Posted by: aminuddin | 10/03/2010

Mereka menanti kaseh mu !

Aku di ajar berdakwah kerana :-

–          ia sesuatu yang wajib. Berdosa jika Aku tidak berdakwah kepada orang lain kerana kita akan di soal Allah swt nanti.

–          Aku di ajar berdakwah kerana ia adalah sunnah R saw yang merupakan tugas utama setiap muslim

–          Aku di ajar berdakwah supaya masyarakat dapat memahami islam dengan sempurna dan dengan itu dapat menyelamatkan mereka dari terjerumus ke dalam maksiat.

–          Aku di ajar berdakwah kerana untuk memantapkan organisasi supaya lebih banyak kerja-kerja islam dapat di lakukan

–          Aku diajar berdakwah untuk menentang gejala maksiat yang di bawa oleh barat

–          Aku di ajar berdakwah kerana ia dijanjikan syurga Allah swt dan segala kenikmatnnya

Tapi ;

– Aku tidak di ajar berdakwah kerana kasih kepada manusia

– Aku tidak di ajar berdakwah dengan memberikan perasaan cinta kepada manusia

– Aku tidak di ajar berdakwah kerana kasihan melihat manusia yang berada di jurang api neraka tetapi mereka tidak sedar

-Aku tidak di ajar berdakwah dengan melimparkan senyuman mesra dan memberikan kata-kata manis sambil tangan menghulurkan bantuan pada bila-bila masa saja di perlukan

– Aku tidak di ajar berdakwah dengan memeluk mereka dengan penuh kehangatan mahabbah

Akibatnya;

– dakwahku menjadi kering seperti dedaun yang gugur layu

– dakwahku hambar sehingga yang mendengarpun menjadi bosan

– dakwahku hanya sekadar sebagai seorang mualim yg memberikan ilmu bukan seorang murabbi yang mendidik

– hubunganku dgn manusia ibarat guru dengan murid bukan bapa dengan anak

Banyak sudah aku mengembara, kerumah-rumah anak yatim, ke sekolah Tunas Bakti yg menghimpunkan anak2 yg telah di tangkap kerajaan, bergaul dengan puluhan pemuda2 yang rosak akhlaknya; tidak ada yang lain aku dapati melainkan mereka semua sangat dahagakan kasih sayang. Ini kerana di rumah, ibubapa tidak  memberikan perhatian hingga sang anak menjerit kesunyian. Akhirnya mereka bertindak ganas, bukan kerana apa tetapi hanya sanya inginkan perhatian manusia. Sayang sekali, tidak ada yang mendekati untuk mendegar rintihan hati dan perasaan mereka. Apa yang mereka dapati hanyalah cemuhan dan kebencian dari masyarakat.

Pendakwah hanya sibuk mencari “ahli-ahli” syurga di mesjid-mesjid tetapi meninggalkan “ahli-ahli” neraka yang berkeliaran di tepi jalanan.

Ayoh pendakwah, kasihanilah mereka ini! Mereka menanti kaseh mu !


Responses

  1. aminuddin said;

    ‘Pendakwah hanya sibuk mencari “ahli-ahli” syurga di mesjid-mesjid tetapi meninggalkan “ahli-ahli” neraka yang berkeliaran di tepi jalanan.’

    ana tertarik dgn ayat ini yg serba sedikit menggambarkan realiti kebanyakan da’ie hari ini.

    masa utk merubah kaedah serta pendekatan dakwah kita kpd masyarakat..

    semoga kita selaku penggerak dakwah dapat memberikan cinta kita melalui jln dakwah ini. harap2 individu2 yg didakwah itu dpt merasakan kasih syg kita terhadap mereka.

  2. isyyallah… mudah-mudAHAN saya juga termasuk dalam para daie’ ALLAH


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: