Posted by: aminuddin | 06/03/2010

Salah Siapa?

Melihat perkembangan mutaakhir isu keluar parti oleh MP PKR membuatkan kita rasa sangat terkilan. Mengikut alasan yang di kemukakan oleh mereka jelas menunjukkan ianya berpunca dari rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti. Dakwaan ini telah di tolak oleh pimpinan PKR dan menyalahkan DS Najib dan UMNO yang melobi kesemua MP ini dengan memberikan habuan kewangan yang lumayan. Di fahamkan ia bukannya jumlah yang sedikit tetapi melibatkan jutaan.

Alakulihal, samada dakwaan kedua-dua pihak  ini benar atau tidak, itu soal kedua tetapi yang menyedihkan kita ialah tindakan MP ini sebenarnya telah mengkhianati amanah yang di berikan oleh rakyat. Saya amat yakin setiap pengundi yang telah memangkah mereka semestinya berasa marah dan kecewa. Apa tidaknya mereka telah berhempas pulas berkempen dan berkorban wang ringgit serta tenaga untuk memastikan kemenangan wakil rakyat ini tapi sebaliknya mereka di balas dengan tindakan keluar parti. Bagi saya MP ini langsung tidak beretika dan menyalahi mana-mana hukum alam samada yang syarak mahupun yang sivil. Alasan ketidakpuas hati terhadap pimpinan parti tidak harus bertindak dengan keluar parti tetapi sepatutnya mereka semestinya meletakkan jawatan sebagai MP.Ini saja pemyelesaiannya supaya rakyat di beri peluang untuk memilih calon yang konsisten dengan perjuangan.

Apa yang berlaku ini membayangkan kepada rakyat beberapa kemungkinan :-

Politik Singgahan. Mereka yang menjadi calon (sebahagian) PKR bukanlah mereka yang sebenarnya ada prinsip perjuangan parti tetapi sebaliknya mereka hanya mencari-cari peluang untuk “singgah” sebentar demi untuk mencapai matlamat peribadi. Apabila mereka tidak lagi nampak peluang tersebut maka mereka bersedia keluar parti.

Politik Pelbagai Kaum. Sejarah politik di Malaysia menunjukkan parti pelbagai kaum ini kurang menyerlah dan susah untuk bertapak lama. Lihat saja PPP, Gerakan dan PRM. Walaupun Gerakan memerintah agak lama di Pulau Pinang tetapi kini mereka berada dalam dilema. Malah mantan Presiden mereka sendiri membayangkan bahawa Gerakan tidak akan mampu lagi menguasai kembali pulau mutiara itu.Kepelbagaian tradisi dan budaya pemikiran serta perbezaan fahaman agama membuatkan ia sukar untuk berkembang.  Kita harus ingat bahawa sebelum DSAI menerajui PKR, parti ini hampir-hampir lumpuh apabila mereka hanya tinggal seorang MP saja. Adakah PKR boleh bertahan tanpa DSAI? Ini persoalan sangat besar.

Politik Gopoh. Penglibatan politik bukanlah penglibatan emosi dan semangat semata tetapi ia mesti dengan kefahaman dan kesediaan yang tinggi. Ini kerana ia akan melibatkan seluruh tenaga dan pemikiran dan berhadapan dengan pelbagai ujian dan tohmahan. Oleh itu mereka yg terpingin untuk masuk politik harus mempunyai persediaan ini. Jika tidak maka kemungkinan besar ia akan tersungkur di tengah jalan. Apa yg berlaku dalam PKR ialah mungkin ramai yg menganggotainya atas dasar ingin segera kepada kemenangan tanpa mereka sedari bahawa BN menguasai segala2nya, duit, media dan agensi2 kerajaan. Hanya apabila berlalunya masa barulah mereka sedar bahawa ia bukan semudah itu. Akhirnya mereka habis stamina.

Politik Kronimisma. Aneh juga apabila mereka yang keluar parti ini mendakwa mereka telah di “pilih dan di suruh” secara peribadi oleh DSAI untuk bertanding. Mereka juga dikatakan kenalan2 DSAI yang lama. Nah, adakah berlaku kronimisma juga dalam PKR? DSAI telah secara terbuka meminta maaf kerana tersalah memilih calon. Jika benar kronimisma berlaku maka impian rakyat untuk melihat perubahan dalam politik dan pentadbiran negara akan tinggal dalam mimpi saja. PKR perlu melihat kembali hal ini.

Habis, salah siapa?

Bagi saya ini bukan masa unuk menuding jari kepada mana-mana pihak teapi sesuatu yang pimpinan parti harus fikir-fikirkan.

Kalaulah benar ada “firaun-firaun” kecil dalam PKR seperti yang didakwa oleh seorang YB maka ini satu perkara yang pimpinan parti perlu beri perhatian yang serius. Pembersihan parti bukan hanya sekadar menunggu MP2 keluar parti tetapi juga kepada mereka yang meletakkan matlamat individu lebih dari kepentingan rakyat walaupun mereka ini masih menjawat jawatan pimpinan dalam parti. Mereka ini harus di bersihkan segera kerana rakyat tidak mampu lagi untuk di main-mainkan. JANGAN ULANGI KESILAPAN UMNO !


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: