Posted by: aminuddin | 26/04/2010

PRK – P94

Kemenangan BN di dalam PRK di Hulu Selangor telah memberikan beberapa petunjuk kepada parti-parti politik dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya. Bagi pihak BN ini sudah pasrti satu suntikan semangat selepas mereka memenangi di Bagan Pinang. Manakala bagi PR sudah tentu ia merupakan satu setback yang besar setelah berkeja berhempas pulas namun kejayaan masih tidak memihak kepada mereka.

PRK ini menyaksikan seleuruh jentera kedua-dua pihak turun padang untuk berkempen. Kesemua pimpinan samda di pihak PR maupun BN boleh dilihat setiap hari dan malam di Hulu Selangor. Ini membuktikan bahawa kedua2 pihak sangat terdesak untuk memenangi pilihanraya kecil ini. Bagi PR, mereka ingin mempertahankan kemenangan 2008 manakala BN pula ingin membuktikan bahawa konsep 1Malaysia mereka diterima rakyat. Seperti biasa, tak cukup dengan isu-isu semasa, serangan peribadi dijadikan bahan utama kempen. Beli membeli undi sudah menjadi lumrah dalam politik negara sehingga ia dianggap senjata paling ampuh untuk mengaut undi.

Undi Melayu

Dari analisa yang di buat jelas menunjukkan orang-orang Melayu sudah kembali menyokong BN. Keseluruhan saluran yang majoriti Melayu dimenangi oleh BN. Ini membuktikan beberapa perkara :-

–          undi mereka amat mudah di ”beli” jika sekiranya pihak yang berkempen sanggup menabur wang ringgit. Mereka bukan ”policy-centred minded”.  Siapa yang beri banyak maka merekalah yang akan diundi.

–          Isu akhlak masih menjadi kayu ukur orang Melayu. Pengakuan Zaid Ibrahim terhadap minum arak dan lumba kuda mendatangkan padah kepada beliau. Walaupun islam menganggap seseorang itu bersih selepas bertaubat tetapi minda orang Melayu islam sukar menerimanya.

–          Sikap terbuka yang mungkin agak keterlaluan oleh oleh pimpinan PR terhadap isu-isu Melayu jelas tidak disenangi orang-orang Melayu. Sikap PR dalam isu kalimah Allah masih menhantui orang Melayu islam. Begitu juga toleransi berlebihan terhadap oarng Cina juga tidak disenangi. Sebab itu kelahiran PERKASA mendapat sambutan luar biasa orang-orang Melayu. PR perlu melihat perkara ini kembali supaya ia tidak menjadi apa pepatah Melayu kata ”lebih sudu dari kuah”.

–          Ada juga yang mengatakan sambutan jentera PAS agak dingin. Walaupun ini dinafikan oleh pimpinan PAS namun semasa hari penamaan calon penulis sempat menghadiri dan mendapati memang kurang terlihat mereka-mereka yang memakai kopiah putih. Adakah sudah mula berlaku keretakkan dalam PR?

–          Kehadiran TGNA yang membawa imej ulamak gagal meyakinkan orang Melayu islam. Ini bermakna isu menyeru masyarakat kepada islam semasa ceramah politik tidak mampu merubah apa2. PR terutamanya PAS amat perlu melihat aspek mentarbiyah masyarakat dengan lebih menyeluruh dan konsisten tanpa menunggu hari mengundi. Ini akan dilihat tidak lebih sebagai ”umpan” untuk menang bukan benar-benar untuk merubah masyarakat.

–          Meraih undi melalui ceramah-ceramah umum bukan lagi cara yang terbaik kerana pengalaman penulis menunjukkan bahawa kalau di kira betul-betul, mereka yang mendengar itu 80% adalah orang luar bukan pengundi sebenar. PR harus mencari pendekatan lain yang lebih mengesani pengundi sebenar.

Undi Cina

PR mendapat kemenangan yang banyak pada saluran majoriti Cina. Ini diakui sendiri oleh MCA sehingga Presidennya Datuk Chua Soi Lek mengakui bahawa MCA perlu lebih berani dalam menyatakan tuntutannya supaya tidak lagi dilihat sebagai ”budak suruhan” UMNO. Ini sudah pasti bukan berita yang baik untuk orang Melayu islam kerana selepas ini kita akan dapat melihat lebih banyak ”demand” yang mereka akan buat dan UMNO terpaksa beri. Bagi masyarakat Cina ada beberapa tuntutan yang mereka buat antaranya isu pendidikan, ekonomi, bahasa dan kebudayaan. Sejak akhir-akhir ini mereka juga mula menuntut kebebasan beragama dan layanan sama taraf antara orang islam dan bukan islam. Adakah kerajaan akan bertolak ansur dalam hal-hal keagamaan ini? Itu tidak pasti tetapi kemungkinannya tetap ada apabila ia menjejaskan peti undi.

Adakah ini dikira mandat untuk 1Malaysia?

Penulis tidak merasakan begitu kerana :-

–          ini hanyalah PRK yang mana ia tidak banyak memberi kesan kepada kedududkan politik negara.

–          Ramai pengundi muda (yang menjoritinya penyokong PR) dikatakan tidak balik mengundi, jadi sukar untuk meramalkan natijahnya jika mereka ini mengundi.

–          Orang Cina tetap menyokong PR walaupun Model Ekonomi Baru dikatakan banyak memberi ruang kepada bangsa lain selain Bumiputera untuk mendapat bahagian.

–          Penduduk-penduduk Felda rata-ratanya adalah golongan tua atau berpendidikan rendah. Penulis tidak rasa meraka memikirkan tentang 1Malaysia atau MEB

Dalam erti kata yang lain BN tidak harus terlalu gembira dengan kemenangan ini dan PR seharusnya tidak perlu berduka durjana terhadap kekalahan yang dialami. Yang penting kedua-dua pihak harus meneliti kembali strategi mereka dan melihat ini kearah peribahan yang lebih baik untuk rakyat teruatama Melayu islam. Lagipun majoriti 1,725 bukan satu yang selamat. Ia boleh swing bila-bila masa saja. Kita tunggu PRU13.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: