Posted by: aminuddin | 22/05/2010

Siapa Yang 5 itu ???

Kemenangan DAP dalam PRK Sibu menguatkan lagi keyakinan bahawa usaha PR menuju ke Putrajaya semakin hari semakin cerah. Di Sibu jelas menunjukkan bahawa masyarakat Cina sudah memberi isyarat bahawa kubur BN kini sedang rancak dibina bagi menunggu pegusungan mayat BN yang kini seolah-olah tinggal nyawa ikan.

Apa tidaknya, selama ini Sabah dan Sarawak di anggap sebagai kubu BN yang tak mungkin di pecah oleh pembangkang. Tetapi kini itu semua sudah tinggal sejarah. Orang Sarawak sudah berani membuat perubahan. Jika ini satu yang benar bermakna sudah sah Malaysia akan buat pertama kalinya memiliki Perdana Menteri dari pembangkang.

Mustahil

Bagi yang terlalu yakin dengan kebangkitan rakyat, nasihat saya kepada mereka, jangan melatah. BN tidak semudah itu dapat dikalahkan. Mereka bukan begitu bodoh untuk melepaskan negara kepada pembangkang kerana ini bermakna pukulan maut untuk mereka. Dengan salah laku yang bertimbun-timbun ia bukan perkara susah untuk mana-mana pihak mencari bukti kesalahan pemimpin BN. Jadi pertukaran pucuk pimpinan adalah satu yang hampir2 mustahil.

Apa strategi mereka?

Apa yang BN akan lakukan ialah merubah persempadanan kerusi sebagaimana yang pernah dibuat oleh Tun Mahathir. Pengundi2 Cina akan digabungkan supaya bilangan pengudi Cina di satu-satu kawasan akan bertambah hanya untuk memilih seorang pemimpin Cina.

Untuk lakukan ini BN perlu meminda perlembagaan dan untuk meminda  perlembagaan BN memerlukan 2/3 undi dalam Parlimen. Ketika ini BN ada 137 kerusi + 6 kerusi independent (BN Friendly). Ini bermakna BN sekarang ada 143 undi. Jadi untuk mendapat 2/3 maka BN hanya memerlukan 5 kerusi lagi atau 148 dari 222 kerusi.

Untuk mendapatkan 5 kerusi tambahan ini saya amat yakin BN akan menawarkan apa saja kepada MP2 dari PKR (yang dikira paling lemah berbanding DAP atau PAS).

RM2 juta, RM3 juta, RM5 juta atau RM10 juta?

Kita semua tahu ramai MP2 PKR ini menjadi calon hanya bidang terjun. Ramai juga yang hidupnya tidak begitu selesa dari segi kewangannya.

Apakah mereka mampu manahan tuntutan nafsu apabila wang ringgit yang berjuta ini diletak dihadapan mereka? Kita tidak pasti.

SIAPAKAH MEREKA YANG 5 ORANG ITU?

Rakyat menanti penuh debaran………


Responses

  1. byk kerusi parlimen di malaysia penuhi oleh kaum cina. dan tidak mustahil kaum cina akan memerintah malaysia suatu hari nanti.

    hal ini berpunca dari sikap orang melayu islam yg bencikan politik. hujah mereka kerna politik demokrasi bukan manhaj nabi dan demokrasi adalah sistem sekular. mereka yg menggunakan hujah ini adalah para pelajar lepasan agama di mesir, jordan dan yaman.

    mungkin para pelajar ini di taja oleh ahli korporat cina sewaktu belajar di timur tengah. sebagai balasan, para pelajar ini akan mengeluarkan hujah yg mengharamkan politik dari islam, menuduh demokrasi adalah bukan manhaj nabi.

    Semua ini di lakukan agar orang melayu islam benci kepada politik dan tidak bertanding utk kerusi di parlimen. Hasilnya, orang cina bertepuk tangan kerusi mengungguli kerusi di parlimen dan bakal memerintah negara.

    semoga para pelajar lepasan timur tengah ini bertaubat dan pulang ke pangkal jalan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: