Posted by: aminuddin | 03/05/2010

Apabila Sang Arnab Berihat……

Di dalam sebuah kampung yang terletak agak jauh dipedalaman tinggal dua ekor binatang yang bersahabat baik. Seekor adalah arnab manakala seekor lagi kura-kura.  Si Arnab ini suka mengejek Si Kura-kura kerana dia berjalan sangat lambat.

Suatu hari ketika Sang Kura-kura sedang berjalan-jalan menuju ke sebuah sungai untuk mencari makanan, tiba-tiba lalu Sang Arnab.

“Hai kura-kura kenapalah engkau ni berjalan lambat sangat. Terhegeh-hegeh. Bila engkau nak sampai ke tempat sana?” Tanya Sang Arnab kepada kura-kura sambil mengejek.

”Wahai Sang Arnab walaupun aku berjalan lambat tetapi sekurang-kurangnya aku akan sampai jugak nanti” jawab Sang Kura-kura tak mahu mengalah.

”Hey Sang Kura-kura, kalau engkau sampai tapi hari dah malam buat apaaaa….. Nak cari makanan pun tak nampak nanti. Engkau tengok aku ni hah…” sahut Sang Arnab sambil berlari-lari dengan pantas disekeliling kura-kura.

”Wah laju sungguh Si Arnab ni berlari” kata Sang Kura-kura didalam hatinya.

”Engkau jangan perkecilkan aku. Kalau engkau rasa hebat sangat, jom kita berlumba hari esok”, Sang Kura-kura mula naik berang sambil mencabar.

”Hahaha…hehehe..engkau nak berlumba lari dengan aku Kura-kura? Engkau dah gila ke? Mana boleh engkau menang? Hahaha….dah mimpi agaknya engkau ni?” sambut Sang Arnab dengan angkuhnya. ”Tapi tak ape…kalau engkau berani sangat esok kita jumpa dekat pokok di sebelah bukit sana pukul 8.00pagi. Kita berlumba, sape dulu sampai ke sungai dekat hujung kampung ni” cadang Sang Arnab.

Besoknya berkumpullah kedua-dua ekor binatang ini sambil diadili oleh seekor kambing jantan.

”Sedia….satu..dua..tigaaaaa…preeeek” begitulah bunyi wisel yang ditiup oleh Sang Kambing.

Maka Sang Arnab pun berlarilah dengan segala kekuatannya sehingga dalam sekelip mata saja kelibatnya sudah tidak kelihatan dari mata Sang Kura-kura. Dalam masa yang sama Sang Kura-kura dengan segala kekuatannya juga mula melangkah satu persatu, sambil diperhatikan oleh Sang Kambing dengan senyuman sinis sambil berkata dalam hatinya ”hai Kura-kura kesian aku tengok engkau ni. Kenapalah engkau nak berlawan dengan Si Arnab tu”

Dipendekkan cerita, selepas beberapa ketika berlari Sang Arnab berasa kepenatan. Menganggap Sang Kura-kura masih jauh dibelakang dan mustahil dapat mendahuluinya maka Sang Arnab buat keputusan untuk berehat disebuah pokok yang rendang. Entah macamana Sang Arnab akhirnya tertidur begitu lama sehingga tanpa disedari Sang Kura-kura mampu mengatasinya dan sampai kegarisan penamat lebih dahulu dari Sang Arnab.

Begitulah kisah dongeng orang Melayu yang menjadi tatapan kita semua ketika kecil dahulu.

Laju Dan Perlahan

Dalam mana-mana organisasi adalah menjadi perkara biasa dikalangang ahlinya yang mempunyai kemampuan berbeza. Ada yang laju dan ada yang perlahan kerjanya. Apa yang selalu ditonjolkan dalam kesah ini ialah sikap Sang Arnab yang angkuh dan memandang rendah pada Sang Kura-kura. Tetapi tidak  dihighlightkan kepada kita kemampuan dan kelebihan Sang Arnab yang mampu berlari dengan laju.

Cerita ini juga digambarkan seolah-olah segala kebaikkan itu ada pada Sang Kura-kura walaupun ia lembab. Maka sebab itu dikalangan orang Melayu yang sudah sebati dengan nilai ini akan menjadikan ia satu nilaian hakiki. Ada juga dikalangan pendakwah yang terkesan dengan cerita ini. Apatah lagi ada hadith yang menekankan bahawa beramal sedikit tetapi konsisten lebih baik dari buat banyak tapi tak konsisten. Jadi ramai yang mengambil hadith ini untuk dijadikan alasan buat kerja sikit2, bagi duit sikit2, bagi masa sikit2, bagi tenaga sikit2 asalkan konsisten. Hasilnya pun dapat sikit2. Akibatnya yang boleh bekerja laju akan secara otomatiknya menjadi lemah kerana melihat orang lain hanya beri sikit2. Akhirnya dinamisma organisasi akan terencat.

Kesilapan Sang Arnab

Sebenarnya ketika Sang Arnab memulakan perlumbaan, ia gagal menyukat panjangnya jalan yang ia akan tempuhi. Semangatnya yang berkobar-kobar membuatkan ia memecut penuh emosi tanpa mengira tenaga kudrat yang ada. Sifatnya yang tak sabar untuk sampai kegarisan penamat menjadi bala kepadanya apabila ia mengalami keletihan. Apatah lagi apabila dalam saat-saat ia keletihan, ia mencari pokok yang rendang dibawah angi-angin yang sepoi bahasa untuk berihat. Akhirnya kerehatan ini menyebabkan ia terus tertidur dan kalah dalam perjuangan. Andaikata bukan pokok yang dicari tetapi duduk SEBENTAR di tepi jalanan mungkin ia akan mampu meneruskan perjalanan.

Dalam konteks yang sama kita melihat ramai pendakwah-pendakwah yang memulakan kerjanya ditahap awal mengenal dakwah dengan begitu bersungguh-sungguh seolah-olah kerja ini akan habis esok hari. Tidur mereka tidak berwaktu, makan mereka tidak menentu. Namun mereka ini akhirnya merasa kepenatan dan mula berhenti untuk BEREHAT. Disaat ketika pendakwah ini mengambil keputusan untuk berehat maka ketika itulah serangan kenikmatan mula menjengok. Akhirnya keselesaan ini  memamah semangat juangnya sehingga kaki yang kuat kini terasa amat berat untuk melangkah.

Tidak salah untuk berihat seketika kerana dakwah ini panjang jalannya dan merasa kepenatan adalah lumrah manusia. Namun berihat diatas jalanan (untuk mencari kekuatan baru) berbeza dengan berihat mencari keselesaan.

Jadi kesilapan Sang Arnab BUKAN kerana lajunya ia berlari atau ia mengambil keputusan untuk berihat seketika tetapi kesilapannya ialah apabila ia berihat untuk mencari KESELESAAN.


Responses

  1. Salam ziarah syeikh.

    Two thumbs up… !!

    Boleh kumpul cerita dongeng rakyat buat jadi pedoman da’ie muda ni syeikh, sisi olah yang sangat baik.. Ana ready tuk design cover book😉

    A.K

    ** rihat –> rehat

    • Dongeng Melayu Islam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: