Posted by: aminuddin | 17/02/2010

Melayu Bukan UMNO, UMNO Bukan Melayu

Hampir setiap kali apabila kita memperkatakan tentang Melayu maka secara otomatiknya masyarakat akan merujuk UMNO. Baik ahli politik, baik usahawan mahupun rakyat marahein. Apabila bercakap pulak tentang UMNO maka kita tidak terlepas memperkatakan tentang korupsi, salah guna kuasa,  tikam menikam, ampu mengampu dan yang seumpamanya. Maka sebab itu sangat sukar untuk kita bercakap apa2 hal sekalipun tentang Melayu.

Apabila kita cuba saja bercakap tentang memperjuangkan orang Melayu maka statement yang akan kita dapat;

– kita sokong UMNO

– kita suka korupsi

– kita asobiyah

– kita nak dapat projek

– kita mengampu

– kita sokong kerajaan yang korup

– kita tak terbuka

Begitulah kecilnya pemikiran orang Melayu. Seolah-olah Melayu itu adalah semata-mata UMNO dan UMNO itu semuanya korup, haprak dan penyalah guna kuasa. UMNO itu seolah-olah di jadikan benchmark Melayu!

Persoalannya; adakah Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu? Cuba fikirkan yang ini:

– ahli UMNO hanya 3 juta (kalau tolak yang dah mati, mungkin tinggal 2 juta)

– PAS (juga Melayu) ada hampir 1 juta

– PKR (majoriti Melayu, ada 500,000 ahli, lebih kurang)

– jumlah Melayu di negara ini, ada kurang lebih 6-7 juta lagi yang tidak menjadi ahli mana2 parti.

Adakah logik kalau kita kata Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu? Adakah logik kalau kita kata memperjuangkan Melayu ertinya memperjuangkan korupsi? Adakah semua orang UMNO itu korup, adakah semua orang PAS itu maksum dan adakah semua PKR itu baik? Bagaimana pulak yang 6-7 juta itu?

Sentimen

Amat malang kerana orang Melayu terlalu banyak di mainkan sentimen oleh parti-parti politik sehingga mereka lupa kepada fakta sebenar. Mereka mudah di api2kan oleh sentimen kebencian sebelum menilai dari maqasid syarak. Akhirnya yang rugi adalah mereka sendiri dan juga agama islam. Kita semua perlu ingat, sebagai ahli politik mereka mendambakan kuasa. Baik macamanapun akhirnya mereka akan pastikan mereka menang dalam peti undi. Untuk itu mereka akan buat dan cakap apa saja demi kuasa. Itu memang kerja mereka dan kita tidak boleh salahkan mereka. Mereka menganggap kuasa boleh merubah segalanya. Itu adalah politik.

Orang Melayu mesti keluar dari politik sentimen ini ke arah politik BERPRINSIP. Orang Melayu harus keluar dari belengu definasi Melayu oleh UMNO yang korup itu kepada definasi yang lebih luas.

Melayu yang kita inginkan ialah Melayu yang mempunyai semangat patriotik seperti Tun Razak dan Tun Dr Ismail, yang mati tanpa meninggalkan sebarang harta, kita mahu Melayu yang memperjuangkan islam seperti Dr Burhanudin Helmi yang sanggup di penjara di atas prinsip yg di perjuangkan, kita mahu Melayu yang kental semangatnya seperti Mat Kilau yang sanggup bekorban segala harta utk menentang penjajah, kita mahu Melayu seperti Syeikh Abdul Hadi yang menyerapkan semangat jihad di kalangan belia tetapi kemudiannya di tentang inggeris, kita mahu Melayu seperti Tok Kenali yang alim lagi zuhud, kita mahu Melayu yang pintar seperti Pendita Zaaba, kita mahu Melayu yang pakar seperti Prof Ahmad Ibrahim yang melakarkan perlembagaan islam untuk negara Brunei.

Mereka semua adalah pejuang-pejuang Melayu yang menolak kepentingan peribadi tetapi excellent di dalam bidang dan perjuangan masing2. Inilah kesyumulan Melayu yang kita inginkan.


Responses

  1. setuju akhi

  2. Artikel yang baik dan bagus, 5 bintang.

  3. Mungkin mereka yang kerap mengatakan Melayu itu UMNO (seterusnya dikaitkan KORUP) merupakan penyokong taasub kepartian. Sahabat ana antaranya.

    Tidak dilihat kesan terumbang-ambingnya negara, bila satu-satu hak Melayu dicabut keistimewaannya. Aduhai bangsaku!

  4. walaupun islam bukan untuk melayu sahaja di Malaysia ini, tapi almost 98%+- melayu di malaysia adalah islam…be it PAS ke UMNO ke PKR ke JIM ke ISMA ke dll….

  5. […] 6)Nice read on Malay Muslim https://suaradarigunung.wordpress.com/2010/02/17/melayu-bukan-umno-umno-bukan-melayu/ […]

  6. salam.

    “…Tun Razak dan Tun Dr Ismail, yang mati tanpa meninggalkan sebarang harta….” OK. This is bullshit

    next, sesuatu penerangan tanpa contoh adalah dianggap cakap-cakap kosong. boleh saudara buktikan mana2 ahli UMNO terutamanya dalam MT yang tidak mengamalkan korupsi?

    .just out of curiosity. nothing personal

    jzklh

    • Saudara sangat terikat dengan UMNO post Tun Mahathir. Sebab itu saudara sentiasa befikiran negatif dengan semua ahli UMNO. Tahukah saudara ribuan ahli UMNO di kampung2 tak pernah makan rasuah, tak ada harta, miskin, saban hari membanting tulang. Paling tidak di kampung saya ada ratusan rakyat miskin yg tak pernah kenal erti rasuah. Mereka menyokong UMNO bukan sangat kerana ideologi tetapi semata-mata sentimen dan warisan dari dahulu. Ini yg saya maksudkan bukan pemimpin2 UMNO yg ada dalam MT atau Ketua2 Cawangan tu.

      Mengenai Tun Razak dan Tun Dr Ismail, ini di akui oleh pihak kawan dan lawan dari kedua2 belah parti. Saya hanya mengambil dari aspek sikap nasionalis mereka dan kesanggupan mereka utk berkorban demi tanahair. Bacalah buku ttg kehidupan mereka. Mereka tidak seperti pemimpin UMNO sekarang ini.

    • inilah antara manusia yg terlalu marahkan UMNO…

      • Kita hanya memperkatakan bahawa Melayu itu lebih luas dari UMNO.

    • careful with ur words mate!

    • Ayah dan ibu saya ahli UMNO. Alhamdulillah sepanjang menjadi anak mereka, saya tak pernah melihat/mengetahui keterlibatan mereka dalam rasuah dan korupsi. Ya, keluarga kami bukan keluarga yang kaya.

      Ayah dan ibu sayangkan bangsa melayu islam (teras islam di Malaysia) dan islam.

      Saya non-partisan tapi saya sayangkan bangsa saya =)

  7. Respon yang bernas dari saudara amin, sederhana dan tanpa emosi melulu. Ini adalah antara ciri-ciri kepimpinan yang sangat saya hargai.

    Moga istiqamah hingga akhir hayat

  8. Apabila kita cuba saja bercakap tentang memperjuangkan orang Melayu maka statement yang akan kita dapat ialah:

    * kita sokong UMNO
    * kita suka korupsi
    * kita asobiyah
    * kita nak dapat projek
    * kita mengampu
    * kita sokong kerajaan yang korup
    * kita tak terbuka

    Pada pandangan saya, takkan ada orang yang mengaku dia menyokong statement diatas.Saya belum pernah jumpa orang yang mengaku memperjuangkan Melayu mengatakan kita suka korupsi, kita suka kerajaan yang korup dan lain2.Perlu difahami apa sebenarnya yang dikatakan perjuangan mempertahankan Melayu.Kita boleh lihat bagaimana kondisi orang Melayu kini dibumi mereka.Didalam perlembagaan telah dinyatakan dengan jelas tentang hak2 istemewa orang Melayu yang tidak sepatutnya dipertikaikan.Tetapi apa yang berlaku sekarang golongan tertentu masih mempertikaikan perkara ini dan bersekongkong untuk menidakkan hak orang Melayu.Sebenarnya apabila kita bicarakan soal mempertahankan orang Melayu kita sebenarnya mempertahankan hak kita sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

    Perkara yang sebutkan diatas sebenarnya tidak pernah berlaku.Tidak ada orang sebodoh itu yang mengakui dia menyokong korupsi dan tidak terbuka seperti yang saudara nyatakan diatas.Malah mereka juga menentang korupsi dan mahu wujud sifat keterbukaan dalam kerajaan.Kita tidak mahu projek2 besar kerajaan jatuh hanya ketangan orang politik itu sendiri.Kita mahu setiap pihak mempunyai hak untuk bersaing secara sihat untuk mendapatkan projek tersebut.

    So saya harap saudara membetulkan artikel ini dan jangan menulis sebarangan tanpa mengetahui titik tolak serta punca sesuatu persoalan atau masalah.Kita memperjuangkan Melayu kerana itu hak kita.Kita mahukan keadilan dan bukan kesamarataan.Kita juga menolak rasuah dan sifat ketidakterbukaan.Ini sekadar pandangan peribadi saya

    • Terima kasih di atas komen saudara. Saya bersependapat dgn saudara. Cuma apa yg saya tulis adalah pengalaman peribadi dan saya rasa saya perlu membetulkannya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: