Posted by: aminuddin | 20/04/2010

Tidur satu bantal, mimpi lain-lain

Kita sering dilaung-laungkan bahawa negara Malaysia adalah negara berbilang kaum. Keunikan ini sukar untuk di cari dimana-mana negara kerana majoriti sesuatu kaum itu (Melayu) tidak lah begitu besar jurangnya dengan bangsa lain.

Pemimpin-pemimpin politik sering melaungkan intergrasi kaum, perlu saling hormat menghormati dan saling memahami. Malangnya setelah 50 tahun lebih merdeka isu intergrasi kaum ini masih belum dapat tercapai sebagaimana yang diharapkan.

Kenapa agaknya ye ?

Kalau saudara ada kawan2 berbangsa Cina, cuba tanya kepada mereka, dimana mereka sekolah, mereka makan apa, mereka cakap bahasa apa dirumah, budaya mereka macamana ?

Saya ada mempunyai ramai jiran-jiran yang berbangsa Cina. Kebetulan saya dipilih menjadi ketua taman perumahan tu. Jadi saya berkesempatan bergaul dgn mereka agak banyak dan berbincang-bincang dengan mereka. Dalam muayyashah saya dengan mereka ini saya dapati beberapa perkara :-

–         ada yang tak pandai cakap Melayu maupun inggeris.

–          Ada yang pandai cakap Melayu tetapi lebih selesa dgn bahasa inggeris

–         Mereka juga kata, dulu banyak ingat perkataan2 Bahasa Malaysia tetapi sekarang dah banyak lupa.

–         Mereka bersekolah di sekolah Cina

–         Mereka makan makanan Cina

–         Mereka mengamalkan budaya Cina

–         Mereka berkawan dengan orang-orang Cina

–         Mereka pergi ke kedai Cina

Saya pun terfikir juga, bagaimana dengan aku? Akupun sama juga. Sekolah Melayu, makan makanan Melayu, cakap Melayu, kawan dgn orang Melayu, budaya juga budaya Melayu.

Persoalannya; cuba bayangkan bagaimana intergrasi kaum ini mungkin akan berlaku jika kesemua bangsa duduk di ”alam” masing-masing. Mereka mungkin jiran atau rakan kita tetapi sebenarnya mereka dan kita duduk di ”alam” berasingan.

Dalam keadaan begini, agak-agaknya boleh ke kita berdakwah kepada mereka secara efektif? Mustahil ! kerana mereka dan kita adalah makhluk asing. Orang Cina islam sendiri mengakui bahawa begitu sukar untuk meyakinkan bangsa Cina terhadap islam.

Inilah yang dikatakan :

”Tidur satu bantal tetapi mimpi lain-lain”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: