Posted by: aminuddin | 18/01/2010

Guruku berpesan lagi : Carilah Kasih Allah Bukan Kasih manusia

Banyak aku berjumpa dgn teman2 pendakwah yang melahirkan rasa kecewa dgn cakap atau tindakan teman lain. Bermacam-macam sebab yang menjadikan teman pendakwah ini berasa hati. Ada masa aku kesian, ada masa aku simpati.

Mereka berasa hati bila tiada yg bertanya khabar ttg dirinya bila mereka lama tak bersama, mereka sedih jika tiada teman yang menziarahi ketika mereka sakit, mereka terasa hati disebabkan teguran yg di beri, mereka sedih dan kecewa bila pandangan tidak di terima. Mereka kerap menolong teman lain ketika teman itu susah tetapi ketika mereka susah tidak ada sesiapa yang simpati apatah lagi menghulurkan bantuan. Pendek kata bermacam-macam sebab yang menyebabkan pendakwah berasa hati dgn teman2 lain. Akhirnya ukhuwah tinggal istilah saja sedangkan hakikatnya ia kering umpama sumur yang kehabisan air. Yang menyedihkan ada teman yang meninggalkan terus medan dakwah hanya kerana telah terguris hati dengan teman lain.

Lalu aku bertanyakan kpd guruku; “Wahai Ustaz, tunjukkan kepadaku jalan pengislahan masalah ini. Bagaimana ini mungkin terjadi kepada pejuang2 islam yang siang malam bertungkus lumus dgn dakwah”.

Dengan tenang guruku menjawab; “Wahai sahabatku, dengarlah baik2, hendaklah engkau ingat bahawa di dalam hidup ini jangan sekali2 engkau mengejar kasih manusia kerana ia tidak akan kekal. Hari ini ia mungkin kasih kepadamu tetapi hari esok ia akan membencimu. Walaupun engkau banyak berkorban dan berkhidmat kepada manusia tetapi jangan sekali-kali engkau menuntut kasihnya. Janganlah mencari pujian kerana ia sesuatu yang menipu. Hatta kepada anak dan isterimu, berkadarlah memberikan kasih kepada mereka, jangan berlebihan kerana ia tidak akan membantumu ketika di padang masyar nanti.

“Tetapi sebaliknya carilah kasih Allah kerana DIA akan tetap mengasehi hambaNYA walau apapun terjadi.   Janganlah engkau lakukan sesuatu melainkan untuk menagih kasihNYA hatta meminum segelas air pun. Manusia beribadat untuk mendapat syurga tetapi hendaklah engkau beribadat mencari kasihNYA. Waliyullah Rabiatul Adawiyah pernah berkata; “Andainya kasih Allah itu ada di dalam neraka nesacaya aku akan terjun kedalamnya” Itulah kalimah mereka2 yang arif  billah”.

“Percayalah jika  Allah mengasehimu maka DIA akan mencampakkan perasaan kasih di dalam hati manusia kepadamu. Oleh itu carilah kasih Allah bukan kaseh manusia”


Responses

  1. terima kasih ustaz. ini saya cuba praktikkan dalam kehidupan ini.

  2. alhamdulillah artikel yg penuh bermakna..

    mohon pencerahan.., bole tahu apa maksudnya
    “….kepada anak dan isterimu, berkadarlah memberikan kasih kepada mereka, jangan berlebihan kerana ia tidak akan membantumu ketika di padang masyar nanti.” jzkk

    • Berilah kasih sayang kpd anak dan isteri berasaskan prinsip bukan nafsu.

  3. salam…

    Memang pernah terjadi

  4. salam.baru bjumpa dgn blog ustaz.

    entri y mbuatkn sy jg muhasabah kembali.
    kita bukan ingin dipandang baik disisi manusia, tapi disisiNYa..

    jzkllh

  5. Salam
    entry sempoi, tapi besh~


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: