Posted by: aminuddin | 15/05/2010

Generasi muda Dan perubahan

Selepas Barrack Obama menjadi Presiden termuda Amerika Syarikat pada usia 48 tahun, maka kini dunia menyaksikan pula satu lagi kumpulan generasi muda menerajui Britain. Kemenangan David Cameron (44 tahun) dan dan Clegg (43 tahun) yang mewakili Parti Konservatif dan Liberal dalam pilihanraya di Britain baru-baru ini menjanjikan satu lagi perubahan dunia ke arah lebih aggresif dan drastik.  Desas- desus juga mengatakan bahawa parti Buruh mungkin akan di terajui oleh David Milliband yang berusia 45 tahun.

David Cameron        Nick Clegg         David Milliband

Dengan kemenagan golongan muda ini yang menguasai kuasa besar dunia membayangkan polisi-polisi yang lebih berani dan radikal. Saya sempat bertanya dengan seorang rakyat Britain dimana beliau meragui kombinasi Cameron dan Clegg ini akan kekal lama. Ia bukan saja kerana mereka membawa aspirasi yang berlainan malah faktor usia juga memainkan peranan. Akhbar juga ada melaporkan bahwa Cameron akan melantik Menteri Kewangan Britain yang hanya berusia 38 tahu. Ramai masyarakat Britain terutama para peniaga yang agak skeptikal dengan kemampuan Menteri baru ini untuk menangani masalah kewangan Britain yang dilanda kemelesetan.

Apapun anggapan yang diberikan oleh dunia terhadap perubahan ini ia tidak dapat menyangkal bahawa generasi muda kini tidak lagi boleh dipandang enteng. Mereka bukan saja mempunyai keyakinan diri dan bertenaga malah yang lebih penting ialah  kemampuan mereka untuk menguasai ilmu yang memampukan mereka untuk menangani masalah negara.

Saya juga pernah membaca dalam sebuah majalah antarabangsa dimana dalam satu survey yang dilakukan keatas syarikat2 multi national trend nya kini ialah melantik mereka2 yang berusia 40an untuk menjadi CEO. Ini membuktikan keyakinan dunia kepada generasi muda kini semakin tinggi.

Dunia Islam

Kalau kita lihat negara-negara islam terutamnya negara2 Arab kebanyakkan pemimpin mereka sudah lanjut usia. Ada juga yang sekadar menanti maut menjemput. Tetapi anehnya mereka ini masih sukar mahu melepaskan jawatan. Akibatnya negara mereka berada jauh terkebelakang baik dalam aspek pembangunan mahupun pemikiran rakyat. Generasi muda akhirnya samada akan hilang kemampuan mereka ataupun mereka akan berhijrah ke negara lain.

Gerakan Islam

Perkara yang sama juga berlaku pada gerakan2 islam yang memiliki kepimpinan-kepimpinan yang boleh dkategorikan sudah sampai keperingkat datuk. Mereka masih mempertahankan kedudukan dengan alasan untuk menjaga kestabilan organisasi. Akhirnya golongan muda menjadi putus asa dan banyak pemikiran-pemikiran mereka terbiar begitu saja. Dakwah yang sepatutnya berkembang laju menajdi jumud dan kadangkala tidak menjejaki perasaan ummah.

Peranan Pemuda

Walaupun begitu untuk mecapai ketahap David Cameron atau Barrack Obama, ia bukanlah sesuatu yang lahir begitu saja. Tetapi sudah pasti mereka ini mempunyai kebolehan tertentu teruama dalam penguasaan ilmu.

Jadi gerakan islam dan pendakwah muda semestinya mengambil iktibar dari perubahan yang berlaku dibarat dan mula melonjkakkan diri dengan menguasai ilmu2 yang perlu. Sudah pasti ilmu itu tidak akan datang begitu saja tanpa banyak membaca, bergaul dan berbincang dengan mereka yang lebih matang dan berilmu.

Generasi muda kena cepat mendedahkan diri mereka kepada suasana ini. Jika tidak gerakan islam akan kekal dimiliki oleh golongan-golongan tua.


Responses

  1. besh gak artikel nie~

  2. Persoalannya, apakah golongan muda dalam gerakan Islam bersedia @ masih dgn sikap tawaddu’ tak bertempat serta suka sekiranya mereka ditunjuk untuk memegang sesuatu posisi berbanding melihat keperluan mengisinya ?. Mohon pandangan Tuan Haji, terima kasih..

  3. Sejauh mana orang muda dalam gerakan Islam mahu memikul tanggungjawab yg lebih besar kerana mereka selalu dihiasi dgn sikap tawaddu’ tak bertempat…

  4. Tak da gunanya populasi Cina menurun tapi orang Melayu tak nak dafter mengundi.

    Laporan akhbar semalam. popoulasi Cina 25% tapi
    peratus undi Cina 32%.

    Masalah besar sebab ramai orang Melayu tak daftar mengundi.

    • Ayuh orang Melayu, segera mendaftar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: