Posted by: aminuddin | 07/01/2010

DUN Selangor di bubar jika…

Hari ini saya terbaca sebuah akhbar yang mengatakan bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran PR sedang bersiap sedia untuk membubarkan DUN jika terdapat beberapa ADUN lagi yang akan di kenakan tindakan mahkamah. Tindakan ini dikira untuk membersihkan wakil2 rakyat PR bagi memastikan ia tetap kukuh.

Sehingga hari ini terdapat beberapa ADUN yang telah berpaling tadah dan sedang di ambil tindakan oleh mahkamah. Yang berpaling tadah sudah tak boleh buat apa2 kerana mereka jadi wakil rakyat bebas. Yang kena tindakan mahkamah masih menunggu keputusan dan kita tahu hakim di pihak mana.

Walaupun PR mempunyai majoriti yang selesa tetapi dengar2nya mereka tidak mahu menunggu sehingga ramai ADUN2nya membawa masalah seperti¬† “defection” atau ADUN yg di kenakan tindakan mahkamah. Jadi pembubaran ini dilihat sbg cara untuk membersihkan DUN Selangor dari ADUN2 yg bermasalah. PR yakin bahawa rakyat masih bersama mereka. Jadi pembubaran ini akan menjadi bukti keyakinan mereka itu. Adakah cerita ini benar? Kita tunggu apa akan berlaku seterusnya pada 2010.

Yang pasti Najib tidak akan duduk diam dan sentiasa mencari-cari ruang untuk menguasai kembali Selangor. Inilah kenyataan dan tekad beliau ketika mula2 menerajui Ketua Perhubungan UMNO negeri Selangor. Kita kena ingat bahawa BN ada duit, media dan kuasa. Mereka boleh berbuat apa saja.

Berhati-hati lah ADUN PR Selangor.


Responses

  1. Salam.

    Apakah pendapat saudara berkenaan artikel ini?

    http://www.malaysiakini.com/news/121438

    • Banyak sudah komen dari para ulamak dan parti politik bahawa penggunaan kalimah ini dari sudut hukumnya tidak salah. Ini kena jelas. Tetapi dari sudut realiti, ramai ummat islam terutama generasi muda, yg lemah kefahamannya terhadap islam. Maka mereka akan sangat mudah terpengaruh. Ini yang di bimbangi oleh NGO2 islam.

      Ya, tidak di nafikan mereka telah gunakan ratusan tahun tetapi dalam pengakuan mereka sendiri bahawa mereka gagal menyebarkan agama ini kpd orang Melayu di Semananjung ketika itu yg sangat kuat agama dan tradisinya. Sebab itu mereka menfokuskan kpd Sabah dan Sarawak yang masa itu ramai terdiri dari kaum pribumi yg tidak ada agama . Maka dengan itu pengaruh kristian berkembang dgn kuatnya di kedua2 negeri ini.

      Tetapi selepas penaklukan inggeris masyarakat Melayu telah di bius sehingga mereka menjadi sangat lemah dalam banyak aspek, terutama agama. Jika pengaruh ini tidak di bendung, maka ramai yg mungkin akan terpengaruh.

      Ringkasnya, perkara ini tidak harus di lihat dari aspek undang2 dan hukum saja tetapi juga dari sudut realiti semasa. Babi itu haram tetapi jika ia mengakibatkan maut maka ia menjadi harus.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: