Posted by: aminuddin | 09/08/2010

Kenyataan Presiden MCA , Datuk Chua Soi Lek dalam Konvesyen Tahunannya ke 33 di Alor Star Kedah pada 6 Ogos lepas ,tentang penggunaan islam oleh UMNO dan PAS bagi kepentingan politik dan mengaitkan islam dengan pelbagai kelemahan menampakkan kedengkilan fahaman beliau terhadap islam. Kenyataan ini mengelirukan masyarakat terutamnnya umat islam terhadap agama dan politik dengan mendakwa bahawa politik yang berlandaskan agama akan hanya melemahkan negara.  Sedangkan kalau kita lihat politik yang tidak di asaskan atas prinsip-prinsip yang luhur akan hanya membawa negara ke jurang yang dalam. Datuk Chua seolah-olah enggan menerima hakikat bahawa gejala rasuah, kronism dan nepotism serta pelbagai penipuan dan kerendahan hidup sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah hasil dari politik yang tidak berasaskan dengan prinsip agama. Kenyataan ini jelas bahawa beliau ingin mengekalkan politik sekular yang memisahkannya dengan agama.

Manakala kelemahan dan kemiskinan yang berlaku di negara umat islam keseluruhannya, seperti yang dinyatakan beliau, tidak ada kena mengena dengan agama islam. Mereka ini sebaliknya menerima tekanan dan sekatan dari pihak barat yang menghalang sebarang kemajuan yang ingin di capai oleh negara-negara islam berkenaan. Mereka di tekan dari segi ekonomi, ketenteraan dan juga politik. Lihat Palestine, Afghanistan, Iraq, Chenchnya, Sudan dan yang seumpamanya. Datuk Chua hanya perlu melihat jauh sedikit di dalam sejarah dunia dan bagaimana islam telah berjaya membangunkan negara dan syaksiah dikalangan umatnya hingga mampu bertahan lebih dari 1,000 tahun. Lihat empayar Abbasiyah, Ummayyah dan Othmaniah pasti beliau akan menyaksikan kegemilangan manusia dalam peradaban dunia.

Begitu juga dengan krisis kewangan dan ekonomi yang melanda dunia hari ini, adakah ianya tidak berpunca dari sistem kapitalis yang mana golongan kaya menekan golongan miskin?

Lihat pula gejala sosial yang memberikan pergaulan bebas di kalangan lelaki dan wanita atas asas Hak-Hak Asasi manusia. Tidakkah ini hasil dari politik yang tidak berasakan kepada nilai-nilai agama? Mungkin kalau Datuk Chua tidak memahami islam boleh di fahami tetapi isu keruntuhan ekonomi dan sosial masyarakat dunia hari ini diakui oelh semua pihak termasuk barat adalah di sebabkan tidak adanya nilai-nilai agama dalam hidup masyarakat dunia.

Jelas sekali kenyataan Presdien MCA ini adalah terlalu dangkal dan hujjah yang mengatakan bahawa beliau merujuk kepada buku

Selepas Karpal Singh menghina islam kini Datuk Chua Soi Lek pula yang merendah-rendahkannya. Umat islam terutama orang Melayu harus merenungi perkara ini bahawa pihak musuh akan sentiasa mencari ruang untuk menidakkan kemuliaan agama suci ini. Biartpun dipihak mana mereka berada, agenda mereka tetap sama. Jangan tertipu dengan madah dan kata manis mereka tetapi telitilah dengan fikiran yang waras agar kita boleh menilai dengan matang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: