Posted by: aminuddin | 10/05/2010

Populasi Cina Menurun

Dalam sebuah artikel bertajuk “Where Have All The Chinese Gone?” di dalam suratkhabar The Star baru-baru ini penulisnya memberitahu bagaimana populasi orang Cina di negara ini semakin berkurangan. Ini disebabkan :-

1. Kadar Kelahiran yang rendah

2. Migrasi

Di Pulau Pinang yang dikatakan majoriti penduduknya Cina tetapi kini orang Melayu semakin ramai. Survey menunjukkan bahawa kini penduduk Melayu melebihi dari penduduk Cina dengan jumlah 18,000 orang ! Pada tahun 2005 orang Cina merangkumi 43% atau 650,000 orang tetapi dijangka ia akan menurun kepada 40.9%. Manakala orang Melayu pula yang merangkumi 41% akan meningkat kepada 42% atau 670,000.

Sebuah artikel yang di tulis oleh seorang wartawan Cina, Helen Ang, mengatakan bahawa menurut satu kajian, dalam masa 25 tahun akan datang (tahun 2035), penduduk Cina hanya akan merangkumi 18.6% dari penduduk negara. Kadar pertumbuhan orang Cina hanya 1.98% manakala orang Melayu pula 0.73%. Dalam tahun 2035 penduduk Malaysia dijangka akan mempunyai 41 juta rakyat yang mana 72.1% (atau 30 juta).

Secara umumnya masyarakat Cina hanya mempunyai 1-2 orang anak kerana mereka tidak mampu untuk menanggung pembelajaran anak2. Ada juga yang meletakkan kareer mengatasi lebih dari untuk berumahtangga sehingga ramai yang khawin lambat.

Penduduk Cina juga merupakan kumpulan terbesar untuk migrasi dimana pada 18 bulan yang lepas jumlah kseluruhan penduduk Malaysia yang mencari tempat tinggal dinegara lain adalah sejumlah 300,000 orang. Dikatakan punca utama mereka migrasi adalah kerana empat2 tersebut seperti Australia memerlukan pemblelanjaan yang lebih murah. Ada juga kerana mencari pekerjaan dan ada juga di sebabkan isu politik yang mana mereka menganggapMalaysia tidak berlaku adil terhadap orang-orang Cina.

Apakah impaknya?

Parti-parti politik Cina mula memikirkan strategi mereka yang baru. Ada yang membayankan bahawa kemungkinan semua parti2 Cina seperi MCA, Gerakan an DAP akan bersatu. Bagi DAP mereka sudah mula mencari ahli2 Melayu.

Dari segi ekonomi, peniaga2 Cina mula menumpukan secara serius kepada market Malayu. Kedai2 restoran mula mengadakan makanan “halal”, hypermarket mula menempatkan outlet mereka di tempat majoriti Melayu. Bukan itu saja orang Cina kini mula memikirkan kepentingan untuk membaiki hubungan sosial dengan masyarakat Melayu termasuklah keperluan untuk menguasai Bahasa Malaysia dengan lebih baik.

Sikap Kita orang Melayu

Parti2 politik Melayu harus memikirkan secara serius perkara ini kerana masa depan negara jelas akan di kuasai oleh orang Melayu. Dalam amalan demokrasi maka sudah pasti yang terbanyak akan lebih menguasai dari yang sedikit. Oleh itu pembaikan, pertolongan, keutamaan perulah diberikan kepada golongan majoriti, apatah lagi mereka ini beragama islam.

Tidak ada ertinya bilangan yang ramai ini jika orang Melayu berpecah seperti yang berlaku sekarang sehingga parti2 politik Melayu seolah-olah “merayu ehsan” penduduk Cina untuk mengundi mereka. Tidak kah ini satu yang aib dan memalukan apabila gilongan majoriti meminta pertolongan golongan minoriti ?

Kesimpulan

Kita amat berharap kepada pemimpin2 Melayu untuk melihat perkara ini secara objektif, bukan sekadar memainkan sentimen. Jangan kita jadi seperti Amerika yang dikuasai oleh puak Yahudi walaupun bilangan mereka amat sedikit.

Kepada gerakan islam pula  maka sudah logiknya bahawa fokus mereka mestilah diberikan kepada orang Melayu dalam menjalankan gerakerja dakwah.


Responses

  1. Disarankan ISMA dapat bergabung ABIM dan Wadah yang telah menjadikan Melayu sebagai agenda perjuangan. Ini kerana kehadiran ISMA mewujudkan perpecahan dikalangan gerakan Islam di Malaysia.

    • Membanyakkan wadah bukan bermakna memecahkan umat islam. Kesatuan bukan bermakna semua mesti dalam satu kumpulan. Itu bahaya dan tidak strategik. Dalam islam pun ada 4 mazhab. Tak ada masalah.

      Utk mengatakan kewujudan isma menimbulkan perpecahan juga tidak tepat. Isma tidak mengambil ahli mana2 NGO malah semua ahli isma adalah org2 baru. Satu hakikat kita kena faham bahawa tidak semua manusia akan suka kepada kita. Biar mereka selesa dgn wadah masing2.

      Kesatuan ialah kita apabila kita sepakat didalam isu2 dasar. Yang lain kita boleh berbeza.

  2. terasa kelakar sebenarnya apabila ISMA dikatakan mewujudkan perpecahan. saya cuba mencari di mana relevannya hujah tersebut. adakah gerakan Islam yang ada berpecah kerana kewujudan ISMA? bukankah itu sebenarnya bermaksud bahawa gerakan yang sedia ada tidak mampu untuk menampung ataupun memuaskan ahlinya?

    medan dakwah ini terlampau luas, kalau nak harapkan satu gerakan Islam untuk bekerja meliputi semua bidang ini memang mustahil, kerana dakwah ialah suatu yang dinamik dan realistik.

    juga seperti kata akhi amin, kita bersepakat dan bersetuju dalam isu-isu dasar, meski kita dari gerakan yang berbeza. namun dalam hal lain, kita boleh berbeza.

    (akhi amin, tak perlu siarkan komentar ini kalau rasa tidak perlu)

  3. Salam,

    Saya adalah ahli JIM.

    Saya tak fikir ISMA menimbulkan perpecahan walaupun ada rakan seusrah saya telah menyertai ISMA.

    Saya dapati ISMA ini dalam 2-3 tahun ini banyak
    menonjol dalam isu Palestin terutamanya, dan
    ini adalah sesuatu yang bagus. Lebih banyak NGO-NGO seperti Haluan, JIM, ,ISMA, Muslim Care dan sebagainya memperjuangkan Palestine adalah amat bagus sekali

    Semua NGO-NGO islam di Malaysia bagus yang pentingnya kita tahu kesesuaian kita atau “chemistry” kita dengan NGO yang mana.

    Kalau yang meninggalkan satu NGO kepada NGO yang lain, mungkin dia rasa itu paling sesuai adalah hak peribadi. Kita kena berlapang dada dan menerima secara terbuka.

  4. bagi saya kita satu malaysia patut melakukan dakwah iaitu “usaha atas iman dan amal” Allah tidak menjadikan orang kafir untuk dimusnahkan, tetapi untuk didakwahkan..kelak mereka akan salahkan kita sebab tidak mengajaknya kepada agama suci ini..saya tahu pandangan saya agak tersasar..tetapi ini lebih penting daripada kepentingan parti politik2 melayu yang layu nih..tak kisah lah UMNO atau PAS..tanggungjawab kepada agama tetap kepada kita selagi kita bernama islam..MASJID-MASJID DI MALAYSIA PERLU DIPENUHKAN!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: