Posted by: aminuddin | 09/08/2010

Apa Yang Kita Tidak Setuju….

Kita tidak setuju RASUAH…..

Kita tidak setuju kronism…..

Kita tidak setuju Nepotism…..

Kita tidak setuju mahkamah kangaroo……

Kita tidak setuju pembaziran kontrak……

Kita tidak setuju kebebasan sosial…….

Kita tidak setuju ISA…….

Kita tidak setuju menyamakan mahkamah syariah dan sivil……

Kita tidak setuju penghapusan tulisan agama islam dalam sijil kelahiran……

Kita tidak setuju menyamakan kedudukan wanita dan lelaki….

Kita tidak setuju campur tangan asing dalam perundangan negara…….

Kita tidak setuju penindasan atau diskriminasi terhadap mana-mana kaum……

Kita tidak setuju asal usul Melayu di pertikaikan…….

Kita tidak setuju memadamkan bangsa dan menyamakan semua kaum dengan Bangsa Malaysia…….

Kita tidak setuju agama islam di lekehkan…….

Kita tidak setuju bersama musuh islam untuk menjatuhkan  orang islam yang lain……

TETAPI KITA SETUJU :

PENYATUAN ORANG MELAYU ISLAM…..


Responses

  1. Apa makna asobiyah?

    Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan perkara ini –makna asobiyah-kepada baginda s.a.w,lalu baginda s.a.w menjawab:
    “ Kamu menolong kaummu atas kezaliman”-[hadis riwayat Abu Daud 4/331, dihasankan oleh Sheikh syuaib Arnaut dlm tahqiq al-adab al-syariyyah 1/81]

    itulah asobiyah….jadi kalau kita bersatu dengan orang2 yang melakukan kezaliman…kita adalah asobiyah

    kerana itulah kita tidak bersatu dengan orang yang zalim lagi korup spt yg dinyatakan …dengan hebat…”kita tidak setuju…”

  2. Selain melarang drp asobiyyah, Nabi s.a.w. juga berkata: Bantulah saudara kamu yang zalim & dizalimi. Sahabat bertanya tentang membantu saudara yang zalim. Lalu Baginda menjawab: Kamu menyekat kezalimannya.

    Minta maaf, pukul borong mengatakan bersatu bersama orang zalim adalah asobiyyah adalah satu kenyataan yang agak kurang berhati-hati.

    Seruan kesatuan yang dilaungkan ISMA ialah meminta semua umat Islam melayu soleh, fasiq, zalim, adil dll utk bersatu dalam membela kemaslahatan Islam dan umatnya di Malaysia, tdk lagi memikirkan kepentingan diri & politik parti sempit mereka lagi hingga menggadaikan masa depan Islam di negara ini. Di mana letaknya asobiyah seruan kesatuan ini?

    Perbincangan dlm siyasah syariyyah tentang sikap syara’ terhadap imam fajir merupakan salah satu tajuk perbincangan yang penting.

    Sekalipun realiti umat Islam hari ini tidak sama bahkan tdk pernah terjadi dlm sejarah umat Islam lalu, tulisan2 ulama dahulu (kemudian diulas kembali oleh Syeikh Ahmad ar-Rasyid, seorang tokoh Ikhwan muslimin Iraq yg hidup dibawah diktator zalim Saddam Husin dalam buku beliau Fiqh al-Lahib) patut dikaji oleh semua pejuang Islam yang ingin melihat Islam berdaulat di tanahair mereka dan alam seluruhnya.

    • hadis membantu yg menzalimi beza dengan bersatu dengan penzalim…boleh faham ke situ maksud hadis tu ke?

      ada imam hanifah bersatu dengan pemerintah yg zalim (berada di pemerintahan)…dia menegur adalah…akibatnya dipenjara

      bezalah dengan hadis maksud asobiyah tu…

      camne kita istinbat hukum ni?

      • Setuju dgn Amrar, membantu orang zalim (dlm erti kata menyekat kezaliman mrk) tak semestinya bersatu dgn mrk.

        Tapi ini tdk pula bermakna kita tidak boleh bersatu dgn mrk, khususnya dlm soal menjaga kemaslahatan Islam dan menolak kefasadan.

        Hadis “bantulah saudaramu yang zalim & dizalimi” ini dibawa utk membayangkan terdapat keluasan dalam berinteraksi dgn orang zalim. Tak semestinya bersatu dgn orang zalim menjadikan kita asobiyah. Kenapa kita menyempitkan sesuatu yg luas?

        Terdpt banyak cara membantu org zalim, salah satunya cara Abu Hanifah. Ada pula ulama lain spt al-Ghazali dll yg terlibat langsung dgn kerajaan (walaupun zalimnya tdklah boleh disamakan dgn kerajaan zalim skrg) dlm kerangka membantu ini.

        Kerana itulah ulama membahas panjang isu pemerintah zalim ini, hinggalah kpd option membetulkan mereka dgn pedang. Namun bilakah option2 ini akan dipilih? Bacalah perbahasan ulama tentang perkara ini.

        Marilah kita bayangkan senario jika sebuah negara pemerintah muslim yg zalim diserang musuh, apakah seruan paling sesuai utk diserukan? Adakah kita merasakan inilah peluang keemasan untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim itu walau apa jua pertaruhannya? Atau sebaiknya kita mengajak umat tanpa mengira siapa bersatu menghadapi musuh di samping memperbaiki kepincangan/kezaliman yg berlaku dlm negara. Mewujudkan pertelingkahan dalaman dlm keadaan musuh menyerang akan merugikan umat.

        Apa yg berlaku di negara kita sekarang, sebenarnya kepentingan Islam dan umat diserang hebat. Tetapi dlm bentuk serangan terancang di bawah lembayung negara demokrasi berparlimen dan berslogankan hak samarata dll. Apakah sikap kita? Sebaiknya mengajak umat Islam di negara ini tanpa mengira siapa untuk bersatu untuk mempertahankan kepentingan ini. Dan realitinya, suka atau tidak, umat melayu di negara ini adalah mrk yg paling berpotensi menjatuh atau membela kepentingan Islam di negara ini (tanpa menafikan peranan umat Islam berbangsa lain). Maka suatu seruan & tindakan khusus & segera perlu diberikan kpd mereka sbg “first aid” seblm rawatan sebenar (sbgmana yg dibicara oleh Maududi di mana lumrahnya akan memerlukan masa yg agak lama) dilaksanakan. Wallahua’lam

  3. Kadang2 saya rasa pelik akan lurus bendulnya puak2 Islam…..seperti amrar ni….ada lojiknya dia tak nak bersatu dengan orang2 yang melakukan kezaliman menurut dia….tapi saya PENING memikirkan dalam masa yang sama dia tak ada masalah untuk BERSATU DENGAN ORANG2 BUKAN ISLAM YANG TEGAR SEPERTI DAP….inilah contok klasik PAK KADOK MODEN yang akan MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI akibat BODOH SOMBONG puak2 ni……nas mana depa pakai saya pun tak tau!!!

    • Bismillah !
      Salam dari ahmad.
      ~Dunia ini kacau lebih banyak diangkarakan oleh KEPUTUSAN POLTIK. Kaji latar
      belakang berbagai perang dunia dan negeri..Apakah askar yang gatal mahu bunuh
      orang ?

      ~SISTEM PILIHARAYA DAN UNDI. Malaysia lahir daripada system demokrasi bebas.
      WESTMINSTER . Semaklah daftar undid an kawasan yang selalu dipinda dari satu sampai ke 12. [Siapa yang teperangkap dengan undi dan luas kawasan] ?

      ~PERLEMBAGAAN MALAYSIA sudah dipinda /rubah banyak kali oleh UMNO-BN

      ~MELAYU lemah dalam ekonomi dan organisasinya. China dan India mempunyai
      Lebih daripada 4,000 persatuan niaga (guilds dalam semua barangan dan kegiatan).

      ~MELAYU lemah “intellectual force” berbading dengan orang bukan Melayu dan
      SINGAPURA. Justeru itu MALAYSIA sering kalah dan mengalah dalam berbagai
      Perundingan.

      ~POLA KEPIMPINAN MELAYU sudah lama tidak berwibawa dan mereka tidak punya
      Pengalaman dalam bidang yang mereka pimpin. Mereka malas membaca dan membuat “kerja rumah” ; nampkanya cenderung kepada hiding jamuan. Malas bergerak dari
      mejanya.. SAIAPA YANG MEMIMPIN PEMIMPIN ?
      SISTEM KEADILAN TIGAS DIDALAM SATU KE ?
      DEWAN PERNIAGAAN SATU MALAYSIA ATAU BERBAGAI DALAM SATU ?

      ~POLITIK merupakan FOKUS, terutama budaya bagi Melayu iaitu paling puncak.
      Manakala bidang bidang lain rendah tarafnya.

      BIDANG PENDIDIKAN pun, jika tidak ada lesen, kaitan politik, maka ia kurang laku
      dan malah tiada tempat.

      POLITIK ini sistemnya adalah acuan WESTMINSTER, demokrasi liberal.
      UNDI merupakan penentu.

      Ekonomi perdangan di bawah kelolaan elite korperat. Faham jaringan PLUTOCRACY yang menguasai hampir semua bidang, bank, sekolah, universiti. Orang China mempunyai 4,000 guilds niaga dengan DEWAN PERNIAGAAN yang kuat dengan JARING yang hebat dieseluruh rantau dunia.

      Mereka adalah penentu calun dan berbagai tuntutan yang dibuat selama ini oleh
      Mereka dalam DEWAN PERNIAGAA dan berbagai persatuan. Bukannya MCA atau Gerakan.. ITULAH WADAH MEDREKA.
      MELAYU mesti dapat RESTU barulah senyum bersatu. Akhir membatu. Itu sahaja.

      Sekian dahulu. Ini sebahagian kecil yang dapat disebut semenatara menunggu maghrib.

  4. Mungkin sahaja bacaan sy tidak seluas yg lain…ye la, sy terus terang x bacalah buku sheikh ar rasyid tu…

    Sy cuma adala nmpk2/baca2/faham2 sikit dr tulisan maududi (mungkin pembaca2 yg komen tak terima dia)

    Bagi maududi…dia memperhati pembentukan negara berasaskan prinsip syariah dan bukan spt ayatullah khomeini yang melihat pemetaan jalan menuju kekuasaan..(hrp nmpk the point tanpa ulasan yg panjang)

    Antara prinsip pembangunan negara islam maududi adalah sistem politiknya dibangun atas asas sistem yang universal dan tidak terbatas pada ikatan geografi bahasa dan kebangsaan…

    kesatuan dari sudut ideologi yg sama (ideologi yg islam/ mirip2 islam) tu lebih utuh berbanding kesatuan dari sudut geografi…

    Bukan itu yang ingin kita bicarakan?? kedaulatan politik Islam di Malaysia…

    Iya…mungkin sahaja pandangan maududi ini tak valid kot…tak sehebat ikhwan..wllhm…mungkin shj analisa sy ni tak tuntas…mana tau ada orang lain yg baca maududi boleh komen sebaliknya

    yela…lagipun…sy ni orang baru!!!

    p.s: dlm sistem politik msia, BN dah lama berpakat bersama majoriti bukan melayu…tak risau ke depa ke masa dulu2??? better usulkan BN tu dibubarkan…atau umno keluar BN…bahaya sbb mrk minoriti…maybe shj minoriti ni tak tegar kot

    • p.s: dlm sistem politik msia, BN dah lama berpakat bersama majoriti bukan melayu…tak risau ke depa masa dulu2??? better usulkan BN tu dibubarkan…atau umno keluar BN…bahaya sbb mrk tu minoriti dlm BN…maybe shj majoriti dlm BN ni tak tegar kot

  5. Salam,

    Saya nak tegaskan disini, apa yang saya maksudkan di atas bukan soal menyokong BN atau PR, tapi mencari formula yang paling strategik demi kepentingan ummat Islam terus kekal menguasai politik dan seterusnya ekonomi dan sosial negara Malaysia. Betul UMNO dah lama berpakat dengan MCA, MIC dan parti2 lain yang bukan Melayu. Satu fakta yang perlu difahami adalah persepakatan itu ditunjangi dengan satu persefahaman tidak bertulis iaitu parti2 bukan Melayu mengakui akan konsep KETUANAN MELAYU yang secara semangatnya difahami dari Pelembagaan Persekutuan yang digubal sebelum merdeka dulu.
    Ini berbeda dengan persepakatan PAS dengan DAP dan PKR dimana semua berstatus SAMA. Bayangkan jika majoriti bukan Melayu yang menguasai PR dan berjaya merebut Putra Jaya dalam pilihanraya akan datang……apa akan jadi pada orang Melayu Islam? Apa yang berlaku diPerak dala PR 08 yang lalu tidak mustahil berlaku diperingkat persekutuan.
    Saya percaya orang seperti amrar akan bersorak kerana telah dapat mengalahkan UMNO yang dibenci selama ini tapi jadi lah seperti PAK KADOK MODEN menang sorak kampong tergadai….

    • Hurrmm….cantik analisa itu..

      Perak yang banyak menang DAP, tp tetap hormat (perlembagaan) dengan memberi MB pada melayu…alhasil sekarang balik ke BN…gerakkerja banyak dlm cubaan meraih sokongan bukan melayu..apa pasal? kata ketuanan melayu

      UMNO/BN yang dah lama menang dengan unwritten law menghormati ketuanan melayu tetapi orang melayu umno sendiri yang mencabuli hak melayu…tengok negeri sendiri pun boleh nampaklah…PPFZ nampak sendiri bangsa lain yang mencabulinya

      Tengoklah kes2 yang ada…and be fair…itu lebih dekat dengan taqwa…
      Keadaan apa yg menyusahkan bangsa sendiri…jgnlah apa surface argument yang dibawa paper bila nilai orang…tanya sendiri orang tempatan, Selangor, PP, lain2

      Senang je cakap saya ni benci umno yer…senang kata saya ni mmg buta hati kot yer…FYI, saya benci kezaliman…tidak meletakkan haq pada tempatnya…

  6. Maaf dipinta kalau komen saya dianggap keterlaluan…

    saya berhenti disini shjlah…

    apa yang saya nak sampaikan sebenarnya (takut lost) adalah berpegang dengan prinsip islam/syariah bila kita membawa diri…Mmg segala yang lain tu (parti pol, ngo, etc) ada masalah dengan umat melayu dan Islam, tp kita wajib sedar semuanya kerana atas asas jahil dan tertekan dengan situasi…kita nak layan mrk kafir harbi ke kafir zimmi

    itulah tulisan maududi…insyaallah..(belum ada yg komen on that)

    Janganlah pula kita dan strategi kita menjadi asbab kepada terus tertutupnya manusia pada cahaya Islam…lagi pun itu pun peranan kita kan? dakwah pada semua manusia

    Berlaku adillah dengan segala yang ada baik di depan mata mahupun di belakang mata (sejarah)…bukankah kita patut belajar daripada sejarah??

    Wllhm….sekian…

  7. Salam, Nampak sangat sdr amrar ni lurus bendul dalam memahami situasi politk. Olehkerana dia dah ulas pasal perak, kita lihat fakta yang berlaku. Dlm pr08 dulu Umno menang 27 kerusi, MCA 1, DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dari 59 kerusi DUN, ada 38 kerusi Melayu/Islam. Bila PR membentuk kerajaan kerana mendapat kerusi terkumpul 31 berbanding BN 28, ini bermakna kerajaan Perak dikuasai oleh orang2 bukan Islam yang hanya mempunyai 20kerusi manakala orang Islam hanya ada 11 kerusi. DAP mendapat 6 kerusi Exco dari 10. Sdr Amrar kata DAP baik hati bagi kerusi MB pada PAS…inilah contoh lurus bendul yang saya maksudkan. Sebenarnya DAP maukan kerusi MB tu tapi kerana dalam perlembagaan Perak tertulis MB mesti orang Melayu maka depa terpaksa beri laluan pada rakan lain dalam Pakatan. DAP sebenarnya terlepas pandang perkara ini kerana mereka tak pernah mimpi boleh menang macam tu sekali. Jika tidak mereka pasti akan letak calon Melayu untuk mereka dapat kerusi MB. SdrAmrar jangan lupa, peruntukan perlembagaan negeri mesti MB orang Melayu adalah kerana konsep KETUANAN MELAYU yang telah dipersetujui dahulu. Mereka2 yang mengutuk konsep KETUANAN MELAYU termasuk DS Nizar bekas MB Perak tu lupa bahawa dia menjadi MB kerana konsep yang dia sendiri kutuk kononnya assobiyah.
    Satu lagi golonga Islamis selalu tertipu dengan konsep Keadilan dalam Islam. Mereka merasakan memberi peluang samarata pada semua bangsa tanpa mengira agama adalah adil sedangkan orang Melayu Islam masih lemah dan jika dibiarkan bersaing dengan bukan Islam yang telah jauh didepan menguasai ekonomi, pendidikan dan lain maka akan lebih lemahlah orang Islam. Saya sarankan sdr Amrar buat kajian tentang Dasar Affirmative Action yang diamalkan yang sedikit sebanyak telah berjaya meletakkan orang Melayu Islam kesatu tahap yang lebih baik dari dulu walupun masih banyak perlu diperbaiki. Sedarlah kefahaman ‘KEADILAN’ yang anda fahami dalam konteks negara Malaysia yang bersifat heterogenous amat merbahaya pada ummat. Inilah yang dikehendakki oleh orang2 bukan Melayu di Malaysia. Cuba fikir begini Sdr Amrar…saya tidak dapat bayangkan didalam Negara Islam, pemerintah Islam akan memberi ruang kepada rakyatnya yang Kafir Zimmi pun untuk dapat mengatasi rakyat muslim dalam apa bidang sekali pun. Ini kerana menjaga kekuatan Islam lebih utama dari yang lain2nya. Akan tetapi ini tidak bermakn kita menzalimi orang2 bukan Islam. Pokoknya Islam mesti sentiasa dipastikan kuat dan berkuasa. Inikan pula dalam negara Malaysia yang ekonominya telah dikuasai oleh orng2 Cina…..cukup disini dulu…fikir2kan lah…

  8. Apa agaknya yang dibuat DAP kat Perak yg tak menyusahkan melayu

    Apa agaknya yang dibuat DAP kat Perak yg menguntungkan bangsa dia tapi melupakan melayu yer

    Nak dengar jugak ceritanya…tp jgn cerita paper nasional sudahlah…dari mulut orang sana yg x bias…

    Boleh kongsikan? orang lama mungkin??

    • Correction

      “Apa agaknya yang dibuat DAP kat Perak yg menyusahkan melayu…”

      • Kita bercakap soal KUASA. Bila DAP berkuasa maka segala dasar yang berjalan semestinya mengikut dasar yang DAP bawakan kepada pengundi…iaitu Malaysian Malaysia….semua samarata…..tiada lagi affirmative action untuk pribumi. Itu satu hal, tapi DAP ni pandai berlakon kononnya dia parti bersih….tidak korup…yang korup hanya UMNO(ini tak bermakna saya sokong UMNO yang korup).
        Untuk makluman saudara amrar, ini satu contoh yang saya dapat maklumat first hand….
        Saya orang Perak, adik saya kebetulan adalah salah seorang pegawai tinggi dalam Dewan Bandaraya Ipoh….dan beliau merupakan salah seorang ahli dalam Jawatankuasa Tender DBI. Beliau pernah menceritakan pada saya satu kes dimana jawatankuasa tender telah bersetuju meluluskan satu projek kepada syarikat tertentu yang layak berdasarkan merit tetapi telah ada intevensi dari Exco DAP, Ngeh dengan menelifon Dato Bandar berkali2 supaya memberikan projek kepada proxy beliau. Dato Bandar tertekan kerana didesak oleh seorang Exco maka akhirnya menurut kehendak Exco DAP yang disangka baik oleh orang2 macam Sdr Amrar ni. Adik saya menyatakan dia frust dengan keputusan Dato Bandar tu dan minta Dato Bandar keluarkan dia dari Jawatankuasa Tender tu. Saya terfikir, kalaulah orang2 PAS yang baring atas jalanraya di Bukit CHandan menghalang laluan Raja Muda Perak untuk protes tindakan Sultan menukar kerajaan Negeri temph hari TAHU akan peranagi Exco DAP macam Ngeh ni saya pasti dia fikir dua kali untuk protes macamtu.
        Kalau kita tengok kes yang berlaku di Selagor yang melibatkan Exco Liu dan ahli Majlis Tee Boon Hock pasal isu “surat sokongan” sepatutnya kita kena sedar betapa MUNAFIKnya DAP ni. Jika tidak penyelewengan ini keluar dalam akhbar The Star, pasti DAP akan sorok kerana kononnya mereka nak buat siasatan dalaman. Saya pelik ramai orang Melayu masih mau percaya DAP ni bersih.
        Untuk memahami perangai orang2 Cina saya sarankan saudara Amrar selalu membaca tulisan Dr Ridhuan Tee dalam blognya yang mendedahkan perangai orang Cina yang pandai berlakon baik didepan tetapi dibelakang macam2 dia buat.
        Orang2 UMNO selalu terperangkap dengan sogokan…..tapi jangan lupa yang selalu menyogok mereka ialah peniaga2 Cina. Kenapa UMNO saja yang disalahkan….. Tidakkah kita perlu risau bilakuasa berada ditangan orang2 begini.
        Cukup dulu disini…

      • Adik tu taknak report ke SPRM ke? kalau jadi kes blh kerusi ngeh tu dikosongkan

        Adik sedara tu ada fikrah Islam cam orang lama ke? ke asal dia melayu kita pakai

        Ni hah set melayu sanjungan bangsa melayu nasionalis sedang bekerja…hebat tuiii

        Padan muka kena tiau dgn Dr Agus…cendikiawan muslim hebat….

        Bosan tgk set2 pendakwah ISMA ni berhujah…

      • Antara ciri pemimpin ialah dia boleh menerima perbezaan pandangan.

  9. Harap kuarlah komen saya…kadang2 sy send dulu2 pernah tak keluar…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: