Posted by: aminuddin | 28/03/2010

Tidakkah ini membimbangkan saudara?

Dalam satu laporan di akhbar The Star dilaporkan bahawa jumlah anak luar nikah yang dalaporkan ke Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005-2009 adalah sejumlah 109,199. Dengan lebih tepat lagi jumlah itu adalah seperti berikut :-

2005    – 22,512

2006   – 24,139

2007   – 21,648

2008   – 17,953

2009   – 22,937

Ini jumlah yang dilaporkan. Bagaimana jika di campur dengan jumlah yang tidak di laporkan? Mungkinkah ia mencecah 200,000 orang? Kita tidak pasti. Yang pasti negara kini di banjiri oleh manusia-manusia yang tidak mengenal bapanya, mengalami kesukaran untuk hidup, di tolak oleh masyarakat. Mereka menjadi terasing dari masyarakat dan merasa rendah diri. Ada yang terpaksa membatalkan perkhawinan apabila sebelah pasangan mengetahui yang bakal isteri/suaminya adalah anak luar nikah.

Dalam keadaan hidup penuh tekanan dan penghinaan dari masyarakat ini adakah mereka  akan dapat menjalani kehidupan yang sempurna?  Atau mereka hanya sekadar akan mengulangi perbuatan ibubapa mereka saja. Saya tidak pasti jika ada mana-mana badan atau NGO yang menangani isu ini dan menyelesaikan masalah mereka baik dari segi hukum dunia maupun dari segi hukum agama.

Masyarakat semakin rosak. Pemimpin semakin sibuk mengejar jawatan. Mereka dibiarkan. Kini bilangan mereka semakin bertambah dari hari kehari. Mungkinkah rakan anda tergolong dalam golongan ini? Adakah jiran saudara termasuk sama? Mungkinkah bakal pasangan saudara juga dari kumpulan ini?

Tidakkah ini membimbangkan saudara? Lakukanlah sesuatu. Mulakanlah langkah berdakwah membaiki masyarakat. Jika tidak, tidak ada sesiapa yang dapat menjamin anak cucu kita terlepas dari bahana hina ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: