Posted by: aminuddin | 19/01/2010

Muhasabah Utk Orang Melayu

Ceritanya bermula pada lebih 30 tahun dahulu di sebuah bandar di negara ini. Terdapat masa itu dua pasangan yang sedang menunggu kelahiran anak mereka. Satu pasangan adalah berketurunan Cina dan menganut ugama lain dan sepasang lagi adalah pasangan orang Melayu yang berugama islam. Entah macamana di takdirkan Allah kedua2 pasangan ini merujuk kepada hospital yang sama.

Setelah tiba masa yang di nanti-nantikan maka pasangan Melayu ini bergegas ke hospital untuk malhirkan anak. Sekali lagi mereka terkejut apabila mendapati pasangan Cina tadi juga sedang menanti saat2 kalahiran anak mereka. Memang Allah maha kaya, kedua2 ibu ini telah melahirkan anak dalam waktu yang sama. Setelah lahir kedua2 anak ini kemudian di bawa oelh jururawat ke tempat salinan utk di bersihkan sebelum di serahkan kepada ibubapa mereka. Maka di sinilah bermulanya kisah yang unik ini.

Tanpa di sedari oleh kedua2 ibubapa dan juga doktor, jururawat berkenaan telah tertukar milik. Yang bayi pasangan Melayu di beri kepada pasangan Cina manakala bayi pasangan Cina pulak di beri kepada pasangan Melayu. Oleh kerana bayi ini hanya beberpa minit saja di lahirkan, warna kulit mereka serta matanya tak dapat di bezakan. Maka dengan gembirannya kedua2 pasangan ini membesarkan “anak” mereka sehinggalah mereka dewasa. Tidak pernah terlintas di hati mana2 pihak untuk mengatakan bahawa mereka telah bertukar anak.

30 Tahun Kemudian

Di takdirkan Allah juga pada suatu hari pasangan Cina ini berjalan di sebuah pasaraya di bandar yang sama. Sedang berjalan memilih barangan rumah tiba2 sang isteri terlihat seorang pemuda yang juga sedang mencari2 bahan makanan. Bagaikan ada sesuatu yang menarik hati sang isteri ini apabila melihat pemuda tersebut. Di renungnya lama2 muka pemuda di celah2 rak makanan di pasaraya itu tanpa di sedari oleh pemuda tersebut.  Di bisikkannya kpd sang suami “eh, cuba awak tengok budak tu. Mukanya saling tak tumpah macam awak masa muda2 dulu”, katanya seakan berbisik2. “Ya lah. Sapa agaknya emak ayah budak ni”, sahut sang suami. Seolah2 macam ada satu panggilan, tanpa di sedari kaki sang isteri melangkah menuju ke arah pemuda tersebut. “Anak boleh Auntie tanya, anak duduk kat mana?” begitulah permulaan perbualan mereka sehingga akhirnya pasangan Cina ini di bawa berjumpa dgn keluarga si pemuda tersebut.

Di pendekkan cerita, berlakulah cerita mencerita antara dua pasangan ini sehingga akhirnya mereka sedar bahawa  mereka sudah tertukar anak. Maka bercucuranlah airmata kedua2 pasangan ini bertemu dgn anak mereka yg sebenar selepas lebih 30 tahun.

Apa yang menariknya ialah anak Melayu yang di pelihara oleh pasanagn Cina itu kini sudah  menjadi seorang usahawan yg berjaya sedangkan anak Cina yang di pelihara pasangan Melayu itu pulak  menjadi penagih dadah !!!

Salah Siapa?

Nah, melihat kepada kesudahan kedua2 kanak2 tersebut, kita mungkin bertanya;

– Kenapa anak yg di didik oleh Melayu islam akhirnya jadi penagih dadah sedangkan hasil didikan orang Cina boleh jadi orang berjaya?

– Di mana silapnya ?

– Islam salah atau Melayu salah?

– Kalau Melayu salah, entang mana salahnya; pada budayanya ke? atau tibiatnya ke? atau makanannya ke? atau bahasanya ke?

– kalau nak kata pasangan Melayu tu tak faham islam, pasangan Cina tu lagi teruk.

– kalau nak kata pasangan Melayu tu tak menagamlkan islam, apatah lagi pasangan Cina tu

Peristiwa ini memberikan kita keismpulan bahawa memahami agam islam saja tidak cukup. Orang Melayu kena ubah tabiat.

– Tabiat malas,

– semua nak mudah tak mau susah2,

– tak teliti,

– mudah menyerah kalah,

– suka hiburan tapi tak mau kerja kuat,

– tak pandai rancang kewangan hidup

– dan tabiat2 negatif yang lain.


Responses

  1. Salam, wah, menarik sungguh analogi ustaz. Betul-betul mengubah pandangan saya..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: