Posted by: aminuddin | 30/08/2010

Melayu Baru

Sudah menjadi satu fenomena apabila kita bercakap pasal Melayu maka secara otomatisnya rakyat akan meletakkan UMNO sebagai “benchmark”. Mungkin kerana parti ini adalah satu2nya parti yang 100% di anggotai oleh orang Melayu dan telah memerintah selama 53 tahun. Jadi oleh kerana lamanya UMNO ni memerintah maka perkataan Melayu di anggap sinonim dengan parti berkenaan.

Malangnya semua rakyat maklum, termasuklah pemimpin dan ahli biasa UMNO, parti ini telah di selubungi dengan pelbagai isu yang sukar untuk di rawat lagi. Ia ibarat barah yang menunggu masa untuk mencabut nyawa si pesakitnya. Dalam keadaan pimpinan Melayu yang begini parah maka secara logiknya masyarakat mula mempersoalkan konsep Ketuanan Melayu yang mereka laungkan. Sebab itu slogan ini di tentang habis2an baik oleh orang bukan Melayu maupun orang Melayu sendiri. Maka timbullah pula slogan 1Malaysia, Malaysia Tengah, Negara Kebajikan dan yang seumpamanya. Masing2 cuba untuk melarikan diri dari perkataan MELAYU. Bagi mereka MELAYU melambangkan segala kelemahan yang boleh kita bayangkan.

Hinanya perkataan MELAYU ini sehingga ada orang Melayu sendiri malu untuk menyebut Melayu dan tidak kurang juga yang takut menyebut Melayu kerana itu di katakan Assobiyah.

Penyakit kebencian kepada perkataan MELAYU ini semakin hari semakin menular sehinggalah orang Melayu kini sudah hilang keyakinan diri. Mereka tidak lagi yakin kepada diri sendiri untuk memerintah sehingga apabila dilaungkan perkataan Penyatuan Melayu mereka membantahnya. Mereka tidak yakin kesatuan umat islam ini boleh membawa kebaikan walaupun mungkin ada kelemahan di sana-sini. Sebalinya mereka merayu bantuan orang lain untuk bernafas sehingga mereka sanggup berkompromi dalam perkara2 asas termasuklah menjaga kesucian rumah Allah. Mereka biarkan hukum Allah di hina, mereka biarkan hudud di sanggah, mereka biarkan mahkamah syariah di rendahkan, semua itu dihujjah atas dasar TOLERANSI. Ya, islam adalah agama yang sangat toleren dan kita harus toleren kerana negara kita adalah negara masyarakat majmuk.

Dimana Penyelesaiannya?

Selagi kita meletakkan UMNO sebagai benchmark orang Melayu maka selagi itu perkara ini tidak akan dapat di selesaikan. Oleh itu :-

  1. Orang Melayu harus keluar dari kotak definasi UMNO sbg Melayu kepada dimensi baru orang Melayu. Ada jutaan orang Melayu muslim yang tidak korup. Ada Melayu PAS, ada Melayu PKR ada Melayu ahli UMNO biasa, ada ratusan NGO Melayu, ada rakyat Melayu biasa yang tidak berparti dan tak berpersatuan dan akhirnya remaja/belia Melayu yang masih putih bersih.
  2. Orang Melayu harus keluar dari pemikiran politik kepartian untuk mampu menilai dengan wajar. Samada UMNO, PAS maupun PKR. Selagi pemikiran kepartian ini membelengu mereka maka segala perbincangan tidak akan dapat di hasilkan.
  3. Orang Melayu harus memberhentikan fitnah memfitnah, hentam menghentam, hina menghina sesama mereka apatah lagi sesama ulamak kerana kenyataan2 yang negatif ini hanya akan membawa kepada hilangnya izzah dan jatuhnya maruah bangsa Melayu.
  4. Orang Melayu harus keluar dari ”Emotional-Based Politic” kepada ”Knowledge-Based Politic”. Jangan mudah terjebak dengan sesetengah tuduhan seperti Assobiyah tanpa mengkaji hujjah dan nas tentangnya. Memperjuangkan bangsa untuk kebaikan agama bukan di larang malah di suruh. (lihatlah hadith dan tulisan Ibn Khaldun).

Responses

  1. ini sebahagian drpd yg dibawa oleh GESSA ke?

    • Ini fikiran saya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: