Posted by: aminuddin | 01/04/2010

Mampukah Melayu Islam Memerintah?

Semasa saya kecil-kecil dahulu ayah saya selalu berpesan tentang perlunya kesatuan dalam keluarga kami. Maklumlah keluarga kami agak besar, jadi isu kesatuan ini sangat penting supaya ia akan kekal kuat. Beliau selalu menyebut pepatah Melayu yang berbunyi “Bersatu itu teguh, bercerai itu roboh”.

Alangkah benarnya kata-kata beliau itu kerana sehingga kini kami sekeluarga kekal bersatu dan bukan itu saja anak-anak kami juga sentiasa di saran supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain.

Saya tidak dapat membayangkan betapa indahnya negara ini jika konsep kesatuan ini dapat di serapkan kepada seluruh ummat Melayu islam di negara ini. Cuba renungkan, jika semua orang Melayu bersatu, adakah akan terjadi kekalutan yang berlaku hari ini? Mungkinkah orang lain berani menggugat agama islam?

Persoalan yang mungkin bermain di kepala kita semua, dari segi politik mampukah Melayu islam memenangi cukup kerusi? Lihatlah fakta berikut :-

Tahun Jumlah Kerusi Parlimen Kerusi Majoriti Melayu % Kerusi Majoriti Melayu
1964 104 60 57.7
1969 104 60 57.7
1974 114 79 69.3
1978 114 79 69.3
1982 114 75 65.8
1986 132 92 69.7
1990 132 92 69.7
1995 144 100 69.4
1999 144 100 69.4

Melihat fakta ini bermakna bahawa orang Melayu mampu menguasai 69.4% kerusi parlimen jika mereka bersatu (saya tak pasti kedudukan mutakhir kerusi parlimen sekarang ini).

Namun ia mustahil akan berlaku jika orang Melayu islam berpecah. Saya tidak pasti apakah rasionalnya mereka berkelahi dalam keadaan agama islam di perkotak-katikkan melainkan masing-masing hanya mementingkan kuasa bukan lagi bangsa dan agama. Apalah salah kita meletakkan senjata seketika dan bersama menghadapi ancaman musuh islam yang semakin berani mempertikaikan kedaulatan agama islam.

Wahai mereka yang mendakwa memperjuangkan islam, renung-renungkanlah tentang masa depan agama islam. Jangan biarkan generasi hadapan terkorban di sebabkan kerakusan kita hari ini.

Saya teringat pesanan Tunku Abdul Rahman :

“Malaya is for the Malays and should not be govern by a mixture of races. The Malay must safeguard their rights over this land which is ours for the benefit of our future generation”


Responses

  1. Syukran jazilan atas pencerahan en. Amin.

    Izinkan saya untuk mengajukan satu soalan.

    Perkara ini seringkali menjadi bahan tandatanya saya adakah boleh diselamatkan pergaduhan dan perpecahan masa kini andai kita tidak menyelitkan unsur provokasi?

    Adakah provokasi itu baik?

    Mungkinkah andai kita tidak menggunakan senjata provokasi, kita akan bertindak lebih cekap?

    ~ sekadar ingin pandangan.

    Silalah lewat entri ini, andai boleh memberi pandangan en. Amin.

    http://senikehidupan.wordpress.com/2010/02/23/episod-153-melayu-di-manakah-silapnya-kita/

    • Provokasi utk melahirkan tindakan yg positif tidak mengapa.

  2. Syukran kpd en. Amin =)

  3. sama2 renungkan….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: