Posted by: aminuddin | 14/02/2010

PAS perlu memilih

“Five more Members of Parliament (MP) from PKR are said to be quitting this coming week, testing the leadership of party de factor leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who faces a career-ending sodomy trial. PKR elections director Fuziah Salleh had told The Malaysian Insider last month that up to seven MPs are said to be leaving the party due to weak performance.”

Melihat kepada senario seperti yang dinyatakan di atas membuktikan bahawa kemenangan PKR tidak lebih daripada untuk mencapai kedudukan dan kuasa bukan atas dasar prinsip. Walaupun hujjah yang diberikan oleh MP2 yang telah keluar itu pelbagai tetapi saya yakin mereka merupakan orang2 yang frust dgn UMNO dan mencuba nasib dgn PKR demi untuk mengekalkan kuasa dan merebut apa2 peluang yang ada. Saya tidak menolak kemungkinan akan ramai lagi yang akan mengikut jejak YB Zaharin dan lain2 yg telah meninggalkan PKR.

Pilihanraya ke 13 sudah tidak lama lagi. Kita jangan ingat UMNO dan BN akan membiarkan begitu saja. Adakah PKR akan mengalami nasib yang sama dgn Semangat 46?

Bagi saya, yang akan kekal menyokong PKR dan PR hanyalah orang bukan Melayu. Orang2 Melayu sudah mula berubah pandangan terhadap PR terutama selepas kes kalimah Allah. Dalam keghairahan Anwar untuk mendapatkan undi bukan Melayu, dia terlupa bahawa majoriti penduduk adalah orang Melayu islam yang sangat sensitif dgn kalimah Allah ini.

PAS harus memikirkan kembali kedudukan mereka dalam PR. Bagi saya PAS ada dua pilihan :-

1. Keluar dari PR dan menyatukan kembali Melayu Islam yang ada dalam UMNO dan PKR serta mendapatkan kembali keyakinan pengundi2 baru Melayu yang berjumlah jutaan orang.

2. Kekal dalam PR TETAPI PAS MESTI dominant. Bukan hanya sekadar menjadi Pak Turut kepada PKR atau DAP tetapi PAS mesti mengambil alih teraju kepimpinan. Anwar sudah tidak mampu apatah lagi dengan kes liwat yang di lalui beliau ini kemungkinan akan di penjarakan semula. Adakah PAS bersedia mengahadapi PR tanpa Anwar?

Setakat ini PAS dilihat kurang mnyerlah dalam PR tetapi sebaliknya banyak berselindung di bawah bayang2 Anwar. Ini tidak boleh di teruskan kerana ia akan menjejaskan kredibiliti PAS sendiri. Kita jangan lupa, ketika pilahanraya 2004, DAP kalah teruk lalu mereka isytihar keluar dari Barisan Alternatif dan disassociate dgn PAS. Ini kerana pengindi mereka tidak bersetuju dgn PAS. Jadi tidak sesuatu yang luar biasa jika kini PAS pulak meninggalkan PR dan disassociate dgn DAP.


Responses

  1. analisa yg baik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: