Posted by: aminuddin | 27/01/2010

Jangan Biarkan Gajah Menangis

Selama berkelana dalam persada kerja dakwah ini saya sering juga di tanya tentang bagaimana menangani halangan-halangan dakwah; antaranya keluarga. Atau lebih tepat lagi ibubapa sendiri.

Sebagai seorang yang pernah menjadi remaja dan belia satu ketika dahulu, tidak di nafikan semangat dan idealism perjuangan yang di tanam sangat-sangat menguasai diri pada ketika itu. Apa tidaknya dengan saranan-saranan perjuangan yang di asak setiap hari menyebabkan kita kadang-kadang terlupa bahawa kita hidup ini penuh di kelilingi dengan manusia-manusia yang sentiasa memerhati dan menilai diri kita. Kita juga di kelilingi dengan tuntutan hidup harian yang saban hari mendesak kita untuk memberikan haknya seperti majikan, isteri/suami, kewangan, anak2, jiran, keluarga, rakan-rakan, pensyarah dan pelbagai lagi.Kadang-kala kita menjadi serba salah dan tidak tahu bagaimana untuk menangani ini semua. Dalam masa yang sama cerita-cerita pengorbanan dan kesungguhan orang-orang terdahulu menggambarkan seolah-olah mereka itu semuanya berada di alam yang lain. Mereka di anggap “perfectionist”  seakan-akan mereka bukan manusia yang mempunyai kesilapan. Apa tidaknya, mereka sanggup beri semua harta untuk dakwah, sanggup tinggal anak isteri, sanggup memerangi keluarga sendiri kerana dakwah, dan pelbagai kesah yang menggegarkan jiwa.

Bagi seorang pemuda atau mereka yang mula untuk memahami dakwah maka sudah tentu cerita-cerita ini menjadi motivasi yang sangat berkesan. Mungkin pada peringkat awal tidak terasa sangat tetapi bila selalu di ulang-ulang maka akhirnya ia akan menjadi sebati. Pada ketika itulah, jika daei berkenaan tidak tahu untuk menyesuaikan diri dengan alam realiti, akan bermulanya segala masalah. Akhirnya ia bukan saja membawa fitnah kepada dirinya sendiri tetapi akan membawa fitnah kepada organisasi yang di ikuti.

Saya sendiri pernah di tanya, bagaimana nak menangani tunutan kehendak dari ibubapa. Ya, ia bukan satu yang mudah dan tidak ada satu jawapan yang sesuai untuk semua orang. Ia bergantung kepada sejauh mana kritikalnya keadaan dan kemampuan daei berkenaan untuk berdepan dgn cabaran ini.  Pertama sekali, saya tidak yakin seseorang ibu atau bapa yang tidak mahu anaknya menjadi baik dan berjaya dalam hidup. Kalau ada, maka ia bukan seorang ibu atau bapa yang normal. Cuma biasalah, kadang-kadang ada perkara-perkara yang di lihat oleh si ibubapa, yang pada tanggapan mereka, boleh menjejaskan kerjaya anak2 dan ini sukar untuk mereka terima. Oleh sebab itu mereka cuba mengenakan halangan-halangan.

Malangnya sekatan-sekatan inilah pulak yang sukar untuk di fahami dan di terima oleh anak2 sehingga akhirnya berlakulah pertembungan dua persepsi. Ramai yang mengambil sikap tidak kisah sehingga melukakan hati si ibu dan bapa. Ada yang menganggap ibubapa tidak faham tentang dakwah maka sebab itu mereka menghalang. Ada juga kerana terlalu mematuhi ketua sehingga membelakangi ibubapa. Semua ini bagi saya adalah satu kafahaman yang amat salah dan harus di baiki semula.

Dalam hal ini, selalunya sang anak akan mengambil 1 antara 2 pilhan iaitu;

1) berkeras, atau;

2) mengalah.

Jika si anak berkeras maka masalahnya akan menjadi lebih meruncing dan akan berlaku ketegangan hubungan. Manakala jika mengalah maka itu adalah permulaan kepada berakhirnya kareer dakwah sang anak.

Namun dari pemerhatian saya, dalam banyak kes, saya melihat si anak akan memilih pilihan pertama. Mereka berkeras untuk menjalankan kerja-kerja dakwah walaupun di halang ibubapa.

Bagi saya, sikap yang tegas ini bukanlah sesuatu yang salah malah dalam banyak hal ia sangat baik kerana melambangkan kecekalan dan kesungguhan peribadi. Tetapi yang menjadi masalah ialah cara penyelesaian yang dibuat untuk menghilangkan ketegangan hubungan ini. Dalam erti kata yang ringkas, si anak sibuk berdakwah di luar mencari anasir-anasir dakwah sedangkan anasir yang berada di dalam rumah di biarkan. Si anak tidak mengambil berat tentang syaksiah diri sehingga si ibubapa tidak melihat keindahan akhlak. Umpamanya, si anak tidak pernah membasuh kereta ayah, si anak tidak pernah atau jarang membantu kerja2 rumah si ibu, si anak jarang mencium dan memeluk ibu dan ayah, si anak bangun lambat, si anak jarang2 bercakap dengan si ibu ayah, si anak tidak pernah membasuh atau menggosok baju si ayah dan pelbagai lagi.

Semua ini mungkin di pandang kecil dan di anggap remeh oleh si anak tetapi bagi si ibu dan ayah perilaku-perilaku ini sudah cukup melembutkan hati mereka. Si anak perlu ingat bahawa di dalam rumah, bahasa perbuatan lebih berkesan dari bahasa perkataan. Janganlah kita sibuk berdakwah di luar tetapi meninggalkan dakwah di rumah. Kita mengislah manusia luaran tetapi membiarkan manusia di depan kita menangis. Bak kata pepatah Melayu :

“Kuman di seberang laut boleh di lihat tetapi gajah di depan mata tidak nampak”

Ayuh pemuda, jangan biarkan gajah menangis !


Responses

  1. mari kita belajar daripada sirah nabi, bagaimana gerakan dakwah nabi itu dipacu dengan tsiqah yang begitu hebat skali.

    rsanya tak menjadi masalah kalau sosok tersebut mendapat tsiqh drpd mak ayah mereka. tak dapat, kna usahakan,

    wallahuaalam.

  2. Statement memang menarik. saya pernah kongsi di blog ana.

    “Bahasa perbuatan lebih berkesan dari bahasa perkataan.”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: