Posted by: aminuddin | 27/01/2010

Dari agama kepada politik

Kebelakangan ini isu kalimah Allah boleh dikatakan saban hari di timbulkan dalam mana-mana siaran media. Samada Akhabar, TV, radio, tulisan-tulisan dan ceramah, baik dari pihak BN maupun PR. Pelbagai hujjah di kemukakan oleh kedua-dua belah pihak bagi menyokong pandangan masing-masing. Tidak cukup dengan memanggil ulamak tempatan, ulamak antarabangsa juga telah di gunakan. Para pemikir dan ahli akademik tidak ketinggalan dalam mengemukakan pandangan mereka. Pendek kata kalaulah nak di kumpulkan semua tulisan-tulisan dan perbahasan ini, saya rasa hingga hari ini kita sudah boleh menghasilkan tidak kurang dari dua buah jilid buku tentang kalimah Allah.

Semua perbahasan ini membuktikan bahawa orang Melayu sangat sensitif terhadap agama islam. Walaupun mungkin diluar sana ramai yang tidak menjalankan kewajiban sebagai seorang muslim namun apabila tiba tentang kalimah Allah ini mereka semua bangun seolah-olah merekalah pejuang islam tulin. Tidak salah kalau saya katakan bahawa agama islam mampu untuk menyatukan bangsa Melayu jika ia benar-benar di amalkan.

Kejadian ini mungkin juga  merupakan satu kejutan kepada kaum bukan islam yang selama ini mungkin menyangkakan isu ini tidak menjadi begitu panas sehingga melibatkan semua struktur negara termasuk institusi Raja-raja. Mereka mungkin merasakan dengan pendekatan slogan 1Malaysia dan “Merakyatkan negara” oleh kedua-dua aliran politik tanahair, orang-orang Melayu sudah tidak begitu mengambil berat tentang isu agama. Rupanya mereka tidak menyangka bahawa mereka sedang bermain dengan api.

Ramai juga ahli politik yang menggunakan kesempatan ini untuk meraih sebanyak mungkin publisiti dan simpati rakyat terhadap mereka. Bukan selalu isu yang panas dan menarik ini timbul, maka sebab itu mereka memaksimakan segala kudrat untuk memastikan muka-muka mereka sentiasa terpapar di dada-dada akhbar. Mereka sanggup berjuang habis-habisan, bermati-matian, melaungkan kata-kata semangat kepada orang Melayu, dan apa saja yang mereka terdaya lakukan, cuma keris saja yang masih belum terhunus. Bagi yang lebih berani, mereka mula mempertikaikan institusi agama dan ada juga yang sanggup menyaman sesama sendiri.

Begitulah kecamuknya masyarakat Melayu.

Tidak kurang juga yang mengemukakan pelbagai cadangan termasuklah mewujudkan dailog antara agama dan kounsel inter-faith. Tetapi bagi yang pernah terlibat dengan dailog-dailog berkenaan mereka merasakan tidak ada menafaatnya. Malah forum seperti itu hanya menjadi medan untuk penentang islam membuat islam “bashing”. Ia bukan untuk melahirkan persefahaman malah makin memecah belahkan suasana. Mungkin juga kerana negara tidak mempunyai “Ahmad Deedat” yang mampu berhujah dengan pihak kristian.

Semua ini, bagi saya hanya merugikan bangsa Melayu dan agama islam. Semakin lama isu ini di mainkan maka semakin berpecahlah umat islam. Walaupun pihak IKIM telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli agama untuk bermuzakarah pada 21 Januari 2010 lepas tetapi difahamkan tidak ada kesepakatan yang di capai. PAS dan PKR, yang hadir dalam muzakarah tersebut, masih berkeras dengan pendirian mereka membenarkan kalimah Allah di gunakan oleh pihak kristian.

Isu ini kini telah bertukar dari isu agama kepada isu politik. Ia benar-benar telah di politikkan.


Responses

  1. Bila politik didahulukan melebihi agama. Selalunya, musnahlah pendirian agama mereka.

  2. Selalunya, bila politik didahului daripada agama. Maka, rosaklah pendirian mereka

  3. Terima kasih atas maklumat menarik


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: