Posted by: aminuddin | 01/08/2010

Kalaulah Si Tuah masih hidup…

Pagi tadi selepas mengerjakan solah subuh saya keluar pergi berjogging di kawasan taman tempat saya tinggal. Sungguh nyaman rasanya beriadah di pagi hari, tidak ada bau asap, tiada bunyi bising, angin yang dingin dan sesekali terdengar bunyi katak mengerang seolah memanggil hujan.

Sedang saya berjogging tiba-tiba saya terlihat seorang Cina tua yang memeggang anjingnya. Baru saya tahu bahawa dia nak membawa anjingnya bersiar-siar. Entah macamana dan tak tahu dari mana datangnya tiba-tiba pula muncul seekor kucing. Tanpa memandang kiri atau kanan sang kucing terus pergi dekat dengan sang anjing lalu terus menciumnya. Sang anjing pulak macam terpukau menerima ciuman sang kucing sehingga tidak mampu untuk berkata-kata walau  sepatahpun. Saya tergamam melihat riaksi spontan dua ekor binatang ini yang berlainan jenis, berlainan bahasa, berlainan keturunan, berlainan rupa bentuk, berlaianan segala sifatnya. Siapakah yang mentarbiyah dua makhlok Allah ini sehingga mereka menjadi seperti saudara.

Nah, melihat peristiwa ini aku cuba membandingkannya dengan keadaan bangsaku kini. Mereka bukan saja merupakan satu bangsa yang seagama dan seaqidah tetapi mereka juga  sama-sama menunaikan haji ke Mekah, sama-sama solah lima waktu, sama-sama makan nasi, sama-sama makan belacan tetapi mereka jauh sekali untuk bersatu. Sebabnya sangat sedikit; perbezaan ideologi politik.

Namun itu sudah cukup untuk mengkaburkan pandangan mereka sehingga  rakan dianggap musuh. Kemenangan mendapat kuasa menjadi segala-galanya sehingga mereka sanggup kompromi dengan prinsip. Tidak ada lagi sepakatan malah hanya cemuh mencemuh antara satu sama lain. Malangnya, musuh hanya tersenyum lebar. Misi mereka hampir tercapai dalam keadaan bangsaku masih dibuai mimpi. Mereka tahu perjalanan semakin hampir sedangkan bangsaku masih tercari-cari hala tuju.

Bangsaku yang begitu agung satu ketika dulu, yang digeruni oleh musuh kini sudah hilang segala jati diri.

Ingin saja aku bertanya kepada mereka, jika tidak ada Melayu mampukah islam berdaulat di negara ini?

Sang Tuah pernah berkata ” Tak Melayu Hilang Di Dunia”, tetapi kini bangsa Tuah bukan saja kehilangan kepahlawanannya malah asal usulnya mula di pertikai. Bangsa Melayu ingin di kuburkan atas laungan “kita semua satu bangsa”. Apa tidaknya, sebut saja nama Melayu, pasti kita akan di serang, kononnya ia perkauman, kononya ia sudah lapuk, kononya dunia sudah berubah.

Kalaulah si Tuah masih hidup sudah tentu ia akan menangis…….


Responses

  1. Saya dengar cerita… Hang Tuah tu orang cina….ni kata yg seriously kaji2 sejarah laa…yang Hang betul2 melayu cuma Hang Kasturi je…

  2. Heh, betul tu en. amin.

    Saya banyak kali berfikir, sampai bagaimana sekali keadaan ketika itu sehingga dia melaungkan kata hikmat itu.

    Terkena pula pada zaman sekarang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: