Posted by: aminuddin | 09/04/2010

DEB VS MEB

Sebagai sedikit maklumat untuk renungan kita bersama.

DASAR EKONOMI NEGARA
Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970 Model Ekonomi Baru (MEB) 2010
1 Lahir setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 akibat dari pertembungan kaum antara orang Melayu dan Cina. Rusuhan ini juga asalnya apabila pihak Gerakan telah memenangi kerusi yang banyak dalam pilihanraya dan orang-orang Cina mula menunjukkan kekuatan mereka dengan mengadakan perarakan besar-besaran di KL bagi meraikan kemenangan mereka.

– PERIKATAN (UMNO< MCA dan MIC) hilang 2/3 majoriti parlimen

– PAS bersetuju bergabung dengan BN

Lahir dari pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008 yang menyaksikan kemenangan pihak pembangkang (Pakatan Rakyat) yang menafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen kerajaan. Pilihanraya ini menyaksikan perpindahan sokongan kaum Cina dari MCA ke DAP dan PKR.

– PAS bersetuju bergabung dengan PR

2 Di kemudikan oleh Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Ke 2 Di kemudikan oleh anak Tun Razak, Dato’ Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri ke 6.
3 Di lancarkan di dalam Rancangan Malaysia ke 2 Di lancarkan dalam Rancangan Malaysia ke 10
4 Di sediakan oleh Majlis Perundingan Negara Di sediakan oleh Lembaga Penasihat Ekonomi Negara
5 Asas DEB :-

1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.

2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).

3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Asas MEB :-

1. Berpendapatan tinggi,

2. Kemapanan

3. Keterangkuman (inclusive).

8 Initiatif yang akan dilaksanakan :-

  • Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
  • Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
  • Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
  • Memperkukuhkan sektor awam;
  • Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
  • Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
    Meningkatkan sumber pertumbuhan;
  • Memastikan pertumbuhan yang mapan.
6 Bertujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara Melayu dan bangsa lain (terutama Cina). DAN menghapuskan kemiskinan kerana ramai Melayu yg masih miskin. Bertujuan untuk menaikkan taraf pendapatan per kapita dari USD7,000 ke USD15,000. Isu kemiskinan masih jadi perhatian tetapi tidak tertakluk kepada Melayu tetapi semua bangsa.
7 Lahirnya institusi-institusi bagi menjaga kepentingan Bumiputera spt Tabung Haji, Felda, Felcra, UDA, MARA, Risda, Bank Bumiputera dll.

Kerajaan juga mengenakan syarat 30% pegangan Bumiputera terhadap syarikat dgn modal berbayar >RM100,000.

Kerajaan akan mengurangkan pegangan dalam GLC (melalui EPF) bagi merancakkan lagi pelaburan luar eg. POS Malaysia. Lain strategi :-

– penswastaan Percetakan Nasional

– Kerjasama antara GLC dan piha swasta

– tender terbuka. Kontrak akan di beri berdasarkan merit.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: