Posted by: aminuddin | 19/01/2010

Daftarlah segera wahai pemuda islam!!!!

Ini adalah petikan lapuran SPR tentang status pengundi. Jadi saya menyeru kepada semua bangsa Melayu dan Bumiputera lain untuk untuk mendaftar segera. Jangan dah terantuk baru kita semua terngadah.

“Pemilih: 4.4 juta belum daftar, 65 peratus bumiputera

Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

“Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan Bumiputera iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut ratio penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

“Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun keatas adalah 15.47 juta orang.”


Responses

  1. Pemerhatian: Diskusi Isu Kalimah Allah Bersama Politikus

    Wacana Pemikiran Dan Pembinaan Ummah 1: Gerakan Tajdid /a>

    Laporan Kunjungan Dakwah Habib Umar Ke Malaysia, Januari 2010

    Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

    Mutiara Ahlu Bait dari Tanah Haram

    Mengapa Orang Bukan Islam Tidak Berhak Menggunakan Kalimah ALlah>/a>

  2. lepas dah daftar, sila check di http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

  3. Salaam akh

    Apa kata call SPR buat kaunter di Kobanna?
    Mereka leh setup sendiri kalau ikut msian insider tu
    Ana rasa ni juga menambahkan sesuatu dalam kobanna.. mengajak pengunjung mengambil tindakan slps mendengar ttg pandangn HAB ttg keadaan semasa di malaysia, moga hati yang sedang berkobar2 disalurkan cepat ke tmpat yang sesuai tu…

    it is just one call away….

    • Dah jemput pun tapi tak pastilah samada dia org nak datang atau tidak. Biasalah, ramai yg semangat tapi bila nak buat kerja, semua nak elak. Bukan senang nak orng nak sacrifice hari cuti (Sabtu)

  4. Perkara yg sama turut disebut oleh Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Kementerian Belia dan Sukan ketika majlis ramah mesra di tempat saya malam tadi.

    Selain itu, beliau turut menyatakan pakej yg harus dimiliki oleh belia:

    1. Pengetahuan am
    2. Penampilan
    3. Faham sejarah
    4. Tahu tanggungjawab


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: