other at all.”

    Granth Sahib, Pg. 45

    Meaning in English: “God is merciful and infinite. The One and Only is all-pervading.”

    Granth Sahib, Pg. 710

    Di zaman IT ni kita di beri perluang oleh Allah untuk berdakwah di pelusuk dunia. Sama sama kita mengambil kesempatan dgn menyebar ajaran Islam ni.

    Marilah kita sama sama mengambil kesempatan berdakwah untuk semua terutama remaja kita

    Ya Allah terimalah usaha kami ini sebagai amalan soleh.

    AMEEN

    • Tkasih di atas input

  4. Salam.

    Menganggap NGO sj ada kerja ke arah dakwah Islam, dan menafikan sumbangan org politik itu lebih teruk drp membenarkan org bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

    Sila jgn terlalu fikirkan sumbangan sndri sj bahkan melebih pujian kelebihan org lain jg. Itulah sebenar org Islam yg beriman dgn bukan sahaja Allah tetapi Rasulullah, dan segala kandungan dan perjuangan Islam dlm semua segi

    Islam itu; akidah, syariat dan akhlak.

    Maaflah mencelah, apa2 pn tuan blog blh utk tidak menyiarkan komen ikhlas dan tdak berkepentingan ana ini. wallahu aklam

    • Saya tak pernah mengecilkan peranan politik, cuma memberikan komen supaya konsep berpolitik perlu jelas supaya kekuasaan tidak menjadi hadaf yg mutlak.

      Saya akan siarkan apa saja komen yg di buat. Apabila saya mula menulis blog, saya yakin ada yg akan setuju dan ada yg tidak. Itu sesuatu yg biasa. Semua komen2 ini tidak menjejaskan semangat saya kerana saya buat bukan utk dpt pujian tetapi sekadar berkongsi pandangan.

      Teruskan membaca dan mengkomen. Moga kita semua akan beroleh kebenaran.

  5. Salaam ustaz

    Dalam keadaan sekarang, apa yang kami boleh buat sebagai remaja ustaz?

    Rasa tak tahu mcm mana, but somehow yakin pasti ada caranya

    • seribu satu macam boleh buat. Pergi dakwah kpd remaja2 lepak. Banyakkan kerja2 amal. Sebarkan risalah2 islam dan kenyataan2 NGO2 islam dll.

  6. Salam,

    Sya harap NGO2 Islam dan parti politik Islam akan berganding bahu di dlm memperjuangkan isu2 spt ini krn kita hendak melaksanakan Islam secara syumul (komprehensif)…

  7. Siaran Langsung Multaqa Ulama Bersama Habib Umar Bin Hafiz di Indonesia http://wp.me/piAx4-12i

    Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam : http://wp.me/piAx4-12d

    Penyelewengan Tauhid & Kalimah ALLAH : http://wp.me/piAx4-12a

  8. Saya banyak baca ulasan tntg hal ini tetapi ulasan yang terbaik drp Ustaz Nasrudin Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) spt di bawah

    Menggunakan kalimah Allah swt secara benar dan betul adalah tidak mengapa . Sebagaimana yang disebut di dalam al Quran , bagaimana golongan musyrikin apabila ditanya : [ siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab Allah , maka mengapa mereka masih boleh dipalingkan daripada kebenaran .] Dalil ini bagi menegaskan tidak mengapa penggunaan kalimah Allah swt dengan maksud yang benar dan bertepatan dengan konsep ketuhanan Allah swt . tanpa mereka berpaling dari kebenaran itu .

    9. Melalui pengamatan saya , aliran Kristian di negara – negara arab seperti Mesir meletakkan kalimah Allah di dalam gereja dan restoran – restoran mereka . Pengalaman saya dengan aliran Kristian di Mesir ini mendapati mereka sememangnya menganggap Allah swt adalah Tuhan yang menciptakan manusia dan memberi rezeki . Bahkan mereka menggunakan kalimah Allah swt sejak awal [ ribuan tahun ] yang lalu .

    10. Situasi ini sangat berbeza dengan aliran Kristian yang lain seperti di barat mahupun di negara kita . Sejak awal mereka tidak pernah menggunakan kalimah Allah swt sebagai merujuk kepada tuhan yang mereka sembah di dalam upacara ibadat , penerbitan dan gereja – gereja mereka. Sebaliknya mereka sering menggunakan kalimah God sebagai tuhan mereka dan Jesus tatkala merujuk kepada Nabi Isa a.s .

    11. Apabila timbul isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald , ia suatu yang sangat asing maka ia mencetus kesangsian dikalangan ummat Islam . Apakah motif penggunaan kalimah tersebut ? Jika untuk tujuan ibadah , tidak pernah pula mereka menggunakan kalimah tersebut sebelum daripada ini . Inilah persoalan yang mesti diberikan penjelasan yang jujur dari pihak terbabit .

    • Tkasih atas input

  9. http://ismaweb.net/v2/Article1571.html

  10. Semoga kita kembali merenung serta berfikir kembali bagi menyusun strategi serta bertindak secara berpadu dan berani. Kita ketepikan sengketa dan bersatulah dalam melibatkan kepentingan ummah dan bangsa

  11. I always was concerned in this subject and still am, regards for posting.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: