Posted by: aminuddin | 09/03/2010

Rakyat Keliru

Beberapa tahun lepas semasa isu murtad  memuncak Dato’ Harusanilah anatara yang terkehadapan membicarakannya. Malah tidak salah kalau saya katakan bahawa kenytaannya yang mengatakan semakin ramai remaja islam murtad telah menimbulkan kontroversi dan ketidak senangan pihak pemerintah. Beliau di tuduh mengemukakan maklumat yang salah dan pelbagai lagi. Satu forum akhirnya telah diadakan mengenai isu ini dan juga isu Lina Joy yang di hadiri oleh ribuan umat islam di mesjid wilayah, termasuk pimpinan dan penyokong pihak PR. Beliau di anggaphero ketika itu oleh pihak penyokong islam dan menjadi rujukan apabila timbul isu-isu agama. Saya masih ingat bahawa ramai yang menangis ketika beliau membacakan doa selepas mengimamkan solah zohor.

Namun apabila beliau memberikan pandangan yang sedikit berbeza dengan PAS sehari dua ini maka beliau pulak di tuduh agen UMNO. Sehingga beliau di label tidak layak memegang jawatan Mufti.

Nah, bagi rakyat Malaysia, kita menganggap kedua2 tokoh ini; Dato’ Harusani dan TGNA sebagai ulamak tersohor negara yang wara’ dan berilmu. Namun apabila kedua2nya saling tuduh menuduh maka ini yang membingungkan rakyat jelata. Seolah2 politik di Malaysia ini mengatakan bahawa jika kita puji, kita akan di sanjung tetapi jika kita kritik, kita akan di hina. Kalau dulu UMNO yang menghina Dato’ Harusani kini PAS pulak yang menghina. Kalau senyap, kita juga akan di tuduh pengecut atau pengampu.

Politik Malaysia benar2 mengelirukan rakyat !

Kalau beginilah keadaanya, maka kepada siapa lagi kita harus mengadu masalah negara yang bertimbun-timbun ini? Kalaulah ulamak sendiri bergaduh sesama mereka, adakah rakyat marahain akan hormat institusi ini lagi? Kalau orang islam sendiri tak hormat ulamak, adakah orang2 kafir akan hormat islam? Mustahil.  Akhirnya yang kafir tetap kafir, yang islam habis porak peranda.


Responses

  1. betul, amat setuju sehinggakan kekeliruan membawa kepada muak dan mual dengan praktis politik di Malaysia ini.

    • Assalamualaikum…

      Pada saya, sebenarnya, perbalahan yang kita lihat antara TGNA n Datuk Harussani kerana kadang-kadang kenyataan Datuk Harussani yang seperti terlalu memihak kepada kerajaan.

      Contohnya, pendapat Datuk Harussani tentang perarakan maulidurrasul di Pulau Pinang. Dia melenting tentang hal ini, tetapi berdiam diri tentang kerajaan negeri yang tidak langsung mengadakan perarakan. Jelas dan terang, dia mencari salah pembangkang dan mengenepikan salah kerajaan. Tidak adil jika dilihat dari mata kasar umat Islam.

      Ramai antara kita yang menganggap politik Malaysia adalah politik yang salah. Tetapi, ramai yang tidak sedar, merekalah yang membiarkan politik salah ini berleluasa.

      Ini pendapat saja. Tuan semestinya lebih arif…

      Assalamualaikum…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: