Posted by: aminuddin | 08/07/2010

Kejayaan Penjajah

Saya baru habis mengikuti satu konvensyen yang di hadiri lebih dari 1,400 usahawan professional. Dari amatan saya hampir 95% dari usahawan ini adalah merupakan golongan bukan Melayu. Ini bukan satu sangkaan tapi juga statistik dari badan profesisonal yang saya anggotai. Perasaan sedih ada, perasaan bimbangpun ada. Sedih kerana ekonomi negara semakin hari semakin hilang dari tangan orang Melayu. Bimbang kerana polisi  negara dalam banyak hal di tentukan oleh ahli koperat. Maka sebab itu apapun polisi yg dibuat oleh kerajaan untuk menaikkan orang Melayu akan menemui kegagalan kerana :-

1. Sikap orang Melayu

2. Desakan dari bukan Melayu

Bila kita bercakap pasal sikap Melayu, ia bukanya lahir dari tanggapan atau lahir secara tiba-tiba. Tetapi sebaliknya ia adalah merupakan strategi yang digunakan oleh penjajah inggeris dengan perancangan yang rapi semenjak mereka menguasai Tanah Melayu satu ketika dahulu. Mereka tidak mahu orang watan menguasai khazanah negaranya sendiri tetapi membiarkan orang lain mengaut segala keuntungan. Mereka menganggap lebih mudah untuk bekerjasama dgn orang luar pd ketika itu daripada menjalinkan perjanjian dgn bangsa watan. Dengan itu mereka  akan memastikan penguasaan mereka terhadap khazanah negara.

Secara sengaja mereka membawa masuk orang Cina dan India ke dalam negara dan meletakkan mereka di bandar2 dan estet. Manakala orang Melayu di biarkan bekerja di kampung2 hanya sekadar menanam padi, menoreh getah dan menangkap ikan. Orang Melayu tidak di galakkan oleh inggeris untuk berniaga di bandar, tetapi di benarkan bekerja dgn institusi kerajaan sebagai orang suruhan inggeris. Anak2 orang kaya di letakkan dalam sekolah-sekolah yang mereka ujudkan dan ditaburkan pemikiran2 mereka sehingga anak2 watan ini juga mempunyai fahaman yang sama dgn mereka.

Hasilnya selepas puluhan tahun berlalu maka sudah terbentuk dalam pemikiran orang Melayu untuk hanya sekadar bekerja di kampung ataupun mencari pekerjaan makan gaji samada dgn kerajaan mahupun swasta. Kalau tak percaya pergilah kemana-mana IPT samada di dalam mahupun di luar negara, dan tanyalah pelajar-pelajar Melayu; nak berniaga atau makan gaji. Saya yakin 110% akan kata nak makan gaji. Berapa ramai yang saya temui graduan Melayu yang sanggup menganggur setahun tanpa membuat apa2 melainkan tahi mata. Sedangkan kalau dia beli kuali dan dapur gas, dia sudah boleh menjual goreng pisang dan dalam masa setahun mungkin dia boleh kumpul duit >RM5,000.

Amat malang generasi muda Melayu masih tidak berubah. Begitu juga dengan the so called pejuang-pejuang islam. Mereka hanya sekadar menjadikan R saw, Abu Bakr dan Abd Rahman Auf sebagai bahan2 ceramah ttg perniagaan tetapi mereka sendiri takut utk berniaga.

Inilah kejayaan penjajh. Adakah saudara dalam golongan itu? Jika benar, maka jangan bicara tentang perjuangan !!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: