Posted by: aminuddin | 28/06/2010

Bolehkah mereka di percayai lagi?

Ini bukan kali pertama dan bukan juga kali kedua. Tetapi sudah beberapa kali Pengerusi DAP YB Karpal Singh secara tegas, terang dan lantang mengatakan bahawa Malaysia bukan negara islam dan DAP tidak akan sekali-kali berganjak dgn pendirian mereka untuk tidak membenarkan negara islam terbentuk di Malaysia jika PR berjaya menawan Putrajaya.

Inilah sedutan dari kenyataan beliau yang dolapurkan dalam Malaysian Insider :

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.



“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.

Karpal menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Karpal kelihatan terkejut apabila disebutkan bahawa PAS dalam ceramah-ceramahnya memaklumkan bahawa DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu. “Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular,” katanya. “Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) ‘negara Islam dengan melangkah mayat saya’,” katanya.

Jelas sekali bahawa mereka ingin merampas tampuk pemerintahan negara bukan untuk memartabatkan agama seperti kata beliau

“Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional. “Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,” katanya.

Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?

Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini. “Akan tiba masa nanti apabila kita perlu menghadapi hakikat ini. Bagaimana kita akan berkomrpomi? “Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.

“Apa yang menyatukan Pakatan ialah PKR. Tanpa PKR ia akan kelihatan seperti yang sama sebelum ini,” kata Karpal.

Pemimpin-pemimpin DAP masih meletakkan harapan bahawa PAS akan mengubah pendiriannya dalam isu negara Islam. “Pemimpin-pemimpin PAS yang liberal, progresif merupakan kunci dalam mencapai persefahaman ke arah kompromi yang baik,” katanya lagi.

Kenyataan ini benar-benar telah mencabar ummat islam di negara yang tercinta ini. Keberanian mereka dalam menyatakan hak dan pandangan mereka semakin hari semakin lantang dan di ulang secara jelas dan terang. Saya amat yakin ini bukan hanya kenyataan individu tetapi adalah pendirian parti dan juga mereka-mereka yang sentiasa melaungan kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan berpolitik, kebebasan wanita dan bermacam kebebasan lagi. Semua ini mereka selindung dalam istilah “Human Rights”. Tidak dinafikan sebahagian dari seruan mereka itu ada kebenarannya terutama yang melibatkan undang2 ISA dan yang seumpamnya tetapi yang ramai umat islam tidak sedar ialah mereka juga menuntut hak sama rata dalam beragama. Erinya jika orang islam boleh berdakwah kepada orang kafir maka mereka juga boleh berdakwah kepada orang islam.

Saya tidak nampak ini isu politik atau isu untuk mendapat dokongan majoriti rakyat tetapi ini adalah isu kemuliaan agama islam yang jelas diperkecilkan oleh mereka. Apapun alasan yang diberikan ia jelas merupakan satu tamparan hebat kepada pejuang islam. Mereka bukan saja mencabar malah men”dictate”kan kepada kita. Ini satu suasana yang sangat membimbangkan apabila pihak musuh islam berani meletakkan syarat dalam negara yang menajoritinya adalah umat islam.

Dimana izzahnya pejuang islam? Adakah mereka ini boleh kita bawa berbincang? Bolehkah mereka di percayai?

Saya sangat hairan, dalam keadaan mereka begitu tegas dengan pendirian terhadap islam, masih ada lagi ummat islam yang “thiqah” dengan mereka. Tidak kurang juga ada yang kagum dengan “keikhlasan” mereka ini sehingga sanggup kompromi dalam banyak perkara.


Responses

  1. awak yg mengulas ni lebai sangat ke? takut sgt ke dengan DAP ataupun KARPAL SINGH tu….biarlah dia ikut dulu kebaikan islam yg ditunjukan dlm PAS……mudah2an ALLAH yg maha berkuasa bukakan pintu hidayah utk terima ISLAM….ulaslah ISLAM ni dlm kontek dakwah…jgn ulas dlm kontek kepentingan politik semata2 weh…..lebai macam awok ni kira macam mat sam kelembai je…..

  2. Salam..
    Saudaraku Amin.. kadang2 tindakan politik memang agak sukar difahami.. terutama oleh NGO2 yg tidak memilih pendekatan politik dlm berdakwah..

    Kenyataan ini bukannya benda baru pun.. memang semua orang dah tahu perangai buruk si dia tu.. memang orang dah tak berapa layan dah pun, x perlu di hightlight pun dah..

    Kalau setakat menolak idea ‘negara islam’ – bukan DAP jer yg tolak… UMNO pun..

    • parti politik perlu pandangan ngo kerana mereka tiada kepenting kecuali kebaikan. Tetapi parti politik, setiap yg mereka nak buat mesti ada kepentingan undi kerana itu survival mereka. Di sinilah berlaku proses lengkap melengkapi.

  3. tahniah…tuan penulis, nampaknya blog tuan diminati juga oleh pelbagai latarbelakang (nampak gaya dan bahasa yg digunakanlah)

    Harap layan saja..blog ni hak dan pandangan peribadi. Mesti ada setuju dan tak setuju.

    cuma kata tuan diatas “Kalau setakat menolak idea ‘negara islam’ – bukan DAP jer yg tolak… UMNO pun..”

    tertanya juga, kenapa kita boleh bersama tidur sebantal mimpi lain2 dgn DAP (parti majoriti orang kafir) berbanding UMNO (parti majoriti orang mengucap syahadah. kalau mati fasik pun, ada harapan lagi jumpa dlm syurga nanti)..kalau mereka itu sama saja…

    Dalam hal tolak negara ISLAM keduanya sama (tapi ada gak tok imam kat kg, isi borang UMNO, nak sangat2 ISLAM memerintah dgn adil…ramai mcm tu)

    manakala orang kafir sampi bila2 pun mereka tak akan redha kepada ISLAM, sehinggalah kita ikut cara mereka.

    • Saya tahu blog ini di lihat oleh ahli UMNO, PAS, dan juga NGO. PKR tak pasti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: