Posted by: aminuddin | 04/01/2010

Kalimah Allah 2

Selepas saya mendengar ucapan DSAI dan membaca  komen Prof Aziz Bari, semalam dalam siaran TV terdengar pula komen seorang YB Melayu dari P.Pinang. Kesemua mereka ini bersetuju utk membenarkan kalimah Allah di guna pakai oleh pihak Kristian. Saya tidak pasti apakah tujuan mereka sebenarnya dan dari sudut apa yg mereka lihat?

Selaku seorang pakar dalam perlembagaan negara, saya yakin Prof Aziz hanya melihat dari aspek legaliti nya saja. Begitu juga YB dari P.Pinang tu kerana dia seorang peguam. Mungkin dari aspek legal perkara ini tidak begitu jelas termaktub dalam pelrembagaan yg menyebabkan kedua2 tokoh ini berpendirian begitu. Mereka hanya sekadar berhujah dari aspek akademik semata.

Namun begitu dari aspek waqei, ia sesuatu yang membawa implikasi yang berlainan dan perlu di nilai dgn mengikut maqasid syarei Mursaleh Mursolah. Saya harap kedua2 tokoh berkenaan dapat memahami perkara ini.

Saya juga ingin menekankan bahawa isu agama ini juga adalah tertakluk kepada kuasa Raja. Jadi Raja ada haq untuk menentukan sesuatu perkara yang meneyntuh soal agama. Mahkamah tidak harus sewenang2nya membuat keputusan ttg isu keagamaan.

Tentang DSAI??….saya amat tidak pasti apa niatnya. Yang saya tahu beliau seorang politician yang licik dan pandai menggunakan isu utk mendapat sokongan. Bagi saya jika PKR ingin kekal relevan dalam kancah politik negara DSAI perlu segera memperbetulkan kenyataan beliau.

Bagaimana dgn pimpinan PAS? Mungkinkah kita akan mendengar kenyataan resmi mereka? Kita tunggu dan lihat.  Setakat ini kita hanya dengar suara dari orang2 PAS bukan Pimpinan. Pemuda UMNO negeri  sudah bersuara.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: