Posted by: aminuddin | 12/09/2010

Melayu Baru : Persetujuan ke 2

Melihat perkembangan isu Ketuanan Melayu yang hebat di persoalkan oleh pelbagai pihak semakin menyedihkan. Lebih menyedihkan lagi ialah yang mempersoalkan isu itu bukan saja di kalangan kaum bukan Melayu tetapi kini kaum Melayu sendiri yang semakin menjadi-jadi. Mutakhir sekali kita di khabarkan seorang MP muda Melayu yang mengajak sebuah NGO orang Melayu berdebat tentang Hak orang Melayu yang di katakan tidak ujud dalam perlembagaan. Keghairahan MP muda Melayu ini di lihat seolah-olah seperti kata pepatah “Lebih Sudu Dari Kuah”. Kaum lain yang beria-ia sangat tetapi kita sesama sendiri pulak yg sudah berlebihan. Tak cukup dengan itu, diadakan juga forum-forum yang membidas tentang Hak orang Melayu.

Saya sedar kedua-dua pihak ada kepentingan :-

– UMNO memperkatakan Ketuanan Melayu kerana semata untuk menjaga kepentingan mereka kekal bukan sangat untuk menolong orang Melayu

– PR pulak melakukannya semata ingin mengaut undi Cina bukan kerana mereka yakin dengan pencairan Hak Melayu secara total.

Ya, kita tidak setuju Ketuanan Melayu ala UMNO tetapi kita juga tidak setuju Hak Melayu di cairkan kerana implikasinya sangat besar.

Persetujuan Ke 2

Oleh itu kita mencadangkan kedua-dua pihak bersetuju untuk TIDAK melaungkan perjuangan Ketuanan Melayu dan TIDAK menyerang Hak Melayu secara terbuka kerana :-

i. Ia akan melemahkan kemulian bangsa Melayu Muslim sehingga bangsa ini tidak akan ada lagi maruah di kaca mata bangsa lain

ii. Membenarkan musuh menghina Melayu dan mentertawakan gelagat kita. Ia juga akan memudahkan mereka untuk merancang strategi melemahkan Melayu. Jika Melayu lemah bererti islam juga akan lemah (dalam kontek Malaysia) kerana Melayu adalah kaum majoriti

iii. Memberi ruang musuh untuk menyerang islam secara terbuka dan berani kerana mereka tahu kita berpecah dan dengan itu tidak mampu untuk mempertahankan islam


Responses

  1. saya pasti samada ust prasan atau x di mstar-online baru ni…

    http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/14/mstar_berita/20100914174309&sec=mstar_berita

    komen lee kuan yew di new york times terhadap malaysia yg “pelik” bunyinya…

  2. Jangan lupa pula utk baca komen che det terhadap komen lee kuan yew ini

    http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/09/malaysia-according-to-lky.html

  3. Salam akhi,

    Ana tahu siapa MP muda yang dimaksudkan itu

    Sebaiknya anta masuk blog dia (Nurul Izzah)
    utk tahu cerita sebenar, bukan baca ulasan
    akhbar saja.

    Apa yang MP muda terangkan itu adalah fakta
    artikel 153 berdasarkan Perlembagaan Reid.

    Ana baca artikel Ustaz Fauzi Asmuni tentang kontrak sosial pun sama juga (artikel 153 patut dikaji selepas 15 tahun merdeka)

    • Isu di sini bukan masalah perlu di kaji atau tidak TETAPI yang penting ia tidak harus dinyatakan secara terbuka yg memberi ruang kepada orang lain untuk terus merendah-rendahkan bangsa dan hak Melayu.

      Tidak semua kebenaran itu boleh dinyatakan begitu saja. Adakalanya berdiam itu lebih baik jika ia menimbulkan lebih banyak mudaratnya. Sekarang ini isu Melayu setiap hari di tekan, kenapa kita pula harus menambah2kan tekanan itu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: