Posted by: aminuddin | 06/09/2010

Melayu Baru : Persetujuan 1

Beberapa hari yang lepas saya sempat menghadiri satu majlis ifthar anjuran salah satu agensi kerajaan. Ia merupakan majlis yang menemukan semua pemimpin-pemimpin agama seperti islam, kristian, budha, hindu, bahai dan beberapa lagi yang saya tak pasti namanya. Kehadiran di anggar sekita 100-150 orang. Menarik juga dapat berbincang2 dengan ketua2 agama dari pelbagai kefahaman. Terasa bertuah berada dalam majlis tersebut dan saya perlu memberikan pujian kepada penganjur majlis.

Namun dalam keseronokan menikmati juadah makanan serta berbincang dengan beberapa tetamu yg hadir, saya rasa amat terkilan apabila seorang pendakwah islam yg dikatakan telah melakukan Inter Faith dailogue selama 20 tahun memberikan ucapan beliau. Ruang masa sekitar 15-20 minit yang diberikan kepada semua wakil2 ketua agama utk berucap digunakan beliau untuk mengkritik orang islam terutama Melayu. Beliau melahirkan rasa kekecewaan di atas sikap orang Melayu yang enggan terlibat dengan perbincangna antara agama. Orang Melayu juga di katakan mempunyai pemikiran yang masih sempit dalam melihat perlaksanaan agama lain.  Beliau juga cuba meyakinkan para hadirin betapa tolerennya agama islam tyerahadap agama lain.

Lebih malang lagi ucapan beliau diberikan tepukan gemuruh oleh ketua2 agama bukan islam dan di puji sebagai seorang yang berfikiran terbuka. Rasa malu juga terasa pada diri apabila di hina di hadapan agama lain.Yang menghairankan saya tidak terdengar pulak ketua2 agama lain mengkritik bangsa mereka. Malah boleh dikatakan semua mereka menyatakan kesedihan terhadap tanggapan orang islam kepada mereka dan mereka mahu beberapa kedudukan yang membolehkan mereka beribadat dengan selesa. Secara sinisnya mereka mahu menuntut hak yang sama  dalam amalan agama mereka.

Nah, sekali lagi orang Melayu terlajak.

Sebenarnya kengganan orang Melayu berdialog dengan bukan islam bukan boleh di lemparkan tuduhan begitu mudah tetapi sebaliknya ada beberapa sebab utama :-

1. Mereka bukan nak faham islam tetapi nak jadikan itu sebagai medan untuk “islam bashing”. Juga untuk menyatakan tntutan mereka.

2. Isu bahawa mereka akan faham islam melalui dialog hanyalah retorik saja. Realitinya mereka bukan nak faham sangat tetapi cuba mengelirukan audience.

3. Prinsip dialog tak clear. Orang bukan islam mesti sedar bahawa islam itu di atas dan yang lain hanya perlu ikut. Bukan islam itu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agama lain. Yang ini tak clear kerana mereka menganggap agama itu sama saja, semua hendak kepada kebaikkan. Kalau macam itu macamana nak berdialog.

4. Aneh juga setelah 20 tahun berbincang puak2 bukan islam masih belum faham islam dan menuntut pelbagai perkara dan tak kurang pulak yang menghina islam.

Persoalannhya, adakah dialog ini jalan penyelesaiaan atau ia hanya sekadar strategi pihak bukan islam untuk melemahkan ummat islam dengan menyibukkan mereka untuk berdialog? Saya lebih cenderung kepada yang kedua itu.

Pesetujuan 1

Peristiwa yang saya nyatakan di atas hanya lah sebagai contoh sahaja. Yang saya cuba nak tekankan di sini ialah kenapa pendakwah Melayu ini mengkritik bangsa sendiri ketika orang lain hanya mentertawakannya. Ini satu tamparan yang sangat memalukan. Begitu juga dalam aspek politik, ahli politik Melayu selalu hina menghina sesama mereka. Saya tiak menidakkan kelemahan yang ada pada orang Melayu tetapi biarlah kita berbincang sesama sendiri supaya musuh tidak dapat tahu kelemahn kita.

Oleh itu saya mencadangkan kepada semua pihak, PAS, UMNO. PKR, NGO, bloggers, pendakwah dan lain2 orang Melayu supaya BERSETUJU bahawa kita tidak akan hina menghina di antara satu sama lain. Apatah lagi jika ia melibatkan individu tertentu.


Respon

  1. Cuma ada satu persoalan ustaz,

    Bagaimanakah islam itu akan berada di atas jika ia tidak dibentangkan, dibahas, difahami dan diimani?

    ya benar islam itu wajib di atas. cuma org bukan islam tidak akan sama sekali bersetuju dengan pendapat itu selagi segala hujah islam dpt ditegakkan dan hujah mereka dipatahkan. malah saya yakin org islam juga turut sama mahu melihat pendakwah islam berjaya berhujah sedemikian.

    saya tidak mengatakan wajib berdialog dengan agama lain. ya benar ini mungkin membuka peluang utk islam bashing. tetapi kita harus juga mempertimbangkan hakikat manusia perlu diyakinkan dengan hujah dan bukti yg nyata. jika kita asyik dengan idea islam di atas tetapi tidak dapat pun mempertahankan islam di khalayak umum, bagaimana idea ini akan diterima massa?

    apakah cukup dgn hanya menumpukan kepada dakwah sesama islam tetapi membiarkan agama lain terus memomokkan islam di khalayak umum. masyarakat skrg tidak mudah menerima idea2 simplistik tanpa proses akal yg mendalam.

    saya rasa kerana isu inilah Allahyarham Ahmad Deedat sgt disukai ramai. mungkin kita perlukan seseorang sepertinya utk benar2 berdialog dgn agama lain dan akhirnya berjaya berhujah dan membuktikan islam itu di atas dan agama lain itu ikut sahaja.

    • Saya tidak mengatakan supaya berhenti berdialog cuma PREMISnya kena betul. Malah kami di ACCIN (18 NGO islam) telah beberapa kali berdialog dgn mereka dgn menjelaskan ttg islam. Cumanya setelah menghadiri sesi2 ini ACCIN berpandangan bahwa mereka BUKAN berdialog utk memahami islam tetapi semata2 utk mengkritik islam dan dalam masa yg sama menuntut hak mereka. Itu saja.

  2. Mungkin…

    Islam ini akan menjadi bukti yang nyata kepada yang lain tatkala ummat Islam telah berakhlak dengan akhlak islamiyah?

    As the sayings, “Action speaks louder than words”

  3. setuju utk melayu tidak mengutuk sesama melayu dan islam sesama islam walau atas apa landasan sekali pun.

    kalau dgr beberapa ceramah DAP, jarang dengar depa kutuk BN tp yg mereka kutuk habis-habisan adalah UMNO.kenapa?sbb kalau kutuk BN sama macam kutuk MCA skali lah, bangsa depa…

    hidup ISLAM!! hidup MELAYU!!

  4. Subhanallah…

    Seringkali orang melayu/islam cuba untuk menjadikan diri mereka terkenal.. tapi tersalah cara.. Seringkali Neraga MALAYSIA membuat perkara yang tak perlu pun untuk di buat. Sedangkan telah jelas Nabi kita menyatakan Agama KU untuk Ku, Agama MU untuk mu.. Mengapa kita umat islam secara logiknya cuba bertindak secara tidak wajar menjemput dan membuat majlis ifthar untuk menemukan semua pemimpin-pemimpin agama seperti islam, kristian, budha, hindu, bahai dan agama lain untuk membincangkan masalah agama. Sedangkan UMUM mengetahui bahawa agama islam adalah agama SUCI dan TERANG DAN NYATA LAGI BENAR. Seolah-olah kita mengia kan agama mereka. Mereka tetap kafir walau apapun NAMA agama mereka. TUHAN MEREKA TU BANYAK. Sedangkan TUHAN KITA HANYA ALLAH YANG ESA. Masaalah antara agama tidak perlu dibincangkan tapi masalah umat islam yang patut kita selesaikan. Mengapa kita seolah-olah tunduk dengan agama mereka… sepatutnya kita memerangi mereka.. waallahualam..


Tinggalkan komen

Kategori