Posted by: aminuddin | 06/05/2010

PN94 Bahagian 2

Kenyataan Presiden Perkasa yang mengatakan bahawa pengundi Cina di Hulu Selangor tidak menghargai pemberian BN selama ini kerana menyokong PR, ada kebenarannya. Walaupun BN telah bertungkus lumus cuba mempengaruhi orang-orang Cina namun semuanya itu gagal meyakinkan mereka untuk menyokong BN. Malah stastitik ini menunjukkan bahawa nasib BN pada PRU13 nanti kini berada di hujung tanduk :-

Keputusan Saluran Majoriti Pengundi Cina

PRU 2008                                                                                             PRK 2010

BN                                    5,329                                                                    3,612

PR                                    7,440                                                                    8,166

Majoriti                          2,111                                                                     4,554

Ini menunjukkan pertambahan majoriti undi orang Cina  bertambah sekali ganda (2,223) kepada PR. Ia jelas menunjukkan bahawa BN mash gagal meyakinkan orang-orang Cina walaupun pelbagai propaanda dan  sogokan telah diberikan.

Kenapa orang-orang Cina mengundi PR dan menolak BN?

Beberapa temuramah telah dibuat dengan penduduk Cina di Hulu Selangor bagi mengetahui tentang kenapa orang Cina menolak BN. Antaranya :-

1. Mereka melihat Gerakan dan MCA terlalu berlembut dengan UMNO dan tidak berani bercakap bagi pihak masyarakat Cina. Mereka hanyalah sebagai “Yes Man” untuk UMNO.

2. Isu Korupsi dan keadilan kerajaan yang dilihat semakin teruk. Ini termasuk kes-kes seperti kes Kematian Beng Hock, kehilangan enjin jet dan kapal selam.

3. Menganggap semua janji-janji dan pemberian wang oleh BN semasa kempen seolah-olah melekehkan mereka. “Adakah BN fikir kami ini peminta sedekah?”, begitulah kata sebahgian mereka. Ini bermakna strategi memberi wang kepada orang Cina bukanlah satu strategi yang baik. Malah ada dikalangan keluarga Cina berkelahi kerana si anak memarahi ibunya yang mengambil duit BN. Namun si ibu menjawab bahawa, duit ambil tapi undi tetap PR.

4. Majoriti pengundi muda Cina memberikan undi mereka kepada PR. Pemikiran yang lagi terbuka dan pendedahan yang lebih luas membuatkan mereka semakin matang. Ertinya BN survive hanyalah dengan mengharapkan undi golongan tua. Sampai bilakah ini akan kekal?

5. Mereka rasa terpinggir dan tidak di pedulikan selama ini. Mereka rasa tidak mendapat layanan yang sama dengan orang Melayu. Isu tindakan afimatif amat tidak disenangi mereka. Selagi polisi ini terus dilaksanakan maka ia bermakna BN akan tetap gagal menangani kemarahan orang-orang Cina.

6. Double standard dalam kes mahkamah seperti kes 2 Adun Perak yang terlepas dari hukuman hanya  apabila mereka tidak didapati bersalah oleh mahkamah. Ini hanya berlaku setelah mereka keluar dari PR dan menjadi Adun bebas.

PRU13

Jika sentimen ini berterusan maka amat besar kemungkinan bahawa dalam PRU13 nanti kita akan menyaksikan pertukaran kerajaan pusat. Kita kena ingat walaupun orang Melayu islam merupakan kaum majoriti dinegara ini (60%) namun perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu menyebabkan mereka kini hanya merangkumi 30% sahaja.

Adakah ini satu senario yang lebih baik? Ini yang menjadi prsoalan yang harus kita fikirkan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: