Posted by: aminuddin | 16/07/2010

Atap Genting Atap Rembia

Saya baru balik bertandang ke rumah seorang teman lama. Saya mengenalinya sudah hampir 20 tahun dan hubungan kami sangat rapat. Apa tidaknya beliau asalnya bukanlah seorang muslim tetapi hidayah akhirnya memenuhi hati beliau sehingga beliau memeluk islam. Peringkat awal keislamannya kami banyak berbincnag ttg soal-soal agama dan selalu juga kadang-kadang saya mendapat panggilan talipon dari beliau menanyakan pelbagai soalan. Di situlah bermulanya perhubungan rapat kami sehingga hari ini. Kebetulan dulu kami bekerja satu pejabat cumanya dia tu Boss saya. Beliau hampir menemui maut apabila di serang penyakit jantung tetapi Allah Maha Kaya beliau dapat di selamatkan.

Kini beliau hidup senang lenang dengan pendapatan jutaan ringgit setahun. Rumahnya terletak di kawasan yang sangat ekklusif yang hanya di diami oleh para jutawan. Seagak saya banglo-banglo yang ada di situ tidak kurang dari RM4juta harganya. Belia memiliki beberapa buah BMW dan Mercedes. Pendekata kalau duduk di situ boleh terlupa nak mati. Malangnya hampir 90% penduduk di situ adalah bukan Melayu dan bukan muslim.

Saya sangat selesa bersembang dengannya kerana beliau bukan saja sangat mesra malah mempunyai personaliti yang bersahaja dan rendah diri.

Beberapa hari sebelum itu saya sempat berbual-bual dengan Pak Guard di kawasan Taman saya. Biasalah, saya setiap pagi hujung minggu akan berjogging dan singgah di pondok Pak Guard untuk bersembang-sembang dan mengetahui perkembangan Taman. Lagipun saya menjadi pengerusi Taman dan perlu tahu perkembangan penduduk di situ. Entah macamana saya bertanya pada Pak Guard; “Berapa gaji pakcik”. “Alah En Amin gaji kami sikit je, cuma RM300 je sebulan, kalau kerja overtime boleh lah dapat RM900” sambut Pak Guard tersebut.

Masyaallah, tergamam saya mendengar jawapan Pak Guard tersebut. Rasa nak meleleh airmata mengenangkan nasib yang beliau hadapi. Cuba bayangkan, kalau tak ada overtime gajinya cuma RM300. Duit minyak kereta saya pun sebulan tak lepas.

Saya termenung seketika memikirkan dua keadaan ini; seorang mempunyai wang jutaan ringgit manakala seorang lagi, nak makanpun terpaksa pikir dua kali. Seorang Cina dan seorang Melayu. Seorang tinggal di tempat ekslusif beratapkan genting seorang lagi rumah setinggan beratapkan rembia.

Bolehkah perpaduan kaum berlaku dengan perbezaan ekonomi yang begitu besar julatnya? Mungkin ada yang kata ini satu kes yang ekstrem. Tetapi saya nak sarankan, pergilah kemana saja dan lihatlah sekeliling, siapa yang lebih ramai memakai kereta mewah kalau bukan orang Cina. Mungkin kalau mengikut perangkaan perbezaan itu tidak begitu jauh tetapi kita kena ingat perangkaan itu termasuk beberapa kerat Melayu yg kaya raya. Manakala majoriti Melayu masih msikin. Kalau tak percaya, lihatlah berapa ramai Melayu yg bergantung pd PTPTN sedangkan Cina majoritinya semua belanja sendiri.

Julat ini semakin hari semakin melebar. Apatah lagi jika Melayu sendiri berpecah, segala kekuatan akan lebur.

Melayu perlu sedar bahawa kekuatan yang masih ada pada mereka ialah kuasa POLITIK. Ekonomi dan politik berjalan seiring. Jika Melayu gagal ekonomi maka Melayu MESTI kekalkan politik. Jika tidak,  saya tidak pasti apa akan jadi kepada bangsa ini dan jika bangsa ini jatuh maka secara otomatiknya agama islam juga akan jatuh. Oleh itu jalan penyelesaiannya ialah Melayu Islam kena kembali BERSATU sebagaimana yang berlaku pada 1946 dan 1970. Tidak mustahil sejarah akan berulang kerana manusia itu adalah sebahgian dari sejarah.

Ingat perkataan ini,  POLITIK, MESTI,  BERSATU (PoMesTu)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: