Posted by: aminuddin | 11/01/2010

Bila Pendakwah Akan Berubah?

Beberapa minggu yang lepas saya telah di minta oleh isteri untuk menghantar beliau hadir ke program Alimni sekolahnya. Pada awalnya rasa berat juga sebab bukan saja jauh tapi malam pulak tu, sedangkan kerja yang nak di buat banyak tak selesai lagi. Tapi bila fikir kali kedua, rasa tak adil pulak pd sang isteri. Apa tidaknya, beliau dah 30 tahun lebih tak berjumpa dgn teman2 sekolah dulu. Tentu menyeronokkan, kata hati saya. Jadi saya ambik keputusan utk menghantar beliau dan meredah malam.

Selepas menghantar beliau saya pergi ke sebuah surau yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat program alumni tersebut. Sesampai saja ke surau berkenaan saya terus mengerjakan solah maghrib. Oleh kerana malam tu ada kuliah maghrib jadi saya buat keputusan utk solah di bahagian luar dewan kerana tak mau di ganggu dan mengganggu kuliah yang akan di jalankan. Semasa solah saya dapat mendengar suara penceramah yg begitu lantang dan bersemangat.

Seusai saya habis solah maka timbul rasa hati nak menjengok ke dalam surau, rasa macam nak join dengar sekali. Kalau mendengarkan suara penceramah, saya menjangkakan tentulah ramai hadirin dan mereka semua mendengar dengan begitu kusyuk.  Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati hanya lebih kurang 10 orang yang mendengar. Bukan itu saja, hampir kesemuanya sudah berusia (mungkin semua dah pencen). Yang lebih menghairankan hampir 80% sedang bersandar dan tidur. Ertinya hanya 2 orang yang betul2 mengikuti penyampaian ustaz penceramah.

Nah, mungkin ada yang bertanya; kenapa saya timbulkan isu ini? Bukankah ini fenomena yang biasa di Malaysia?

Ya benar tetapi point yang saya nak timbulkan disini ialah, kebanyakkan pendakwah di negara tercinta ini gagal dalam beberapa perkara :-

–                      memahami kehendak pendengar. Dia bercakap apa yang dia tahu bukan apa yang di kehendaki pendengar. Akhirnya dia bercakap sorang2, mad’u semua ternganga dan tidur.

–                      penceramah tak kreatif dalam menyampaikan bahan. Bahan yg menarik boleh jadi hambar

–                      tidak membuat kajian sehingga point2 yg di kemukakan dah jadi terlalu biasa dan boleh di dapati di mana2, buku, internet, risalah dan juga ceramah2 di tempat lain. Mad’u dah jemu.

–                      gagal menghubungkan tajuk dgn realiti hidup pendengar. Akhirnya ia menjadi teori semata2.

–                      Stail ”Tok Guru”. Penceramah duduk atas kerusi, pendengar bersila di depan. Tak timbul hasrat utk penceramah berdiri ke, berjalan ke dan yg seumpamanya.

–                      Tak di benarkan bersoal jawab masa penceramah bercakap. Tunggu habis dulu, baru buka soalan. By the time penceramah habis bercakap, mad’u semua dah terkulai, letih dan mengantuk, perut pun dah lapar. Tak ingat lagi dah soalan apa yg nak di tanya.

–                      Tajuk2 yg di berikan berulang2 sepanjang tahun. Tidak ada tajuk2 yang mencabar minda

Jadi akhirnya masyarakat akan tetap tidak berubah. Ilmu tak berkembang, org muda menjauhkan diri dari mesjid.  Bagi saya pendakwah seperti ini adalah seorang yang pemalas dan bukan mempunyai sifat utk benar2 mendidik masyarakat. Tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

Bila pendakwah akan berubah?


Responses

  1. Dlm dakwah, objektif kita adalah sampaikan intipati kefahaman, ttp kaedah mesti fleksibel, unik, praktikal & efektif (selagi tidak langgar syara’).

    Semoga kita dikalangan du’at yg sebegitu.

    Salam dr bumi Jordan

  2. itu sebab kena kita mempelbagaikan tajuk. hatta, dalam kutimin (kuliah 7 tujuh minit). gunakan 7 minit yang ada dgn sebaiknya. jangan kecil kan skop.

    perihal tafsir, hadis, sirah mahupun isu semasa.

    • Setuju

  3. On the bright side of it, he did deliver the speech with ample spirit despite the lack of audience.

    Something worthy of note I supposed. Huhu

  4. jazakallah,ust. seperkara lagi berkenaan khutbah jumaat. ramai khatib yg m’baca khutbah bukan berkhutbah. alasan yang diberikan ‘teks disediakan,wajib diikuti’. ya,tapi khatib masih boleh mjadikan seolah2 beliau berkhutbah dan bukan m’baca khutbah. khutbah yang disampaikan seharusnya memberi kesan kpd hati2 jemaah yang mdengar&m’hayati..inilah sifat khutbah yg sebenar.
    ringkas,padat&memberi kesan pd org ramai yg m’dengar..ana ambil contoh di mesir,tak perlu teks, khutbah cukup berkesan walaupun sekejap.
    salam dari bumi anbiya’.

  5. kadang-kadang saya tak mampu mengaku yang saya ni lemah

    haish~

    • Kita hanya lemah dgn Allah bukan manusia


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: