Posted by: aminuddin | 01/06/2010

PRESS STATEMENT ISMA

ISMA Kecam Serangan Komando Israel Terhadap Konvoi Kapal Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

ISMA mengecam sekeras-kerasnya serangan ganas tentera komando Israel ke atas konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Sehingga hari ini, seramai 19 orang aktivis dilaporkan telah terbunuh dan ramai lagi yang mengalami kecederaan.

Alasan yang dikemukakan oleh rejim Zionis Israel bahawa rombongan kapal tersebut disyaki membawa bekalan senjata untuk penduduk Palestin sama sekali tidak berasas. Konvoi yang membawa aktivis-aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia itu telah terang-terang menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk menghantar makanan dan keperluan asas lain untuk penduduk Palestin.

Serangan yang tidak berperikemanusiaan ke atas aktivis-aktivis tidak bersenjata itu jelas menggambarkan wajah sebenar rejim Zionis Israel terhadap Palestin dan masyarakat dunia yang cintakan keamanan, serta kebiadapan mereka yang enggan mematuhi desakan antarabangsa supaya menghentikan kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.

ISMA menyeru semua pihak agar bangkit menunjukkan bantahan dan kecaman mereka dengan kuat terhadap jenayah keganasan rejim Zionis itu. Semua umat Islam di seluruh dunia perlu bangkit menunjukkan rasa marah dan kesal terhadap nasib yang menimpa rombongan kemanusiaan yang berusaha untuk membantu saudara-saudara mereka yang menghadapi sekatan kejam Zionis sejak beberapa tahun lalu.

Kebiadapan Zionis yang sewenang-wenangnya membunuh aktivis yang langsung tidak berkemampuan melawan mereka perlu dibalas dengan tindakan sewajarnya. Seharusnya insiden terbaru ini membuka mata badan-badan dunia terhadap gelagat ganas dan tidak bertamadun rejim Zionis.

Justeru itu, ISMA menyeru Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan dan bertindak segera bagi menamatkan serangan ganas ini, membebaskan aktivis-aktivis yang ditawan dan membenarkan rombongan kapal tersebut sampai ke Gaza.

ISMA turut menyeru agar kerajaan Malaysia dapat memberi perhatian serius terhadap perkembangan yang berlaku memandangkan terdapat beberapa orang rakyat Malaysia yang berada dalam rombongan kapal tersebut.

ISMA merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga aktivis yang menjadi mangsa kekejaman serangan ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: