Posted by: aminuddin | 11/01/2010

Pesan Guruku : Jangan Beri Ilmu Pd Kambing

Sejak aku mengikuti pelajaran dgn guruku, aku dapati cukup susah untuk aku mengambil ilmu darinya. Kadangkala puas aku menunggu tetapi tidak juga terkeluar kata2 dari mulutnya. Kerap juga aku meminta beliau mengajarkan sesuatu sebagai panduan untuk ku tetapi kerap juga beliau hanya tersenyum. Aku hanya sekadar menyambut senyumannya dgn perasaan malu dan sedikit kecewa. Aku cuba mendampinginya tetapi dia masih membisu. Cuma aku perasan dia selalu meneliti pergerakkanku. Sekali sekala aku tahu dia sedang mengujiku.

Satu hari oleh kerana terlalu dahagakan nasihatnya lalu aku memberanikan diri untuk bertanya kepada guruku:

“Ustaz, kenapa ustaz susah sangat nak beri nasihat atau mengajar sesuatu kepada saya?”.

Beliau terdiam seketika sambil berfikir, kemudian beliau berkata; “Sebenarnya dulu guru ana dah pesan jangan beri ilmu pada kambing”. Aku kehairanan. Kambing apa pulak ni? Hatiku berkata.

Melihat raut mukaku yang kebingungan beliau seolah2 memahaminya. Lalu beliau berkata lagi “maksudnya jangan beri ilmu pd orang yang tak tau menilainya yakni orang yang malas beramal dgn ilmu itu. Akhirnya ilmu itu akan jadi beban pada dirinya sebab di akhirat nanti Allah akan tanya semua ilmu tu” jawabnya dengan tegas. Oh…baru aku faham. Patutlah guruku sangat berhati2 dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar kerana beliau ingin pastikan orang yang menerima itu benar2 menghargai ilmu yg di beri terutama dalam pengamalannya.

Nah, berapa banyak di kalangan ummat islam hari ini yg tidak pandai menggunakan ilmu. Ilmu di ajar bertimbun2, fikrah di beri siang dan malam tetapi perlaksanaanya masih jauh kebelakang. Kadang2 oleh kerana terlalu banyak ilmu yg di miliki tetapi kurang beramal maka yang lahir hanyalah mereka2 yang sekadar pandai berhujah. Mereka banyak memberikan komentar tetapi diri sendiri tidak melakukannya. Mereka hadir usrah setiap minggu tetapi hati masih tetapi bakhil. Mereka mengarahkan kesana kesini kepada semua orang tetapi mereka sendiri malas untuk melakukannya.Bila berlaku kegagalan mereka akan menuding jari kepada orang lain kerana mereka takut pd tanggungjawab. Pantang di tegur, mereka akan melenting.

Inilah manusia2 yang di sifatkan oleh guruku sebagai “kambing2” yang tidak seharusnya
di berikan banyak ilmu.

Adakah kita juga seekor kambing? Fikir2kanlah!!!


Responses

  1. ustaz, ana baru beri beri advise ini kepada sahabat ana. dia cakap macam mana enta kenal tarbiyah?

    ana jawab, ana cuba amalkan semua ilmu yang ana pelajari dalam kehidupan ana. walaupun, ilmu itu sedikit.

    ana guna ilmu dakwah ana dalam menguruskan kerja organisasi. guna ilmu dakwah dalam nak beri nasihat DLL.

    sebab, murabbi ana pernah SMS dekat ana.

    “biar amal kita menentukan siapakah diri kita yang sebenarnya.”

    jadilah kita golongan yang kurang bercakap, tapi banyak buat kerja. wallahu’alam.

    • Bagus dah tu. Cuma kalau boleh saya ubah sikit “Cakap Banyak Kerja pun Banyak”. Cakap penting utk fahamkan manusia tetapi di tempat dan suasana yg sesuai. Ini kerana susah juga org nak faham kalau hanya setakat tengok amal kita tanpa kita menjelaskan teori2 asas amal tersebut.

      • terima kasih ustaz atas upgrade slogan ini.

  2. Selama saya belajar sebelum ni ustaz, saya sendiri telah berhadapan dengan pelbagai jenis manusia yang bijak berpetah cakap.

    Tetapi berbeza sekali sebahagiannya yang apabila didekati dan ditegur, ia mahu memenangkan dirinya. Sedangkan yang ditegur itu adalah tujuan membetulkan. Tak mahu dengar langsung.

    Kadang-kadang kita sendiri yang cuba menasihati rasa susah nak mendekati orang seperti ini. Pada orang lain, mereka ini lagenda bercakap. Tetapi apabila ditegur, mereka meletup.

    Saya tak salahkan mereka, kerana mereka mungkin juga bersebab melakukan demikian. Pada saya, daripada membetulkan mereka, mereka pula yang cuba betulkan kita, macam tak ada apa-apa.

    Maksud saya, agak buang masa.

    Menegur orang yang sombong ini, berakhir dengan kekalahan bicara. Kita tidak akan bertemu dengan penyelesaiannya.

    Hanya mungkin masa yang menunjukkan kepada mereka..

    • Menegurlah dgn hikmah. Cara itu sama penting dgn apa yg nak di cakapkan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: