Posted by: aminuddin | 28/03/2010

Susan Boyle

Semasa saya menaiki kapalterbang menuju ke Pulau Pinang minggu lepas saya sempat membelek-belek sebuah majalah yang di letakkan dihadapan tempat duduk. Terdapat satu artikel yang sangat menarik hati saya iaitu temuramah dengan seorang penyanyi Britain yang mendadak naik baru-baru ini, Susan Boyle.

Kejayaan beliau bermula apabila beliau menang dalam satu pertandingan nyanyian “britain Got Talent” yang di anjurkan di England. Video nyanyian beliau dikatakan telah mencapai hit 10 juta dan album yang beliau rakam telah berjaya mencapai tangga pertama di Amerika dan Britain juga di beberapa negara di Eropah. Pendekata beliau menjadi idola dunia hiburan antarabangsa dalam sekelip mata.

Apa yang menarik tentang Susan Boyle ini ialah beliau semasa kecilnya bukanlah merupakan kanak-kanak yang cerdik dan berpotensi. Malah doktor telah memberitahu ibunya supaya tidak mengharapkan apa2 yang istimewa dari Susan dengan keadaannya yang agak lembap. Seluruh hidupnya banyak di habiskan dirumah menjaga ibunya yang semkin tua hingga menyebabkan beliau tidak banyak bergaul malah tidak pernah mempunyai teman lelaki (ini sesuatu yang ganjil dikalangan wanita inggeris).

Namun di dalam hati, beliau sentiasa memndam perasaan dan cita-cita untuk merakamkan lagu dan menjadi penyanyi. Beliau merasa yakin bahawa satu hari nanti beliau akan dapat juga mencapai cita-citanya itu. Walaupun masyarakat sekeliling hanya sekadar mentertawakan beliau namun hasrat tersebut terus membuku di dalam hatinya. Semua ini hanya berlaku setelah ibunya meninggal maka Susan mengambil keputusan untuk memasuki pertandingan tersebut. Dan kini semua impian beliau telah berjaya di capai.

Banyak diantara kita sangat terikat dengan kata-kata negatif dari orang lain tentang diri kita hingga menyebabkan kita hilang keyakinan diri. Sedangkan apa yang merek sebut itu hanyalah persepsi dari luar saja sedangkan hanya diri kita yang mengetahui kekuatan sendiri.

Memikirkan masalah bukan sesuatu yang tidak baik kerana ia akan memberikan kita ruang untuk membuat perancangan. Tetapi yang menjadi masalah apabila kita terlalu memikirkan masalah sehingga ia merencatkan kerja-kerja. Bagi golongan ini saya menasihatkan untuk mengenepikan semua masalah2 yang ada dan terus memulakan langkah. Saya yakin kadang-kadang masalah yang kita jangkakan itu hanyalah sangkaan semata dan ada juga masalah itu selesai sendiri apabila kita mula melangkah.

Meletakkan matlamat dalam hidup sangat penting kerana hadith ada mengatakan bahawa diri kita itu adalah mengikut prasangkaan kita sendiri ie jika kita yakin kita baik maka kita akan jadi baik tetapi jika sebaliknya ia juga akan menjuruskan kearah situ. Oleh itu berikan khabar gembira kepada dii sendiri bahawa kita akan berjaya.


Responses

  1. Assalamualaikum..

    Moga optimisme para muslimin menetapkan kaki-kaki mereka atas manhaj nubuwwah,

    Silakan rujuk tulisan ustaz Rusydan berkenaan tafaa’ul (optimisme). insyaAllah bermanfaat

  2. […] when i take a look at https://suaradarigunung.wordpress.com/2010/03/28/susan-boyle/ , my mind runs back to the example given in the book.  Interestingly, the example is also an […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: