Posted by: aminuddin | 04/02/2010

Satu Perkongsian Utk Renungan

Saya nukilkan di sini satu tulisan dari seorang teman untuk menjadi renungan kita bersama.

“Life and Death Situation

Malam 30 Januari 2010, satu insiden yang cukup untuk menguji apa yang telah aku belajar selama ini untuk dipraktikkan sebaik mungkin. Siang hari dimana banyak perkara yang dipelajari mengenai isu-isu semasa dan juga kembali berjumpa dengan sahabat lama, cukup indah sekali perasaan yang dialami. Selesai sahaja program konvensyen pemikiran Hassan Al-Banna dalam melakar agenda bangsa, aku dengan sahabat-sahabatku yang terdiri daripada Yazid (pemandu) dan penggerak KRIM Johor yang terdiri daripada Hanif, Izwan, Sho’em dan Aiman bergerak pulang ke Johor Bahru. Hari sudah semakin gelap, perjalanan masih lagi jauh. Kami bertolak sekitar jam 7 malam dari Bangi ke Johor Bahru. Memandangkan perjalanan yang masih jauh, aku dan yazid memutuskan untuk berhenti di perhentian PLUS (R&R) di Ayer Keroh, dimana kami terserempak dengan akh Ahmady dan Ust Mahyuddin. Selesai sahaja urusan di R&R, kami bertolak semula ke Johor Bahru.



Aku dan yazid meng-estimate- kan perjalanan selama 2 ke 3 jam ke Johor Bahru, dan dengan itu aku mengambil keputusan setelah berbincang dengan yazid untuk mengadakan sedikit slot pengisian (perkongsian) dengan sahabat-sahabat KRIM. Setelah dalam 10 ke 15 minit settle down dalam kenderaan yang bergerak ke Johor Bahru, aku pun memulakan seisi perkongsian.
Seisi perkongsian berjalan dengan lancar. Aku membahagikan seisi kepada dua bahagian, iaitu seisi luahan perasaan sepanjang perjalanan pergi dan kini pulang ke Johor Bahru, apa yang diperoleh dan dipelajari sepanjang perjalanan dan juga kepada seisi perkongsian pengalaman dan ilmu yang diperoleh daripada Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna dalam melakar Agenda Bangsa. Respons yang sungguh baik aku terima daripada mereka semua. (Yazid tidak aku kacau kerana menumpukan perhatian untuk mengemudi kenderaan pulang ke Johor Bahru). Aku sungguh gembira dengan respond yang diberi mengenai ukhuwwah yang terjalin sepanjang perjalanan, lalu aku huraikan lagi mengenai kepentingan ukhuwwah itu sendiri dan contoh-contoh daripada sirah Rasulullah s.a.w. Bagaimana aku juga tertarik dengan idea-idea dan juga ilmu yang mereka perolehi daripada konvensyen tersebut, sungguh aku merasakan mereka ini adalah masa hadapan dakwah di Johor kelak. Lalu aku menerangkan lagi
mengenai kepentingan maratib ‘amal dan fokusku lebih kearah pembinaan jati diri Islam dalam diri seorang Muslim agar diri mampu menerima ujian dan rintangan yang dihadapi.
Sungguh, Allah ingin menguji kami ketika itu juga.
Sedang kami asyik dengan perkongsian, tiba-tiba kedengaran bunyi yang kurang menyenangkan buatku. Sepintas aku merasakan ada yang tak kena dengan tayar belakang sebelah kanan kereta Unser.
Bunyi itu, jika hendak aku describekan adalah seperti longgar atau pecah (Allahu’alam).  Namun aku tiada mengetahui kerana aku sendiri didalam kereta. Lalu, within seconds (dalam 3-5 saat selepas bunyi kedengaran), kenderaan menjadi susah dikawal (lost balance) dan aku lihat Yazid cuba untuk mengawal kenderaan lalu gagal. Kenderaan kami terbalik (360 degree seingat aku) dan menghadap semula menentang arus (laluan pecut sebelah kanan).
Aku juga agak kurang ingat apa yang berlaku kerana semua ini berlaku sungguh pantas sehinggakan aku sedar-sedar sahaja, kakiku ditingkap kereta (tanpa selipar) dan dengan segera aku melompat keluar tanpa mengetahui samada aku disebelah jalan atau divider. Segera aku memeriksa keadaan pemandu dan penumpang. Keadaan sungguh gelap ketika itu, ditambah dengan aku yang kehilangan cermin mata, sungguh sukar untuk aku melihat dengan jelas. Suasana sungguh panik dengan bunyi tangisan dan rintihan. Aku lihat Izwan tiada masalah serius, cuma mungkin trauma dengan apa yang berlaku. Aku lihat disebelah ada Hanif, yang merintih dengan tangan dikakinya. Aku nampak Aiman dibelakang seperti dalam keadaan tidak sedar. Pada ketika itu, darah berlumuran dan aku juga tiada mengetahui milik siapakah darah yang banyak disekitar kenderaan. Aku terus memeriksa keadaan Yazid. Masih sedar. Aku tanya samada dia ok, tiada jawapan jelas melainkan mumble dan bunyi dengungan
daripada yazid, aku menjadi resah kerana melihat darah mengalir daripada kepala yazid, lalu aku meminta yazid untuk bersabar seketika. Aku dengan segera menahan kenderaan yang bergerak perlahan menghampiri.

Aku meminta mereka untuk menelefon ambulans, namun mereka hanya memerhati, dan menjawab seakan-akan takut. Ada yang berlalu pergi begitu sahaja. Lalu baru aku teringat bahawa didalam kocek seluar aku ada handphone. Dengan segera aku mendial 999 dan meminta agar ambulans, polis dan bomba untuk segera kelokasi kemalangan. Bila ditanya dimanakah lokasi, aku bingung kerana aku jua tiada mengetahui dimanakah kami (kerana aku sedang mengendalikan seisi perkongsian) . Lalu aku nampak peronda PLUS memberhentikan kenderaan dari sebelah laluan utara, maka aku menjerit bertanyakan lokasi. Kilometer 115.4, itu yang aku dengar lalu aku beritahu. Aku menenangkan diri. Terus aku teringat Ust Wan Azli, lalu aku terus menelefon ustadz untuk memberitahu apa yang berlaku. Kemudian, aku kembali memeriksa sahabat yang lain.
Aku kembali kepada Yazid, masih respons yang sama walaupun sedar, dan aku melihat, Yazid seakan-akan tersepit. Lalu aku kembali keapada Izwan, cuba menenangkannya dan memeriksa yang lain. Hanif masih lagi meronta kesakitan, tetapi tiada head injury, cuma kakinya, masyaAllah, berlumuran darah dan aku seakan-akan melihat tulang kakinya. Pada masa itu, akh Umair kelihatan dan datang membantu. Aku bersyukur. Akhirnya, ramai passerby yang datang membantu. Ada yang cuba menenangkan Izwan, ada yang membantu membawa yang lain ke divider tengah jalan, cuma yazid masih lagi tak dapat dikeluarkan daripada kenderaan. Pihak hospital menelefonku kembali untuk meng-confirm- kan berapa bilangan mangsa dan memberitahu bahawa ambulans dalam perjalanan. Aku kembali memeriksa yazid. Alhamdulillah, sudah ada respond yang baik. Yazid sudah mampu bercakap dengan jelas. Aku memeriksa dan Yazid memberitahu bahawa kakinya tiada apa-apa, namun masih tidak dapat keluar daripada
kenderaan. Aku dibawa ketepi oleh Akh Umair yang khuatir aku akan dilanggar kenderaan yang masih lagi memecut dan tidak mengetahui akan kemalangan yang berlaku. Semua ini berlaku dalam masa 5 ke 10 minit, namun aku merasakan seperti berjam-jam lamanya.
Berbagai persoalan bermain di fikiranku. Manakah ambulans? Kenapa masih belum sampai lagi?
Kemudian akh Ahmady tiba dan turut membantu. Alhamdulillah semakin ramai yang datang turut membantu. Kemudian, baru aku perasan, ada satu kesakitan yang amat sangat dibelakang badan aku sebelah kiri. Aku memeriksa dengan tangan aku, seakan-akan lebam yang semakin membesar. Bahu aku terasa amat sakit sekali. Aku memeriksa nadi, agak laju (tachycardic) . Kemudian aku berasa sedikit pening, lalu aku diminta untuk duduk oleh akh Umair. Aku minta mereka memeriksa belakang badan aku. Ada bengkak biru yang besar di bahagian pelvis. Ah, kacau sungguh. Bermacam dalam fikiran aku.
Kidney injury? Internal bleeding?
Aku meminta mereka untuk memeriksa belakang badan aku semula selepas 5 minit. Makin besar. Allahu Akbar. Tiada apa yang aku boleh gambarkan perasaan aku ketika itu. Aku kembali cuba untuk menenangkan diri. Aku selaku pelajar perubatan dan antara yang tertua (Yazid masih belum keluar daripada kenderaan) harus remain calm agar mereka yang lain tidak lagi bertambah panik. Aku kembali bangun dan menenangkan yang lain. Dalam 20 minit, bomba pun tiba. Aku melihat Yazid sudah keluar daripada kenderaan ketika itu, dan dalam keadaan yang baik dan tenang. Kemudian ambulans tiba. Mereka yang lain diusung ke seberang jalan untuk diperiksa (Basic Life Support) oleh paramedik. Kemudian aku berjalan keambulans dan memeriksa SpO2 (oxygen concentration) aku. Alhamdulillah, normal. Maka tadi hanyalah bruise sahaja. Aku terus memberikan bantuan kepada paramedik. Di seberang jalan bersama aku ialah Hanif, Sho’em dan Aiman. Hanif masih lagi meronta kesakitan, dan meminta
aku untuk tidak meninggalkan dia. Lepas menenangkan Hanif, aku memeriksa Sho’em. Agak teruk. Dia antara sedar dan tidak. Aku terus bercakap dengannya dengan harapan dia mendengar suara aku dan tidak terus terlelap. Aku cuba sedaya upaya untuk mengekalkan Sho’em dan kembali sedar. Namun agak sukar. Sho’em masih lagi begitu. Lalu aku memeriksa Aiman, agak teruk juga mengikut first impression aku kerana dia tidak boleh merasakan kaki kirinya. Aku cuba memeriksa, dan bertanyakan apakah belakang badannya sakit. Jawapan inconclusive. Aku treat sebagai fracture spine. Aku meminta Aiman agar jangan bergerak supaya tidak menerukkan lagi keadaannya. Kemudian aku kembali kepada Sho’em. Aku continue bercakap dengannya dan akhirnya, selepas dimasukkan IV drip, dia diusung kedalam ambulans bersama-sama dengan Hanif. Manakala Yazid dan Izwan dirawat di divider tengah dan dibawa masuk ke ambulans berasingan. Aku, Hanif dan Sho’em end up didalam ambulans yang
sama manakala Aiman, menaiki ambulans yang ketiga sampai.
Di dalam ambulans, Hanif asyik menangis dan mangadu kesakitan. Aku berusaha sedaya upaya menenangkan keadaannya sambil bercakap dengan Sho’em. Perjalanan terasa begitu lama. Selang lima minit, pasti Hanif akan bertanya samada sudah sampai atau belum. Sungguh sukar untuk aku menjawabnya, kerana aku tahu perjalanan masih jauh lagi sebelum sampai ke hospital. Aku memberitahunya yang kita akan ke hospital Batu Pahat. Sebentar saja lagi akan sampai. Begitulah rutin yang aku lakukan selang 2-3 minit sambil cuba bercakap dengan Sho’em. Kadangkala, aku menanyakan paramedik bertugas mengenai SpO2 (oxygen concentration) Sho’em. Itu membuatkannya pelik lalu bertanya siapakah aku. Lalu aku memberitahu bahawa aku pelajar perubatan. Maka, amat mudah lagi untuk dia meng-update keadaan Sho’em kepada aku tanpa perlu menyembunyikan keadaan sebenar demi untuk menyenangkan hati.
Kemalangan dalam pukul 9.40 malam (selepas tgk dialed history di handphone), kami tiba dihospital Batu Pahat dalam kira-kira pukul 12 tgh malam rasanya. Aku menarik nafas lega seketika. Alhamdulillah, selamat sampai ke hospital tanpa sebarang halangan. Kami terus di rawat di emergency department. Aku diminta untuk baring diatas katil sebelum diperiksa. Sho’em yang agak teruk diattend oleh medical team terlebih dahulu. Hanif dibawa ke bilik berasingan untuk rawatan. Aku yang baring diatas katil tadi baru boleh mengimbas kembali apa yang telah terjadi. Handphone aku menjadi sangat busy dengan pertanyaan-pertanya an, dan aku cuba jawab sedaya yang mampu.  Malam itu berlalu dengan begitu lama sekali. Aku diupdatekan oleh Medical Officer (MO) in charge mengenai Sho’em.
“Cerebral edema. GCS 13/15. Prognosis is good.”
Alhamdulillah, aku menarik nafas lega. At least, tiada casualties. Keadaan Yazid stabil dan Izwan hanya mengalami luka kecil, mungkin cuma trauma dengan apa yang berlaku.
Aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Dia masih lagi mengasihi kami dan menyelamatkan kami daripada keadaan yang amat serius pada hematku. Cuma kereta Unser yang remuk teruk. Aku di discharge daripada hospital dalam pukul 5 pagi, setelah di review dengan X-ray dua kali untuk memastikan tiada keretakan tulang belakang dan pinggul dan tiada kerosakan organ dalaman. Alhamdulillah, Allah masih lagi menyayangi. Aku berfikir, dengan mudah sahaja Allah mampu merampas kembali apa yang dipinjamkanNya kepadaku, namun Dia masih lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang untuk meneruskan loan/pinjaman nyawa yang diberikan kepadaku dan rakan-rakanku. Aku juga bersyukur kerana dengan apa yang berlaku, aku escape hanya dengan bruises dan abrasions.
Alhamdulillah. Hanya kepada Engkau aku panjatkan segala kesyukuran atas ujian dan nikmat yang Engkau berikan. Aku mohon agar Engkau memberikan yang lebih baik keatas kami setelah ujian yang engkau beri.
Peluang kedua.

Allahu’alam.”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: