Posted by: aminuddin | 02/01/2010

Jangan Di ulangi Nasib Mereka

Cuba kita perhatikan pemimpin2 ini :-

– Tun Mahathir

– Saddam Hussein

– Suharto

– Fidel Castrol

– Ferdinand Marcos

– Robert Mugabe

– Hosni Mubarak

Agak2 apa yang kita dapati perkara yang “common” yg ada pada mereka? Ya, mereka adalah pemimpin dunia yang mashyur dan telah memerintah negara masing2 lebih 20 tahun ! Mereka juga di kenali sebagai diktator di zaman moden oleh rakyat mereka sendiri. Mereka juga kita lihat berakhir bukan di atas noktah yang baik tetapi sebahagiannya penghinaan. Walaupun mungkin mereka berjasa kpd negara masing2 tetapi tidak kurang juga rakyat yang mencemuh di atas cara pentadbiran ala “kuku besi” moden yg di amalkan.

Nah, apa yg saya nak sebutkan di sini ialah apabila seseorang itu terlalu lama memegang sesuatu jawatan, dia akan rasa “obsessed”. Dia rasa seolah2 jawatan itu milik peribadi dan orang lain tidak berhak mengambilnya. Polisi2 yang di jalankan juga akan banyak di pengaruhi oleh sentimen peribadi bukan lagi kerana rakyat. Idea2nya yang dah lapuk di anggap sesuatu yg qatie yg mesti di ikut bukan di bantah. Akhirnya kesilapan beliau tidak lagi boleh di tegur. Dia akan jadi ego tanpa di sedari.

Perkara ini seharusnya menjadi renungan kita semua dalam apa2 organisasi sekalipun. Apatah lagi kalau ia organisasi islam yang perlu sentiasa berubah pendekatan dan pemikirannya dengan mengambil relaiti semasa yang semakin berkembang. Lihat saja dalam penggunaan inetrenet. Obama dan Najib mungkin antara yang terdahulu menguasai dan mula berkomunikasi melaluinya.

Setiap manusia Allah telah jadikan ada hadnya yang tertentu walaupun sehebat mana peribadinya. Dia mungkin efektif dalam 10 tahun tetapi untuk lebih dari itu ia sesuatu yang harus di analisa. Ini kerana dunia sentiasa berkembang, generasi muda semakin bertambah cerdik, dunia sudah tidak ada sempadan. Ia bukan bererti kita mahu menjatuhkan sesiapa atau kita tidak yakin dgn kepimpinnanya tetapi demi untuk memastikan islam terus berkembang dengan berkembangnya keadaan dunia. Hatta saya di fahamkan kepimpinan Ikhwan Muslimin sendiri, selaku gerakan islam terulung abad 20, telah menghadkan tempoh Mursyid Am mereka kepada 6 tahun saja. Saya yakin ini lahir dari kesedaran mereka bahawa dakwah ini sentiasa perlu kepada idea dan tenaga yang baru bukan kerana pemimpin yg ada itu telah futur atau menyeleweng.

Apa yang perlu dilihat oleh setiap pemimpin ialah bagaimana untuk menyediakan pelan2 latihan bagi melahirkan pemimpin2 pelapis ini dan bagaimana mahu “handle” mereka2 yang telah “retire” dari memegang jawatan. Isu ini sangat penting untuk di fikirkan oleh mana2 organisasi terutama organisasi islam. Saya bimbang jika perkara ini tidak di fikirkan, maka pemimpin2 yang ada sekarang ini akan berakhir juga dengan kehinaan.

Bagi pemimpin parti2 juga kena ambil iktibar ini. Jangan kita ulangi nasib mereka yang telah di hina itu.


Responses

  1. betul tu..sy setuju

    dan sbb itu la skrg kita mesti tumbangkan bn…bn terutamanya umno mmg berjasa. umno mmg effektif..tp itu dulu…10, 20 thn dahulu…

    skrg setelah lama mmegang kuasa di tampuk pemerintahan, umno kini telah mabuk, uzur, dan nyanyuk tanpa kemampuan membuat keputusan yg baik, diumpanakan spt sebuah komputer yg tua dan sluggish, dek dipenuhi dgn pelbagai files, viruses, registries dan pelbagai lg yg korup, meskipun sblm ini pernah menjadi sebuah machine yg excellent.

    dan sblm lebih byk kerosakan dilakukan, wajarlah kita ‘menguburkan’ umno/bn seberapa segera yg boleh tanpa berlengah lagi dan ‘mentalkinkanya’ di dlm buku buku sejarah utk kenangan mrk yg akan dtg..

    • Pastikan yg mengganti itu lebih baik.

  2. bukan mudah untuk menghasilkan pelapis yang dapat menanggung beban dakwah.

    tidak dapat tidak, dengan tarbiyah yang intensif dan konsisten merupakan idea yang cukup praktikal sebagai wasilahnya.

    selamat berusaha.

  3. bukan mudah untuk menghasilkan pelapis yang dapat menanggung beban dakwah ini.

    antara kaedah terbaik yang dibentangkan ulama dakwah ialah dengan tarbiyah yang intensif dan konsisten merupakan salah satu caranya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: