Posted by: aminuddin | 26/05/2010

Umat Berdebar Menunggu

Pengumuman oleh pimpinan PAS mengenai pengiktirafan Kelab Penyokong PAS sebagai sebuah sayap parti yang mempunyai hak-hak tertentu telah membawa satu dimensi politik baru dalam parti ilsam itu. Tidak pernah dalam sejarah parti berkenaan pengiktirafan yang begitu besar diberikan kepada orang bukan islam. Walaupun sedikit sebanyak pemikiran itu sudah ada semenjak zaman Al Marhum Ustaz Fadzil tetapi ia tidak pergi kemana. Mungkin suasana politik pada ketika itu tidak bersesuaian. Sekalung tahniah kepada pimpinan PAS yang begitu berani membuat lonjakan yang saya kira hampir mustahil sebelum ini.

Kenapa Iktiraf?

Dalam satu wawancara seorang pimpinan PAS telah  menyatakan ada 3 sebab kenapa pengiktirafan ini diberikan :-

1. Penyokong Bukan Islam itu bukan saja menyokong tetapi mahu menjadi sabahgian dari PAS

2. Desakan Dari Dalam yang ingin melihat PAS menjadi parti pelbagai kaum.

3. Keanggotaan yang meningkat apabila keahlian kelab ini dikatakan telah mencapai 20,000 orang

Apa hak mereka?

Mereka berhak menhahidiri mana2 mesyuarat dan memberikan pandangan mereka TETAPI mereka tidak boleh mengundi dan diundi.

Masa Depan?

Pimpinan PAS tersebut tidak menolak kemungkinan bahawa mereka ini akan di iktiraf sebagai ahli penuh disatu masa nanti. Dalam erti kata lain mereka boleh memilih dan dipilih. Tuan Guru Ustaz Hadi juga sudah membayangkan bahawa mereka ini akan dibenarkan untuk mengundi dan diundi dalam satu ceramah beliau.Ketua sayap non-muslim ini Hu Pang Chaw, telah mendesak supaya hak mengundi itu dapat diberikan segera kepada mereka.

Mungkin ini terlalu awal untuk dibincangkan disini namun yang pasti ia bukan lagi sesuatu yang mustahil.

Naib Presiden telah menyatakan bahawa pada PRU13 PAS akan mencalonkan mereka ini untuk bertanding atas tiket PAS seperti yang berlaku di Johor pada PRU12 lepas.

Beberapa Persoalan?

Sebagai rakyat jelata yang cintakan islam dan perjuangannya maka sudah pasti apa yang berlaku ini menimbulkan kerisauan. Ini bukan bermakna kita tidak thiqah kepada Syura PAS yang dianggotai oleh ramai ulamak tersohor tetapi sebagai ummat yang melihat sesuatu dari neraca syarak bukan hanya politik semata maka sudah tentu kita berhak bertanya. Sebagai sebuah parti islam yang terbesar, apa yang berlaku kepada parti ini sudah pasti memberikan kesan yang besar kepada perjuangan memertabatkan islam.

Kalaulah boleh saya menyimpulkan beberapa persoalan pokok yang mungkin juga sedang difikirkan oleh ramai rakyat jelata :-

1. Adakah PAS membuat keputusan ini hanya sanya berdasarkan percaturan politik tanpa mengambil kira kesyarieaiannya?

2. Adakah PAS akan kompromi dasar perjuangan mereka?

3.  Adakah PAS telah putus asa untuk berdakwah kepada orang Melayu yang berjuta-juta bilangannya terutama dikmapung2. Sedang PKR kini mula melihat bahawa “market” orang2 Melayu di kampung masih besar dan luas terbuka.

4. Adakah PAS yakin orang bukan islam akan menerima islam dengan cara ini? Sedangkan dakwah kepada non-muslim ini dah berjalan puluhan tahun tetapi tidak berjaya.

5. Kita tahu orang bukan islam mempunyai budaya minum arak, perempuan simpanan, makan makanan tidak halal, berjudi dan yang seumpamanya. Mereka ini akan sama2 berada didalam parti. Bolehkah datang Rahmat Allah dalam keadaan bercampur seperti ini? Bolehkah mereka menjaga “imej islamik” PAS?

6. Bolehkah ahli2 biasa PAS dan ummat islam yang berada diatas pagar boleh menerima hakikat ini atau mereka menunggu masa untuk menghukum PAS dalam PRU13 nanti?

7. Bolehkah ahli PAS menerima hakikat bahawa mereka akan dipimpin oleh non-muslim atau mungkinkah PAS akan berpecah seperti yang berlaku dalam zaman Dato’ Asri?

Inilah sebahagian kecil persoalan2 yang bermain dalam fikiran Ummat  dan mereka menunggu dengan penuh debaran apa yang akan berlaku pada PRU13?


Responses

  1. percaturan politik yg rumit mengundang ijtihad yg pelbagai..

    Ana doakan smga Allah taala berikan petunjuk pada semua pemimpin2 kaum mislimin utk memacu dakwah Islam ke puncaknya…iA

  2. beberapa prinsip kita kena ada, baik para pemimpin mahupun para kader (pendokong)

    ada bezanya antara koalasi siyasi, koalasi fikrah, koalasi taktik, maupun koalasi stratergik

    semua itu kita boleh pukul rata jadi satu sehingga kita x clear, dalam keadaan koalasi apa kita sedang berada…

    wallahualam

    • Mungkin baik kalau kita semua mengutarakan pandangan dimana2 kita bejumpa org Melayu. Mungkin disana kita akan dapat konklusi yg lebih jelas.

    • pembetulan:

      “semua itu kita TIDAK boleh pukul rata jadi satu sehingga kita x clear, dalam keadaan koalasi apa kita sedang berada…”

  3. wah, bahaya tu Affiq. First time baca, ana tak faham apa yang enta nak. Rupanya, tertinggal perkataan penting di situ.

    (lama tak sembang dgn affiq) ^_^

  4. Sekiranya ia dilaksanakan, mereka akan ada dimana2 dalam PR. DAP, PAS & PKR…

  5. Kenapa sejak akhir-akhir ini minat pimpinan ISMA kepada politik pula. Banyak entri mengupas isu politik.

    Isu yang dibangkitkan melalui tulisan ini mungkin timbul drpd kecetekan penulis memahami senario politik negara. PAS telah wujud lebih drpd 50 tahun dan mempunyai pelbagai pengalaman politik.

    Sewajarnya sebahagian drpd isu/peranan yang tidak dpt dilaksanakan oleh PAS dilakukan dengan sempurna oleh NGO spt ISMA.

    Dakwah non-muslim. Kenapa ISMA tiada lujnah berkaitan ?

    • Yang tulis pasal politik tak ramai, seorang dua je dr pimpinan Isma

      Apa yg ditulis hanyalah kerisauan penulis ttg masa depan parti islam dan umat islam di negara ini. Lama tak bermakna tak buat silap.

      Isma akan terus menjalankan apa yg PAS tak mampu buat. Ini hanya sekadar komen peribadi penulis.

  6. betul pendapat sdr aminud tu, usia pas yang lama tu tak berarti krn pimpinan bertukar ganti, fikrah pimpinan baru tak sama dgn org kampung yang prinsipnya pegang bara biar smpai jadi arang .selalunya penyokong yang berkorban prinsip atas dasar thikah kpd parti.

  7. Terpanggil dgn apa yg Kamal tulis.

    Sejak beberapa menjak terakhir, beberapa pimpinan ISMA dilihat terlebih faham daripada apa bukan bidang kita. ISMA bukan mempunyai kepakaran dan faqih dalam tarbiyyah-siyasiyyah, namun sudah mahu mengambil stand politik menolak PAS.

    Kata2 seperti “PAS sudah lari prinsip…” adalah berniat utk mewujudkan salah faham terhadap parti jamaah-siyasah tersebut.

    Harapnya kita lebih fokus terhadap isu yg menjadi matlamat dan harapan kita, dan tak berlu selaku SU mahupun Presiden ISMA dengan sengaja menimbulkan musuh dalam kita berdakwah.

    Boleh sahaja pimpinan kita pergi berjumpa atau mengadakan diskusi bersama dengan PAS untuk bertanya, daripada menanam bibit persengketaan fikrah sesama kita.

    Maaf ini pandangan peribadi saya yg disimpulkan hasil dari ramai sahabat kita yg sudah risau dengan pembawaan oleh sebahagian pimpinan kita mutakhir ini.

    Mohon antum pimpinlah dengan penuh hikmah kenderaan ini, agar tiada apa jua kemalangan untuk ahli-ahli ini.

    Jazakallah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: