Posted by: aminuddin | 21/09/2010

Melayu Baru : Persetujuan 3

Apabila isu Kalimah Allah di putuskan mahkamah maka telah terjadi satu perpecahan pendapat antara parti politik.Melayu  UMNO mengharamkan penggunaannya sedangkan PKR  dan PAS menghalalkannya. Isu ini begitu hangat di kalangan Melayu islam  sehingga terjadi satu perpecahan yang besar dalam menentukan kedudukannya. Pelbagai ulama telah membahaskannya dan mereka juga berbeza pandangan.

Sebenarnya yang menjadi “concern” kita di sini bukanlah isu khilaf yg berlaku; boleh atau tak boleh menggunakan kalimah tersebut kerana kedua2nya ada hujjah tersendiri. Yang menjadi “concern” ialah keputusan ini di lihat telah mencabar keputusan yang di keluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1986 (kalau tak silap) yg jelas menolak penggunaan beberapa kalimah atas sebab untuk mengelakkan kekeliruan dikalangan umat islam.

Isu ini menjadi hangat apabila kedua-dua pihak UMNO dan PAS mengambil pendirian yang berbeza. Forum yang di anjurkan oleh IKIM untuk menyatukan pendapat di katakan gagal untuk meyakinkan semua pihak untuk mengambil pendirian yang sama. Ini dapat di fahami kerana kedau-dua piak memang mempunyai tokoh2 agama dan ulamak yang memang mampu untuk membuat penialian. Dalam masa yang sama pihak bukan islam mengambilkesempatan ini untuk mengukuhkan pendirian mereka sehingga akhirnya ada menteri UMNO yang mengakui kesilapan mengharamkan penggunaan Kalimah tersebut.

Dalam isu ini tidak ada sesiapa yang untung samada UMNO maupun PAS, apatah lagi PKR. Yang untung hanyalah golongan bukan islam. Fatwa yang di keluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan gagal meyakinkan PAS kerana PAS juga ada ulamak2 yang hebat2.

Persetujuan ke 3

Untuk mengelakkan lagi pertembungan di dalam isu2 agama, yang tidak ada kena mengena dengan politik ini, saya mencadangkan institusi ulamak ie Majlis Ulamak Kebangsaan di perkukuhkan dan di beri mandat yang lebih oleh pihak kerajaan. Keanggotaannya juga perlu di tukar dengan mengambil juga ulamak2 dari PAS dan mungkin PKR supaya sebarang keputusan, yang berkaitan dengan agama, yang akan di ambil tidak akan menimbulkan reaksi yang bebrbeza oleh kedua2 parti. Dengan itu keutuhan agama akan terus di mantap tanpa ada pihak yang berani menggugat. Tidak tidak kisah sangat perbezaan pandangan politik asalkan isu asas ini kekal mantap.


Responses

  1. nampak menarik..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: