Posted by: aminuddin | 01/02/2010

Konvensyen Pemikiran Al Banna

Pada 30 Januari 2010 Isma telah mengadakan konvensyen Pemikiran HAB dan telah berjaya menarik lebih dari 3,000 peserta dari seluruh negara. Konvensyen ini juga telah di hadiri oleh wakil NGO dan ahli2 politik. Dalam konvensyen tersebut Isma telah mengutarakan pandangannya terhadap pemikiran HAB dalam menangani kemelut umat islam di negara ini.

Berikut adalah Resolusi yang di dapati hasil pembentangan beberapa kertas kerja dan perbincangan yang di adakan :-

RESOLUSI KONVENSYEN

”PEMIKIRAN HASSAN AL BANNA DALAM

MELAKAR AGENDA BANGSA”

Kemelut perbezaan ideologi dan kekeliruan identiti yang melanda bangsa Melayu Muslim, sebagai bangsa teras umat islam di negara ini, memerlukan satu jawaban yang mampu membawa satu penyelesaian yang menyeluruh. Penguasaan ideologi barat yang berasaskan humanisme telah berjaya mencengkam pemikiran bangsa Melayu sehingga mereka sudah tidak yakin dengan kemampuan diri dan terpaksa bergantung kepada bangsa lain. Lebih memburukan lagi apabila bangsa Melayu Muslim ini sanggup berganding bahu dengan bukan islam demi menjatuhkan bangsa Melayu Muslim yang lain. Perebutan kepada kuasa politik menyebabkan mereka hilang pertimbangan sehingga terpaksa berkompromi dalam ideologi perjuangan mereka. Dalam masa yang sama kesempatan ini di gunakan sepenuhnya oleh bangsa lain untuk menghina orang Melayu dan menuntut segala hak kesamarataan termasuk dalam isu-isu agama.

Sebagai bangsa majoriti, masa hadapan negara amat bergantung kepada keutuhan bangsa Melayu. Maka dengan itu konvesyen ini telah mengenegahkan pemikiran Imam Hassan Al Banna dalam menentukan metod yang praktikal bagi merubah masyarakat Melayu Muslim untuk menjadi sebuah bangsa yang mulia dan berwibawa. Hasil pembentangan dan perbincangan, konvensyen ini mengemukakan resolusi-resolusi berikut :-

1. Untuk menjayakan agenda Islam yang besar ianya mestilah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Oleh itu, selaku kaum majoriti, membangunkan semula bangsa Melayu Muslim menjadi pra syarat kepada kemuliaan islam di negara ini dan ia mesti menjadi gagasan utama pemimpin negara.

2. Perpecahan antara golongan Melayu Islamis dan Melayu Nasionalis yang berpunca dari sikap kepartian yang melampau menjadi punca kelemahan bangsa. Oleh itu ia mesti di hentikan segera supaya orang Melayu tidak terpesong dari tujuan asalnya dan terjebak dalam agenda orang lain.

3. Pemikiran humanisme yang meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan akan melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti Kemelayuan dan Ketimurannya serta hilang jatidiri sebagai seorang yang berani dan berpegang teguh kepada agama. Untuk menyekat pemikiran ini masyarakat Melayu Muslim mesti dikembalikan semula kepada pendekatan keagamaan.

4. Model Fikrah Islam Syumul Al-Banna yang merangkumi aspek  akidah, ibadah, tanah air, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya, ekonomi  dan undang-undang terbukti telah berjaya menangkis fahaman dan ideologi Barat dan mampu membangunkan kembali jatidiri masyarakat.

5. Usaha mengubah nasib orang Melayu Islam di tanah air sendiri tidak akan membuahkan hasil jika Islam tidak diambil sebagai dasar dan falsafah. Memisahkan Melayu daripada Islam dalam konteks pembangunan sebuah bangsa yang berdaulat tidak akan membawa kesejahteraan, sebaliknya keadaan akan menjadi semakin gawat dengan pelbagai isu politik, ekonomi dan sosial.

6. Kekuatan jiwa merupakan kekuatan utama dalam kebangkitan mana-mana umat di sepanjang sejarah manusia, tanpa mengenepikan ekonomi dan politik. Kesedaran rohani yang kita inginkan ialah hati yang hidup, kebangkitan perasaan dan sentimen yang sebenar, hati baru yang menyala, perasaan yang bergejolak serta roh yang bercita-cita tinggi. Semua ini mesti di tanam di dalam jiwa bangsa Melayu Muslim.

7. Dalam menilai dan menentukan sikap terhadap sesuatu isu, masyarakat Melayu Muslim mesti berpandu kepada Maqasid Syarak dengan hujjah dari nas yang sahih bukan berasaskan kepentingan kuasa politik.

8. Tahaluf muslim dengan non muslim tidak boleh membawa kepada wala’ kepada non muslim apatah lagi untuk membantu mereka bagi menjatuhkan muslim lain. Ia hanya di benarkan apabila non muslim memenuhi syarat yang di tentukan syarak.


Responses

  1. Tahniah dengan kejayaan KOBANNA.

    Semoga ini bukan titik noktah, tapi titik permulaan untuk masyarakat faham akan semangat Ketuanan Melayu daripada perspektif Islam.

    Tahniah sekali lagi.

  2. salam.tahniah ISMA. alhamdulillah, banyak membuka minda ana dalam melihat kemelut yg blaku di negara..
    jklh utk rumusan kobana.

  3. […] a comment » – diambil daripada blog Tuan Haji Aminuddin Yahya dalam entri bertajuk Konvensyen Pemikiran Al Banna […]

  4. Alhadulillah.. dan Tahniah di atas kesedian ISMA memulakan langkah seumpama ini.. moga ia dapat mencorak semula arus politik tanahair tercinta ini. Bagi ana sudah kena pada masanya dan masih tak terlambat..
    mahyudin

  5. […] Blog En. Aminuddin Yahya (Setiausaha Agung ISMA) https://suaradarigunung.wordpress.com/2010/02/01/konvensyen-pemikiran-al-banna/ […]

  6. Memanjangkan Respond seorang sahabat..

    —————————————————-
    Assalammualaikum wbt…

    Terpanggil untuk mengulas(bukanlah bermaksud lebih arif),

    Pertama, amatlah menggelikan, jika boleh dikatakan lautan ilmu serta lontaran pemikiran Imam Hassan al-Banna yang luas, bab bangsa pula yang diricik menjadi pusat perbincangan. Bagaimana dengan lontaran ilmu Imam Hassan al-Banna yang jelas memperjuangkan Islam? Persoalan menegakkan Daulah berdasarkan al-Quran dan Sunnah?

    Boleh difahamkan bahawa Imam Hassan al-Banna merupakan perintis dalam menterjemahkan perjuangan Islam pasca kejatuhan Khalifah terakhir, namun apabila soal bangsa yang hendak diisukan, lebih afdal jika kita sendiri merujuk kepada sirah perjuangan Rasulullah. Tidak diperdebatkan langsung soal supreme race mahupun soal menegakkan sesuatu bangsa.

    Rasulullah saw dalam pidatonya berkata:

    ‘Wahai manusia, ingatlah, sesunguhnya Tuhanmu adalah satu, dan ayahmupun satu (Adam). Orang Arab tidak lebih utama dari orang Ajam (non-Arab), dan orang Ajam tidak lebih utama dari orang Arab. Tidaklah lebih mulia orang berkulit hitam atas orang yang berkulit merah, dan tidak lebih mulia orang yang berkulit merah atas orang yang berkulit hitam, kecuali karena taqwa’.

    Menelusuri sejarah, amatlah menjengkelkan jika 1400 tahun kemudian umat Islam terbit dengan sifir ‘tegaknya bangsa maka tegaklah agama’. Daripada mana sifir ini digali? Buta sangatkah umat Islam untuk memahami sejarah sendiri? Tatkala Bani Umayyah diruntuhkan kerana meminggirkan bangsa Ajam (bukan Arab), tatkala Portugis menakluk Kota Islam Melaka atas nama white supremacy, tatkala orang Arab memerangi Turki Uthmaniyah atas semangat kebangsaan, kita pula pada hari ini ingin menegakkan sifir yang celaru.

    Budaya? Pihak berkuasa secara rakusnya mempromosi hedonisme atas nama budaya

    Bahasa? Kita sendiri yang turun berdemonstrasi mempertahankannya

    Apa yang ada pada bangsa?

    Nilai murni, hormat orang tua? Itu menjadi dasar didikan Islam

    Kebangggaan, ketamadunan? Islam menjadi dasar berkembangnya tamadun bangsa kita.

    -dipetik dari email seorang sahabat-

    • Ketika membaca komen “sahabat” saudara ni, saya menjangkakan :

      1. Dia bukan orang Melayu; atau Orang Melayu tetapi sudah hilang kemelayuannya
      2. Kurang arif dgn realiti semasa di Malaysai; mungkin kerana beliau duduk di luar negara.
      3. belum habis membaca seerah R saw
      4. kurang arif dgn sejarah negara

      Bacalah seerah, bagaimana R saw mengutamakan bangsa Quraish; bacalah buku HAB, bagaimana beliau menekankan isu bangsa dan hukumnya; bacalah buku Ibn Khaldun, bagaimana beliau mewajibkan berjuang utk bangsa demi mencapai kemenangan islam.

      Tidak ada satu bangsa, baik islam atau bukan, dalam dunia ini yang tidak memuliakan bangsa mereka kecuali “sahabat” saudara.

      • La, sampai macam gitu sekali? Orang lain memberikan pandangan berdasarkan Qur’an dan Sunnah, tiba-tiba terus kena cantas.

        Bukankah ada sebuah hadith yang mengatakan,
        “Islam itu tinggi dan tidak diatasi oleh yang lain” (atau sepertimana yang diucapkan)

        Even dalam al-Quran pun disebutkan,
        “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, dan kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berkabilah-kabilah agar kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling tinggi ketaqwaannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (49:13)

        Bangsa dan kaum tidaklah lebih utama dari deen dan ketaqwaan. Islam di dalam sirah Rasulullah s.a.w. bukan bangkit disebabkan usaha Quraisy, tetapi ia bangkit dari golongan orang yang bertaqwa kepada Allah, yang di dalamnya ada kaum Quraish, kaum Aus, kaum Khazraj, dan lain-lain.

        Kalau lah tidak dengan keislaman kabilah Aus dan Khazraj, nescaya Yathrib tidak mungkin Islam. Kalau lah dengan hanya mengharapkan kaum Quraish, nescaya Islam tidak akan bangkit.

        Tetapi pada masa yang sama, memang tak dinafikan langsung bahawa setiap bangsa mempunyai keistimewaannya. Setiap bangsa mempunyai kelebihannya. Sepertimana Quraish mempunyai kelebihan di dalam kepimpinan dan penguasaan bahasa arabnya. Hal ini seperti yang pernah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa buah hadithnya.

        Bangsa Melayu mungkin mempunyai beberapa kelebihan di atas bangsa-bangsa lain, tetapi tidak mungkin Islam di Malaysia ini bangkit dengan sebab bangsa Melayu sahaja, dan menolak bangsa-bangsa lain di dalam peranan kebangkitan ummah di Malaysia. Ini adalah asobiyah jahiliyah.

        Pernah ada dalam suatu kisah, Abu Dzar memanggil Bilal dengan panggilan yang lebih kurang, “Wahai anak orang hitam!”. Bilal yang terasa pergi mengadu kepada Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah telah memarahi Abu Dzar dengan mengatakan, “Masih terdapat sisa-sisa jahiliyah pada engkau!” (atau lebih kurang seperti ayng diucapkan). Disebabkan itu, Abu Dzar pergi kepada Bilal dan meletakkan sebelah pipinya di atas pasir dan sebelah lagi diminta Bilal memijaknya sebagai tanda kemaafan.

        Begitu serius mereka dalam hal ini. Tidak ada yang lebih mulia melainkan Islam. Bangsa hanya memainkan perananannya setelah Islam diutamakan.

        Adakah disebabkan saya mengatakan hal ini, saya terus “murtad” Melayu? Atau adakah dengan sebab saya menyokong kawan IkhwanPas, saya kurang keMelayuan?

        Tidak sama sekali!

      • Dalam komen pertama, Saudara menghukum saya maka sebab itu saya tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa mempertahankan hujjah saya.

        Cinta kepada bangsa bukan asobiah sama sekali : Lihat hadith ini :

        Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

        Maka, berdasarkan hadith ini, cintakan bangsa sendiri tidak salah kerana ianya sebahagian daripada fitrah manusia. Tetapi, melampau dalam mencintai bangsa sendiri adalah kesalahan, sebagaimana juga melampau dalam mencintai diri sendiri dan keluarga dan sebagainya.

        Kenyataan saudara bahawa islam tidak boleh di tegakkan di negara ini oleh orang2 Melayu sahaja seolah2 saudara tidak ada keyakinan diri. Tahukan saudara, statistik menunjukkan pada 2020; 60% penduduk Malaysia adalah Bumiputera (yg mana 80% adalah orang Melayu), manakala Cina hanya 20% dan India 5%. Jika pendudu Malaysia pd ketika itu ada 27juta, ini bererti ada 13juta orang Melayu, Cina 5juta dan India 1.3juta. Adakah dgn bil yg ramai ini tidak boleh menegakkan islam? Jawapannya, tidak boleh, jika mereka berpecah tetapi boleh jika mereka bersatu. Sebab itu kita menyeru kepada kesatuan.

        Saya rakamkan hujah dan dalil utk perhatian saudara :-

        Ringkasannya:

        Rasulullah s.a.w. bersabda (dengan sanad yang disebutkan): “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan..”

        Imam Al-Hakim berkata:

        هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه

        Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.

        Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menggalakkan mencintai golongan Anshar:-

        آية الإيمان حب الأنصار وآية النفاق بغض الأنصار

        Maksudnya: “Tanda keimanan adalah mencintai golongan Anshar dan tanda kemunafiqan adalah membenci golongan Anshar” (رواه البخاري(3783) ومسلم(75)

        Demikianlah Rasulullah s.a.w. sendiri menzahirkan kesyukuran dan kecintaan kepada bangsa Quraisy di samping mengakui kelebihan bangsa Quraisy.

        ِAntara Hadith-hadith yang menceritakan kelebihan bangsa Quraisy:-

        حدثنا عبد الله بن إدريس قال ثنا هاشم بن هاشم عن أبي جعفر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خيار قريش خيار الناس ، وشرار قريش شرار الناس ،

        Rasulullah s.a.w. bersabda (dengan sanad yang disebutkan) yang bermaksud: “Sebaik-baik dalam kalangan Bangsa Quraisy adalah sebaik-baik manusia dan seburuk-bukur dalam bangsa Quraisy adalah seburuk-buruk manusia…”

        Hadith lain:-

        حدثنا وكيع قال ثنا الأعمش عن أبي سعيد عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الناس تبع لقريش في الخير والشر .

        Maksudnya:

        “Manusia mengikut Quraisy dalam baik dan buruk…”

        Hadith seterusnya:-

        حدثنا وكيع عن سفيان عن ابن خيثم عن إسماعيل بن عبيد بن رفاعة عن أبيه عن جده قال : جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم قريشا فقال :، إن قريشا أهل صدق وأمانة ، .

        Maksudnya secara ringkas: “Rasulullah s.a.w. bersabda setelah menghimpunkan beberapa kaum Quraisy lalu berkata antaranya: “Sesungguhnya Bangsa Quraisy adalah ahli yang jujur dan amanah…”

        حدثنا يزيد بن هارون عن ابن أبي ذئب عن الزهري عن طلحة بن عبد الله بن عوف عن عبد الرحمن بن الأزهر عن جبير بن مطعم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إن للقرشي مثل قوة رجلين من غير قريش ، قيل للزهري : ما عنى بذلك ؟ قال : في نبل الرأي .

        Secara ringkas terjemahannya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya bagi bangsa Quraisy itu kekuatan dua lelaki dari kalangan bukan Quraisy:.

        Imam Az-Zuhri ditanya tentang makna dua kali ganda kekuatan tersebut lalu beliau menjawab: “Dari sudut kecerdasan (kebijakan) dalam berpendapat (pemikiran)”.

        Hadith lain menyebut:-

        حدثنا محمد بن عبد الله الأسدي عن ابن أبي ذئب عن جبير بن أبي صالح عن الزهري عن سعد بن أبي وقاص قال : إن رجلا قتل ، فقيل للنبي صلى الله عليه وسلم فقال : أبعده الله ، إنه كان يبغض قريشا .

        SA’ad bin Abi Waqas menceritakan bahawsanya ada seorang pemuda dibunuh lalu Rasulullah s.a.w. diberitahu tentang hal itu. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semoga Allah menjauhkannya… Sesungguhnya pemuda itu membenci Quraisy…” (rujuk sanad Hadith)

        Begitu juga tentang keistimewaan bangsa Quraisy dalam kepimpinan (khilafah).

        Antara hadith tersebut adalah

        حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” الناس تبع لقريش في هذا الشأن، ” متفق عليه.

        Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia mengikut bangsa Quraisy dalam urusan ini (kepimpinan dan sebagainya)….” Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

        Hadith ini menceritakan tentang kelebihan bangsa Quraisy yang menjadi tauladan kepada bangsa-bangsa lain pada zaman Rasulullah s.a.w. tersebut.

        Lihat apa komentar Imam An-Nawawi pada hadith ini:

        هذا الحديث وأشباهه دليل ظاهر على أن الخلافة مختصة بقريش، لا يجوز عقدها لأحد غيرهم، وعلى هذا انعقد الإجماع في زمن الصحابة، فكذلك من بعدهم

        Maksudnya:

        Hadith ini dan seumpamanya adalah dalil yang jelas bahawasanya khilafah (kepimpinan Islam) khusus untuk bangsa Quraisy. Tidak boleh orang lain (selain Quraisy) berpegang dengannya (kekhilafahan). Ia adalah ijmak pada zaman sahabat dan selepas zaman mereka. (Syarah Sahih Muslim)

        Ia berdasarkan hadith-hadith lain tentang pengkhususan tersebut:

        Rasulullah s.a.w. bersabda:

        لايزال هذا الأمر في قريش

        Maksudnya: “Sentiasalah urusan ini (khilafah) pada bangsa Quraisy…” (Sahih Al-Bukhari)

        Begitu juga sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi

        الأمراء من قريش

        Maksudnya: “Kerajaan (kepimpinan) itu dari bangsa Quraisy…” (hadith riwayat At-Tabrani)

        Ini bukan bererti Rasulullah s.a.w. atau Imam An-Nawawi ashobiyyah tentang Bangsa Quraisy, tetapi menceritakan keistimewaan dan pengkhususan bangsa tersebut khususnya dalam bab khilafah.

        Ini antara petunjuk yang menunjukkan prinsip Islam yang merai fitrah manusia yang mencintai sesama sendiri, dari kalangan ahli keluarga, bangsa dan tanah airnya sendiri. Selagimana ianya tidak melampau (iaitu membawa kepada kezaliman), maka ianya tidak tercela dalam Islam.

  7. Betul Akhi Aminuddin, Bangsa juga penting, tidak salah memperjuangkan bangsa jika kita tidak zalim kepada bangsa lain.

    Dewasa ini PERKASA jadi NGO yang popular yang perjuangkan bangsa Melayu.

    Walaupun ana setuju dengan perjuangan bangsa tetapi ana tak berapa berkenan dengan PERKASA.

    Harap dalam masa 2-3 tahun ini ISMA akan jadi lebih kuat dan sewajarnya lebih sepatutnya menerajui perjuangan bangsa daripada PERKASA sebab ISMA ada fikrah islam.

    Apa yang ana nampak, JIM pula sasarannya
    lain lebih kepada isu hak-hak asasi dan perhubungan dengan Non Muslim.

    Setiap NGO islam harus memainkan peranan untuk mencapai matlamat masing-masing biar
    kemimpinan islam/Melayu di Malaysia ini diterajui
    oleh pemimpin-emimpin NGO yang berfikrah islam spt JIM,ISMA,Haluan, ABIM, An Nida dll.

  8. Saya setuju dengan kebanyakan kenyataan saudara. Tetapi akhirnya, point yang ingin dibawakan ialah; Islam mendahului sesuatu apa perkara lain – termasuk bangsa.

    Hanya setelah seseorang menerima Islam sebagai deennya, dan hanya setelah itu sahaja kelebihan-kelebihan yang ada padanya akan berguna (dalam konteks Islam).

    “Sebaik-baik seseorang ketika jahiliyyah adalah sebaik-baik seseorang ketika Islam, apabila dia faham” (Bukhari atau Muslim, tak ingat)

    Seperti yang saya dah sebutkan, segala kelebihan pada sesuatu kaum atau bangsa tetap diiktiraf dan diraikan, seperti mana yang saudara sebutkan dalam banyak dalil yang dikemukan.

    Juga saya ingin highlight semual point saya berkenaan dengan bangsa Melayu, saya bukan tidak percaya Islam boleh tertegak melalui usaha orang Melayu. Tetapi yang saya sebutkan di dalam kenyataan saya ialah,
    “tidak mungkin Islam di Malaysia ini bangkit dengan sebab bangsa Melayu sahaja, DAN menolak bangsa-bangsa lain di dalam peranan kebangkitan ummah di Malaysia.”


    Da’wah ini adalah da’wah yang mengajak kepada aqidah yang satu, yang tidak dibatasi dengan warna kulit, bahasa atau sempadan geografi. Da’wah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah da’wah yang menyeru manusia kepada Allah. Bukan menyeru kepada bangsa dan sesuatu apa yang lain yang membataskan da’wah tersebut.

    Begitu jugalah al-Banna, al-Maududi dan lain-lain. Mereka juga menyeru kepada jalan Allah. Tidak lain dan tidak kurang.

    Wallahu aklam.
    p/s:maaf kalau terkasar bahasa dalam dua2 post. akhirnya lapang dada itu penting.

    • Setuju dan Tkasih

  9. Isma ni ikhwanul muslimin cawangan malaysia ke? Sy tgk isma buat konvensyen hassan albanna… hassan albanna ni yg mgasaskan ikhwanul muslimin kt mesir tu kan?

    mnarik jg if dpt ikut org2 ikhwan…

    • Terpulanglah kepada saudara utk menilainya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: