Posted by: aminuddin | 20/09/2010

Perginya Seorang Murabbi

Tanggal 18 September 2010 adalah satu tarikh yang tidak mungkin aku lupakan. Hari ini perginya seorang murabbi yang sukar untuk di cari ganti untuk bertemu kekasihnya buat selama-lamanya. Beliau yang aku maksudkan ialah Dato’ Ustaz Dahlan Mohd Zain.

Sukar untuk aku gambarkan peranan beliau di dalam hidupku ini. Apa yang boleh aku luahkan ialah selain dari ibubapaku beliau adalah antara manusia yang berjaya merubah hidupku. Mengeluarkanku dari kegelapan kepada cahaya. Ketika aku leka dengan dunia, beliau telah memimpin tanganku dengan penuh kasih sayang untuk memahami erti hidup. Kesungguhannya berdakwah menjadi cotoh ikutan ribuan manusia. Keikhlasannya juga sukar untuk di pertikaikan.

Ketika beliau balik dari Iraq dan mula berdakwah pada awal tahun ’70an aku masih lagi di bangku sekolah rendah. Di katakan selama 6 tahun pertama beliau berdakwah di Kuala Lumpur dan Pekan, Pahang, namun tidak ada manusia yang menerimanya. Akhirnya beliau balik ke tempat asalnya lalu bertemu dengan 10 manusia yang ikhlas utnuk menerima tarbiyah dari beliau. Maka dari situlah bermulanya perjalanan dakwah beliau yang penuh liku yang menuntut segala kesabaran. Namun beliau tidak pernah mengeluh.

Antara ciri peribadi beliau yang boleh aku gambarkan ialah :-

– mukanya sentiasa tersenyum walaupun mengalami kesakitan yang teruk selama bertahun-tahun

– sangat menghormati tetamu apabila bertandang ke rumahnya

– kurang bercakap kecuali apabila perlu

– tidak pernah merendah-rendahkan orang lain tetapi sentiasa merendahkan diri sendiri

– serius dalam beramal dan tegas dengan keputusan

– sangat bersopan dalam majlis

Moga Allah merahmati roh beliau dan memasukkannya di kalangan mereka yang benar di dalam agamanya.


Responses

  1. Murabbi contoh

    Ingin bertemu dengan mereka


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: