Posted by: aminuddin | 28/06/2010

UMNO VS Ulama

Ramai pihak  mungkin agak terkejut apabila mendengar  seramai 40 ulama muda menyerahkan borang keahlian UMNO kepada YAB PM. Terkejut kerana walaupun kemungkaran yang di buat UMNO terlalu jelas dan nyata namun masih ada lagi yang sanggup menyertainya. Kedua, terkejut kerana dengan semangat yang berapi-api dan slogan yang pelbagai serta dakwaan semakin ramai orang Melayu menyokong PR namun secara tiba-tiba sahaja ulama-ulama muda yang dikatakan sebagai para ilmuan ini membuat keputusan menggabungkan diri dengan UMNO. Saya kurang jelas apakah definasi ulama yang di maksudkan pihak UMNO.

Adakah mereka ini benar-benar ulama? Kalau sekadar memegang kelulusan Phd bagi saya bukan lagi boleh di iktiraf sebagai ulama. Alakulihal begitulah jalan ceritanya.

Apa yang menarik mereka untuk menyertai UMNO?

Bercakap pasal UMNO dan ulama ini, ia bukanlah satu perkara baru. Dah banyak ulama yang menyertai UMNO tetapi akhirnya mereka ini samada akan kembali keluar atau mereka sendiri akan larut dalam kancah politik UMNO. Jadi saya tidak pasti apakah faktor sebenar yang menarik mereka untuk menyertai UMNO.

Menurut lapuran sebuah portal :-

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia dan berkata bahawa : “Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,” kata beliau.

Ya, cantik sekali hujjah mereka; untuk berdakwah dalam UMNO.

Persoalanya, mampukah mereka nak mendakwah orang-orang UMNO yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir dah terlalu korup? Politik wang, kronism, nepotism, rasuah dan yang seumpamnya bukan lagi diketahui umum malah ia sudah sebati dengan UMNO, dah jadi darah daging. Pelbagai cubaan telah dibuat sebelum ini termasuklah DSAI sendiri yang terkenal seorang pemimpin hebat; Ust Nakhaei juga telah mencuba, bekas imam mesjid negara; Ust Firdaus dan ramai lagi. Kita juga tidak harus lupa bahawa PAS juga dulu adalah sebahagian dari UMNO tetapi mereka keluar kerana mereka tahu UMNO tidak membawa agenda islamisasi.

Satu Renungan?

Satu sudut lagi, ini mungkin boleh menjadi bahan muhasabah kepada PR. Mungkin juga keputusan mereka untuk menyertai UMNO ada kena mengena dengan pendirian PR terhadap beberapa isu; umpamanya isu Kalimah Allah, penghapusan agenda Melayu dan kemasukan bukan islam dalam PAS. Walaupun UMNO sebuah parti yang korup tetapi mereka masih mengekalkan agenda Melayu dan saya yakin ramai lagi orang Melayu di luar sana yang amat sensitif dengan isu ini.  Mereka tidak melihat memperjuangkan agenda Melayu sebagai satu perkauman tetapi satu kemestian bagi menjaga kesucian agama islam dalam kontek Malaysia yang meajoritinya orang Melayu. Dengan meleburkan agenda Melayu menimbulkan kebimbangan mereka terhadap masa hadapan islam.Walaupun dalam PR ada PAS tetapi kelantangan DAP di lihat mampu membendung kekuatan PAS.

Harapan

Sebagai seorang yang bukan ahli politik saya, setelah melihat sejarah lepas, saya tidak berami menaruh apa-apa harapan kepada ulama muda ini. Bukan mudah untuk UMNO memberi ruang kepada “orang baru” kerana sistem mereka yang sudah lama establish. Lihatlah apa kata Dato Seri Hishamudin :-

Its vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein said their position would be the same like the rest of the members because in the party’s struggle, what was important was upholding the party’s values.

“It does not matter those who join Umno are ulama, teachers or students but they can struggle for the party together, guided by the party’s principles.

“We do not want to be seen as an extremist party, but our struggle for Islam should be acceptable to all,” he told reporters after opening the Bukit Mertajam Umno division delegates’ meeting, here, today.

(Petikan Malaysian Insider)


Namun sebagai seorang yang cinta kepada kebaikan, saya hanya berdoa agar mereka beroleh kejayaan.


Responses

  1. Mmm… melalui blog PerjalananKu, saya akhirnya sudah boleh terima bahawa “Isu Melayu” ni hanyalah sebagai penjelasan ISMA tentang target dakwah (mad’u)..

    Tapi bila baca2 tulisan lain milik ahli ISMA (khususnya geng2 muda).. nmpak mcm “Isu Ketuanan Melayu” ni dah jadi agenda utama ISMA dah nmpknya…

    Kot yer pun nak bezakan diri dgn kami dlm PAS.. Takkan ISMA nak salut diri dgn fahaman UMNO pulak…!

    • adakah bila kita berbeza pendapat sikit maka terus di label umno? adakah dalam sebauh organisasi islam tidak boleh tegur menegur?

  2. Masalah kita ialah bila masalah cabang di katanya prinsip…masalah startegi pula dikatanya fardhu….kita nak paksa orang terima pandangan kita semuanya 100%. Berbeza sikit terus angkat ‘pedang’.

    Mcm solat qobliah maghrib, buat@tak buat semuanya boleh. Tapi ada orang kata sapa yg buat tu bid’ah. Yang geng buat pulak kata, sapa tak buat solah tu, tak ikut sunnah.

    Kita bersatu kalau pandangan orang lain sama dgn pandangan kita, dan langsung bermusuh kalau orang lain berbeza walau sikit. Maka akhirnya umat akan jadi jumud. Walaupun usia dah setengah abad , tapi masih terumbang-ambing dgn pelbagai pendekatan/teori/try & error. Bila orang lain cuba bersama menanggung laksanakan amanah islam ni dgn model yg lain, langsung di cop musuh.

    sekadar pandangan peribadi…wallhualam

  3. Mmm.. sapa pulak yg melabel sesapa jadi UMNO ni?? Just nak peringatkn jer, sbb rasanya tak semua ahli ISMA akan faham pemikiran “Ketuanan Melayu” yg Us.Loh kemukakan…

    Ahlan wa sahlan.. sangat digalakkan tegur menegur, kami pun tidaklah mengaku ma’sum.. sebagaimana entum juga tidak ma’sum..

  4. Salam Akhi,

    Apa yang ana nampak kebanyakan mereka daripada
    kumpulan salaf (Geng Dr Asri).

    Rasanya kemasukan mereka tiada kena mengena dengan isu Kalimah Allah dan Isu kemasukan bukan islam dalam PAS, sebab dalam isu-isu tersebut Dr Asri
    banyak sependapat dengan PAS.

    Ustaz-ustaz salaf ini banyak digam oleh Jabatan Agama, jadi mungkin agenda masuk UMNO untuk melancarkan proses dakwah mereka.

    Kenyataan mereka mengenai PAS adalah positif spt Ustaz Fadlan menyatakan ulama dah ramai masuk PAS sebab itu diorang masuk UMNO.

    Selebihnya kita tunggulah nanti.

    Regards.

  5. Ulama Muda? apakah tahap kelulusan hingga PHD boleh diambil kira dalam penentuan status Ulama?, rasanya ini adalah satu kesilapan, kerana kalau setakat phd belum tentu seseorang itu telah menjadi ulama.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: