Posted by: aminuddin | 23/08/2010

Kesatuan yang kita inginkan

Isu kesatuan orang-orang Melayu telah di perkatakan semenjak 2 tahun yang sudah selepas kekalahan teruk pihak BN di dalam PRU12 lepas. Menyedari bahawa UMNO sudah hilang kekuatan apabila ramai pengundi Melayu berpaling kepada PR dan pengundi Cina pula seolah2 sudah bertekad untuk menjatuhkan BN pada PRU13 nanti, maka UMNO tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa memainkan sentimen Melayu. Selepas kegagalan perbincangan antara pimpinan PAS dan UMNO semasa zaman Pak Lah, isu ini terus di panaskan oleh pihak UMNO di pelbagai peringkat. Dari Presiden sehinggalah kepada penyokong tegar mereka.

Walaupun pimpinan PAS berulang kali menolak sebarang perbincangan namun ini tidak menyerikakkan pihak UMNO untuk terus bersuara. Yang menghairankan Tun Mahtathir juga turut mewar-warkannya walaupun dahulu semasa UMNO kuat beliau lah yang paling kuat menghentam PAS. Beberapa insiden kecil yang berlaku di sana dan di sini memberikan seolah-olah hujjah untuk UMNO terus menghulurkan tangan perpaduan kepada PAS.

Adakah UMNO ikhlas?

Ini soalan cupumas yang sukar untuk di jawab. Tidak ada sesiapa yang tahu apa yang berada di dalam hati pimpinan UMNO untuk kita menghukum samada mereka ikhlas atau tidak. Nas-nas yang di keluarkan dilihat mampu meyakinkan sebahagian orang Melayu tentang kepentingan untuk bersatu. Saya juga tidak berhajat untuk melabelkan keikhlasan mereka namun kanyataan yang ada menampakkkan seolah-olah ia sesuatu yang di sengajakan oleh UMNO hanya semata ingin meraih sokongan pengundi Melayu :-

i. Faktor Sejarah :

Antara sebab utama UMNO menendang keluar PAS semasa zaman Tun Hussein Onn ialah kerana kebimbangan UMNO terhadap perkembangan pengaruh PAS kepada pengundi Melayu terutama di kawasan2 Felda yang menyaksikan ramai orang Melayu ketika itu yang mula menyokong PAS. Untuk menyekat perkembangan ini Tun Hussein Onn telah mengambil keputusan untuk memecat PAS dari BN. Kebimbangan yang sama juga mungkin ada pada pimpinan UMNO kini. Oleh itu mereka semestinya memikirkan 1,000 kali utnuk bersatu dengan PAS.

ii. Kepentingan Peribadi :

Suka atau tidak, umum mengetahui bagaimana pimpinan UMNO mengaut kekayaan hasil dari kedudukan mereka dalam kerajaan. Adalah sesuatu yang naive jika kita kata mereka tidak mengaut keuntungan ini. Dimana mereka akan perolehi wang untuk membayar pengundi mereka jika tidak ada sumber kewangan yang mantap? Bersatu dengan PAS bererti mereka terpaksa “let-go” kepentingan mereka untuk mendapatkan habuan wang.  Ini sesuatu yang sukar untuk mereka terima atau mungkin langsung tidak boleh terima.

Bagaimana pula dengan PAS?

Setelah berjuang selama 50 tahun lebih tanpa dapat melihat tanda-tanda BN akan kalah maka peluang yang ada di hadapan sekarang ini sudah tentu sangat mengiurkan. Sebagai sebuah parti politik, kemenangan dalam pilihanraya adalah sesuatu yang sentiasa di impikan. Oleh itu peluang yang ada di hadapan sekarang ini tidak harus di persia-siakan.

Di samping itu luka lama yang begitu parah apabila di tendang oleh UMNO masih sangat terasa oleh pimpinan PAS. Mereka juga sangat meragui keihlasan UMNO, apa tidaknya walaupun isu rasuah, kronism dan yang seumpamanya sering di perkatakan namun tidak nampak UMNO sanggup meninggalkan amalan mereka ini yang dah berjalan puluhan tahun.

Tekanan dari PKR juga bukan mudah untuk di tepis oleh PAS.

Penyelesaiannya?

Melihat situasi yang begitu kronik ini dengan masing-masing sangat berhati-hati dan bergerak dengan penuh prasangka maka untuk kita melihat PAS dan UMNO bergabung di dalam BN adalah sesuatu yang saya anggap sebagai mimpi di siang hari. Kepentingan yang ada pada kedua-dua belah pihak terlalu besar untuk di gadaikan dengan kesatuan fisikal parti. Itu sesutau yang masyarakat Melayu yang begitu bersemangat melaungkan kesatuan parti Melayu harus faham dan sedar. Saya tak kata impossible tetapi next to impossible.

Dalam keadaan begini maka hanya satu cara saja untuk parti-parti Melayu “bersatu” iaitu dengan BERSEPAKAT DALAM PERKARA-PERKARA ASAS yang menjaga kepentingan bangsa Melayu dan islam. Isu umpamannya seperti soal2 agama, hak-hak Melayu (tanpa mengambil hak orang lain) aalah antara perkara yang mereka boleh bersepakat. PAS boleh kekal dalam PR, UMNO boleh terus dengan BN. Ertinya; mereka boleh berbeza pandangan dalam banyak perkara tetapi mereka MESTI bersatu dalam perkara-perkara asas tadi. Kalaulah MCA, DAP dan GERAKAN boleh bersatu dalam menjaga kepentingan kaum mereka, kenapa tidak parti Melayu?  Jika ini berlaku maka masyarakat Melayu tidak harus bimbang tentang nasib mereka.

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”


Responses

  1. Bismillah !
    Salam dari ahmad.

    SESUATU BANGSA YANG GAGAL MENGUASAI TANAHNYA, AIRNYA, APINYA DAN ANGINNYA [komunikasi dan alam sekitar] ADALAH BANGSA YANG BANGSAT LAGI HINA.

    ~Dunia ini kacau lebih banyak diangkarakan oleh KEPUTUSAN POLTIK. Kaji latar
    belakang berbagai perang dunia dan negeri..Apakah askar yang gatal mahu bunuh
    orang ?

    ~SISTEM PILIHARAYA DAN UNDI. Malaysia lahir daripada system demokrasi bebas.
    WESTMINSTER . Semaklah daftar undid an kawasan yang selalu dipinda dari satu sampai ke 12. [Siapa yang teperangkap dengan undi dan luas kawasan] ?

    ~PERLEMBAGAAN MALAYSIA sudah dipinda /rubah banyak kali oleh UMNO-BN

    ~MELAYU lemah dalam ekonomi dan organisasinya. China dan India mempunyai
    Lebih daripada 4,000 persatuan niaga (guilds dalam semua barangan dan kegiatan).

    ~MELAYU lemah “intellectual force” berbading dengan orang bukan Melayu dan
    SINGAPURA. Justeru itu MALAYSIA sering kalah dan mengalah dalam berbagai
    Perundingan.

    ~POLA KEPIMPINAN MELAYU sudah lama tidak berwibawa dan mereka tidak punya
    Pengalaman dalam bidang yang mereka pimpin. Mereka malas membaca dan membuat “kerja rumah” ; nampkanya cenderung kepada hiding jamuan. Malas bergerak dari
    mejanya.. SAIAPA YANG MEMIMPIN PEMIMPIN ?
    SISTEM KEADILAN TIGAS DIDALAM SATU KE ?
    DEWAN PERNIAGAAN SATU MALAYSIA ATAU BERBAGAI DALAM SATU ?

    ~POLITIK merupakan FOKUS, terutama budaya bagi Melayu iaitu paling puncak.
    Manakala bidang bidang lain rendah tarafnya.

    BIDANG PENDIDIKAN pun, jika tidak ada lesen, kaitan politik, maka ia kurang laku
    dan malah tiada tempat.

    POLITIK ini sistemnya adalah acuan WESTMINSTER, demokrasi liberal.
    UNDI merupakan penentu.

    Ekonomi perdangan di bawah kelolaan elite korperat. Faham jaringan PLUTOCRACY yang menguasai hampir semua bidang, bank, sekolah, universiti. Orang China mempunyai 4,000 guilds niaga dengan DEWAN PERNIAGAAN yang kuat dengan JARING yang hebat dieseluruh rantau dunia.

    Mereka adalah penentu calun dan berbagai tuntutan yang dibuat selama ini oleh
    Mereka dalam DEWAN PERNIAGAA dan berbagai persatuan. Bukannya MCA atau Gerakan.. ITULAH WADAH MEDREKA.
    MELAYU mesti dapat RESTU barulah senyum bersatu. Akhir membatu. Itu sahaja.

    Sekian dahulu. Ini sebahagian kecil yang dapat disebut semenatara menunggu maghrib.
    5 Sept 2010.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: