Posted by: aminuddin | 10/01/2010

Berfikirlah Sebagai seorang Penjajah

2 hari lepas saya sempat berbincang dengan seorang cendekiawan islam yang banyak memikirkan tentang masalah ummat. Dari raut wajahnya jelas terbayang rasa kekecewaan beliau terhadap ummat islam di negara ini dan juga di seluruh dunia. Baginya ummat islam perlu mempunyai pemikiran yang lagi terbuka dan menganalisa sesuatu dengan ilmu bukan dengan emosi.

Beliau juga menggesa supaya pendakwah  keluar dari blok pemikiran yang sempit yang hanya menilai gerakerja2 dakwah sebagai kerja yang bermenafaat manakala kerja2 di pejabat tidak.  Ini menyebabkan semua bidang2 pekerjaan dan segala kepakaran hanya mampu di kuasai oleh orang bukan islam. Pendakwah selalu mahu balik cepat, tak mahu kerja berat2, malas untuk mengambil tanggungjawab. Alasannya, membazir masa. Sedangkan beliau berkeyakinan bahawa pekerjaan itu adalah sebahagian dari jihad.

Apa yang menarik perhatian saya ialah bila beliau membawa sejarah orang Jepun yang mampu bangun dari kemusnahan bom ato di Hiroshima sehingga kini menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Beliau menjelaskan sebab ini terjadi ialah kerana orang2 Jepun mempunyai satu bentuk pemikiran, apa yang di istilahkannya sebagai mentaliti “Penjajah”. Dalam erti kata lain orang2 Jepun tidak membuat sesuatu melainkan mereka merancang untuk menguasai orang lain. Ini membuatkan mereka terpaksa berfikiran besar dan merancang dengan teliti serta bekerja bersungguh2. Akhirnya mereka kini di geruni dunia.

Nah, berapa ramai ummat islam atau pendakwah yang mempunyai pemikiran “penjajah” ini? Selalunya kita hanya mempunyai pemikiran seorang “Pengikut”  je  ie selalu menunggu arahan, cepat selesa dgn apa yang ada dan malas nak berfikir lebih jauh dari itu.Tidak suka kepada tekanan, sukar menerima teguran dan bekerja ala kadar tanpa ada satu sistem yang baik.  Walaupun dari segi teorinya kita mendakwa sbg khalifah Allah tetapi tindakan kita tidak lebih sbg seorang hamba sahaya. Kita berlagak untuk menjadi pemimpin masyarakat tetapi keluarga sendiripun tak terurus. Kita berkata ttg disiplin dan kebersihan dalam islam tetapi kadangkala kereta sendiripun malas nak basuh, kotor dan berbau busuk. Agak2 bolehkah umat islam kuasai dunia? Tak mungkin.

Benchmark yang kita letakkan utk diri kita terlalu rendah. Ini menyebabkan tindakan kita juga menjadi tak begitu kreatif dan berdaya saing.Cukup hanya berceramah di mesjid2, membawa satu dua usrah, menghafal satu dua juzuk, mendapat 5k-10k pendapatan, menulis satu dua buku dan yang seumpamanya.

Jadi, saya menyeru untuk semua pendakwah untuk memiliki pemikiran “Penjajah” ini.


Responses

  1. salam

    adakah pemikiran penjajah ini sama maksudnya dgn ‘tsaqafah muqawamah’ yg pernah digambarkan oleh UAZ?

  2. I will…

    A provocative type of writing and terminologies used yet powerful…

    Satu sisi pandang yang wajar diketengahkan.

  3. benar sekali apa yg dikata en. emin, revolusi pemikiran ini harus diketengahkan dalam Isma!

  4. 1Penggunaan kalimah Allah Yayasan Sofa

    2Antara Nama dan Hakikat

    3HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH

    4Antara Celaru Dan Keliru

    5Isu Kalimah Allah – Dr. Siddiq Fadzil

    6Keputusan Majlis Fatwa : Penggunaan Kalimah Allah

    7Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah – Haron Din

    8PENYELEWENGAN TAUHID DAN KALIMAH ALLAH

    9Penghakiman hakis keistimewaan Islam

    10PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA-AGAMA LAIN

  5. terpana ana dengan artikel ini ustaz. kita kena cuba upgrade diri kita dahulu

    • Dunia berubah setiap saat. Jgn tunggu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: