Posted by: aminuddin | 29/11/2010

Apa yang Azizah terlupa

Membaca dan mendengar apa yang di katakan oleh DS Wan Azizah tentang Ketuanan Melayu memberikan gambaran yang jelas tantang apa yang pepatah Melayu katakan ” Marahkan nyamuk, kelambu di bakar”. Marahkan UMNO, Ketuanan Melayu di persalahkan.

Entah berapa kali kita dah mendengar hentaman-hentaman terhadap Ketuanan Melayu sehingga kadangkala kita rasakan macam yang bercakap itu sudah kehilangan idea. Semuanya ini lahir dari perasaan marah terhadap UMNO yang telah menggunakan konsep Ketuanan Melayu untuk terus kekal memerintah. Tetapi perlu di ingatkan bahawa UMNO hanya ada 3 juta ahli saja. Itupun tak semua yang mengamalkan rasuah. Majoriti ahlinya masih ramai duduk di kampung2 yang menjadi imam, bilal, qariah, ustaz & Uztazah. Mereka ini semua baik2.

Bagi generasi muda mereka mungkin tidak pernah duduk di bawah pemerintahan Britsh atau Jepun. Tetapi kalau kita bersembang dengan mereka yang berumur 70an ke atas, kita akan dapati mereka ini akan menceritakan segala keperitan dan penyiksaan semasa zaman pemerintahan penjajah ini. Sebab itu semangat Melayu mereka sangat kuat.

Kalaulah bukan kerana Ketuanan Melayu, adakah boleh kita berada di tahap sekarang? Mungkin kita masih dijajah. Silap2 yang menjajah kita adalah orang Cina. Kita jangan lupa sejarah mengatakan bahawa semasa pemerintahan British, mereka telah membawa masuk pekerja dari negara Cina begitu ramai hingga dikatakan bilangan pengundi Cina lebih ramai dari pengundi Melayu.  Tetapi dengan semangat perjuangan yang ada akhirnya Tanah Melayu kembali kepada Ketuanan Melayu.

Yang menjadi masalah BUKAN Ketuanan Melayu itu tetapi UMNO yang telah merosakkan imej Ketuanan Melayu. Jadi yang nak dibaiki sepatutnya UMNO bukan dengan membuang Ketuanan Melayu. Ini kerana di sebalik Ketuanan Melayu itu ada Islam. Perjuangan kita seharusnya KETUANAN MELAYU ISLAM.

Mungkin DSWA terlupa perkara ini.


Responses

  1. perlu diingatkan tu…..

  2. “Perjuangan kita seharusnya KETUANAN MELAYU ISLAM” kepala otak ko, sepatutnya “Perjuangan kita seharusnya KETUANAN ISLAM”

    • Berbahaslah dgn ilmu bukan emosi. Islam tidak tertegak dgn emosi tapi ilmu.

    • betullah ketuanan Islam. bukankah melayu Islam juga Islam? jadi ia tidaklah menidakkan yang lain.

      • bagaimana dgn bangsa lain yg islam… letak di mana? Tamatkan lah perbicangan bersifat assabiyyah… Islam utk semua bangsa, asasnya ialah taqwa

      • “bagaimana dgn bangsa lain yg islam… letak di mana?”

        Jawaban saya; Kita adalah sebahagian dr mereka dan mereka juga sebahgian dari kita. Cuma realitinya, adakah kita nak bicarakan ttg 16juta orang atau 90k orang? Mana yg lebih strategik?

        Ini hanya strategi dakwah saja bukan menidakkan bangsa lain. R saw juga berstrategi dalam dakwah Baginda.

      • Bila mengatakan strategi…seolah2 rasulullah dan para sahabat x pandang utk dakwah bangsa selain arab…walhal semua org yg dtg ber”haji” di mekah…telah didatangi rasul…Bilal didakwahi Fadhl, bahkan yg memeluk islam awal ada dr bangsa bukan arab dan cuma 3 dr quraish…org yahudi dan nasrani tidak dilupakan..w/pun mrk bukan bangsa arab…utk mengatakan majoritinya arab yg peluk islam..well itu adalah understatement…bila di tanah arab mmg itulah bangsa yg ada! Tp sesekali utk mengatakan strategi…ohh jauh sekali..sbb x pernah rasul membenarkan begitu bab kata, amal atau takrir

      • Maksud saya berstrategi dlm dakwah bukan salah dalam islam malah dibuat oleh R saw. Saya tak maksud R saw x berdakwah pd bangsa lain

      • Ok2…jelas..sy salah faham…TQ

        Cuma …bukan ke strategi kita kena base on seerah juga…sbb itu akan menentukan yg prinsip pembangunan tamadun kita berada dlm landasan benar…spt kita katakan tarbiah fardi muslim sbg strategi dakwah IM…krn ia berdasarkan seerah…mungkin komen sy boleh dilihat dlm angle ini…

        Boleh komen?

      • setuju

      • Boleh jawab soalan saya…strategi fokus ini berasas seerah part mana?

      • Terlalu banyak srtategi yg R saw buat dlm dakwah Baginda. Mula dgn mereka2 yg hampir, kemudian kpd pembesar (di tegur Allah), pergi Taif, hantar wakil ke Madinah dll.

  3. Alahai tuan aminuddin….

    Saya sebenarnya tidaklah minat dengan cara tulisan tuan…tapi kerana keluar di site isma (suka jenguk mengikuti gossip yang ada), maka ia menarik saya untuk komen..

    Ya mungkin sahaja ulasan saudara ttg motif kemerdekaan ada kebenarannya…tetapi adakah itu semata yang diperjuangkan bila kita menggerakkan asas perjuangan kita (baca majmul rasail)…arab, mesir, timur….tp akhirnya apa?

    Saudara ni hidup zaman penjajahan ke? sampaikan perlu sgt istilah ini dipelopori saudara demi utk rallying the mass!?

    Saudara dpt bezakan antara hak istimewa dengan ketuanan melayu ke? sebab cara saudara ulas tiada bezanya dengan cara Ibrahim Ali… saya berpandangan (kalau ikut ibrahim) kalau ketuanan itu ingin sangat dikekalkan…maka melayu bukanlah tuan hakiki di sini…Malaysia ada etnik pribumi yang lain!!! sebab itu, ia tidak pernah ada penulisannya di perlembagaan.

    Jadi siapa sebenarnya yang membawa agenda ini melainkan umno secara terang2an (sebab perlembagaan takde tertulis)..tidak ahmad boustaman, tidak onn jaafar, tidak API dan INSAF….saudara nak menidakkan sumbangan mereka…bagi saya…entah2 kerana pejuang2 hakiki inilah maka kemerdekaan diberi british pada umno dengan murah (mungkin) dan mudah. Atau saudara berbaik sangka dengan british??

    Sebenarnya ulasan saya hanyalah tip of the iceberg…tak mampu saya berbahas panjang…kerja ummah ini masih banyak daripada memikirkan hal yang hakikatnya tiada dlm prinsip Islam. Saya berkomen semata utk supaya saudara menulis dengan ilmu (bukan emosi) dan menyeluruh dan tidak sekadar dengan komentar yang simplistic begini (andai ingin mengulas hal ini)

    Contohi mungkin tulisan Dr Asri on this matter…atau mungkin saudara fikir dia tiada kredibiliti (maaf cakap…sebab nampak isma cenderung dengan Dato Harussani)

    Maaf seribu bahasa

    • http://www.malaysiakini.com/news/149959

      Knp saya cakap tulisan tuan sama spt Ibrahim…ialah kerana cuba beri definisi lembut pada konsep ini…walhal kita tetap tahu sikap sebenar akan maksud KeTUANan Melayu ini menurut mereka…apalagi definisi kita pula mestilah bertepatan dengan itipati Islam…dan bukannya cuba dikaitkan2 spt tulisan Ibrahim

      Saya pernah berdialog dgn orang ahli biasa umno akan ketuanan melayu…apa yg mereka faham (intipati)…kita adalah tuan tanah yang berhak akan kelebihan tertentu…

      So sekali lg…kalau tanah menjadi isu…apa cerita etnik lain….apalagi isu Islam yg langsung tak dikaitkan…Camtu lagi, tuan pula cuba2 nak kait2kan…dengan Ketuanan Melayu Islam….ingatlah hadis nabi…sesiapa sahaja boleh jadi tuan/pemimpin kita…hatta habsyi yang “tak hensem”

      Kalau tuan nak kaitkan dengan hadis quraish…again telusuri maksud hakikinya…again this is just the tip of an iceberg komen

      • 1. Saya rasa saudara masih lagi dalam “mental block” yg mengatakan Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Saudara mesti berfikir lebih luas. UMNO ada 3 juta saja. ada 13juta lagi org Melayu.

        2. Betul sesiapa pun boleh memimpin asalkan muslim TETAPI di Malaysia ni siapa yg muslim dan majoriti, kalau bukan Melayu?

        3. Bagi saya, Melayu mesti bersatu. Itu yg terbaik utk islam buat masa sekarang. Jika itu menyamai dgn Ibrahim Ali, maka saya terima. Itu adalah kebenaran. Jangan ingat kebenaran itu akan sentiasa datang dr kalam kita. Ia mungkin dari musuh kita. Org yg menolak kebenaran ini hanya org yg ada kepentingan.

        4. Bagi saya hak istimewa orang Melayu, baik dari segi nak dapat tanah atau nak dapat biasiswa atau apa2 kebendaan, itu tak penting dan tak pernah membimbangkan saya. Yang saya bimbang dan ingin kemukakan ialah kedudukan islam. Orang islam mesti ada kuasa WEWENANG. Ketika ini, baik UMNO maupun PAS; tidak ada kuasa WEWENANG. Masing2 terpaksa ambil hati bukan islam. Ini tidak spt yg di kehendaki oleh umat islam.

        5. Teruslah berbahas, utk cari kebenaran. Ia tidak dikira membuang masa. Jangan cepat putus asa.

    • Jangan cepat mengalah. Berbahaslah dgn baik. Banyakkan bacaan sejarah kerana apa yg berlaku hari ini hasil keputusan masa lalu. Samada DR Asri, Tan Sri Harusani, atau Najib atau Nik Aziz, itu tak jadi isu. Mana yg betu itu akan kita perjuangkan.

      • Hurm, takpelah…if u prejudge me like that…seorang yg dangkal, yg membenci apa shj kerana namanya UMNO…utk makluman…sy makan2 lepak2 dengan orang UMNO…sy akan membenci orang PAS kalau dia melanggar prinsip Islam bila dia bermuamalat dengan saya…itu sy…tp tuan nampak sy ada mental block…ok fine

        Bg sy, cara tulisan tuan yg perlu diperbaiki…mana credetial dlm membawa fakta sejarah dalam berbahas…mana keilmuan dlm membawa aspek teori dlm berbahas….

        Byk betul sangkaan dan prejudis…ingatlah…kita bertanggungjawab atas apa yg ditulis

        p.s: seperkara lagi…saya tak nampak kesamaan antara tulisan tuan dgn Dr Asri…sorry to say…sy rela yg memimpin saya seorang yg mempunyai wa’yu islam yg jelas dan akhlak yg mantap…w/pun dia bukan melayu…sy tak rela diri sy diperintah orang bukan islam walhal sy yg memegang kuasa majoriti dlm satu pemerintahan

        selidiklah sejarah…siapa yg sebenarnya lupa…bila hak pemerintahan dicuaikan di PP…siapa yg lupa sebenar ni!!??

      • Saudara jangan cepat mengalah bila di kritik. Itu sebahagian dari kehidupan dan asas kpd kematangan. Saudara hanya sebahagian dari kritikan yg saya terima tetapi saya berlapang dada.

        Ttg pendirian saudara ttg sanggup di perintah oleh bukan islam; ini perlu di jelaskan, atas asas apa dan mana nasnya. Seburuk2 org islam ia tetap lebih baik dari sebaik2 orang kafir. Keimanan yg tipis sentiasa lebih baik dari kekufuran.

        Saya baca tulisan MAZA dan saya tak dapati apa2 percanggahan tetapi jika saudara tak nampak persamaan, itu terpulang.

        Saya cadangkan saudara baca buku “Politik Melayu Pandangan Orang Cina”. Saudara akan ketemui banyak jawapab dan saya yakin saudara akan setuju dgn saya dlm banyak hal.

        Benar, saya bertanggungjawab dgn apa yg saya tulis dan saya berani berhujah dgn sesiapa saja. Saya tidak akan lari kecuali hujah yg di kemukakan lebih tepat utk islam.

      • Ttg pendirian saudara ttg sanggup di perintah oleh bukan islam; … – sy tak pernah kata bukan islam…bukan MELAYU adalah!…even hadis yg sy bawa adalah hadis hamba habsyi…tuan komen biar ikut flow…

        Tapi…kalau nak juga suggest org yg tak pro Melayu ni sbg mencalonkan bukan islam utk kepimpinan…up to anta

        Tapi….sungguhku tak sangka keluar tulisan aziz bari ttg pemimpin bukan islam yg sgt cantik telah sy ikuti…ini mutu yg sy harapkan…tp maybe tuan x percaya dgn sistem demokrasi as spt x percaya non muslim kot…

        http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8487846.asp

  4. Melihat kepada konteks malaysia saya berpendapat perlu dipertahankan ketuanan melayu selepas mengambil kira bangsa melayu sebagai org yg mendokong islam. Jangan memandang jijik & sinis kepada bangsa sendiri kerana sekiranya kita bersikap demikian maka kita telah tewas dengan helah penjajah yg memang sengaja menanamkan perasaan rendah diri (inferior) dlm diri masyarakat melayu. Kita mengangkat melayu dalam konteks mereka sebagai mad’u yang perlu ditanam dengan sifat2 positif, bukan melayu sebagai maudhu’ (isi dakwah).

    Berpijak di bumi nyata. Bermimpi di siang hari dengan mengharapkan sang politikus yang tak beriman dengan Allah umpama memberikan pisau untuk ditusuk ke badan sendiri.

  5. Melihat kepada konteks malaysia saya berpendapat perlu dipertahankan ketuanan melayu selepas mengambil kira bangsa melayu sebagai org yg pernah & masih mendokong islam di bumi tanah malaya/malaysia. Jangan memandang jijik & sinis kepada bangsa sendiri kerana sekiranya kita bersikap demikian maka kita telah tewas dengan helah penjajah yg memang sengaja menanamkan perasaan rendah diri (inferior) dlm diri masyarakat melayu. Kita mengangkat melayu dalam konteks mereka sebagai sasaran dakwah yang perlu ditanam dengan sifat2 positif & dibangunkan semula izzahnya dengan islam, bukan kita berbicara isu melayu sebagai maudhu’ (isi dakwah). SASARAN DAKWAH & ISI DAKWAH adalah 2 perkara yang berlainan maksud.

    Berpijaklah di bumi nyata. Bermimpi di siang hari dengan meletakkan harapan kepada sang politikus yang tak beriman dengan Allah umpama memberikan pisau untuk ditusuk ke badan sendiri. 

    Di Malaysia, melayu sebagai bangsa yang pernah & masih mendokong islam hanya tinggal kuasa ketuanan melayu sebagai perisai sementara. Masa yang ada perlu digunakan untuk kembalikan kekuatan & kepercayaan kepada kemampuan diri sendiri. Jangan bersifat bacul dengan membuang ketepi perisai yang tinggal.

  6. mungkin perlu diperjelaskan maksud ‘ketuanan melayu’ menurut pandangan encik Aminuddin. Saya tersentak membaca artikel Dr. Asri tentang ketuanan melayu
    http://drmaza.com/home/?p=1296

    • Saya tak nampak apa2 percanggahan dgn apa yg Dr Asri sebut dgn apa yg saya utarakan.

      Ketuanan Melayu akan salah dan amat salah jika konsep Melayu UMNO yg dijuangkan. UMNO melihat Ketuanan Melayu sbg kuasa utu merampas hak org lain dan menjalankan kuasa hanya utk mengekalkan kuasa.

      Yg saya maksudkan Ketuanan Melayu ialah Ketuanan Melayu Islam. Ertinya yg nak menjadi pemimpin itu mesti mempunyai akhlak yg mulia dan memimpin dgn penuh ketaqwaan BUKAN utk menindas org lain.

      Kenapa Melayu? Kerana org Melayu golongan majoriti dan islam serta punyai kuasa politik yg besar spt Quraish yg di sebut oleh Dr Asri. Tapi kuasa dan kekuatan Melayu ini tak akan dapat kalau Melayu berpecah. Kalau UMNO masih perlu rujuk MCA dan PAS perlu rujuk DAP, maka mana wewenang org islam?

      Selagi org Melayu islam tidak ada wewenang (kuasa buat keputusan), maka mcamana islam akan berkuasa? Sekali lagi saya tegaskan, saya tak merujuk kpd kuasa ekonomi, atau pelajaran atau apa2 habuan material tetapi yg kita ingin tekankan ialah kuasa ke atas agama dan polisi2 yg berkaitan.

      Bila saya kata agama, saya bukan bermaksud sekadar ia menjadi agama resmi semata (spt yg terkandung dlm BN dan PR) tetapi mesti kuasa yg menjadi landasan ke atas semua keputusan pemimpin negara.

      Jika Ketuanan Melayu itu berdasarkan bangsa semata maka itu SALAH. Jika Ketuanan Melayu itu di sebabkan keislamannya maka itu WAJIB.

      • “Selagi org Melayu islam tidak ada wewenang (kuasa buat keputusan), maka mcamana islam akan berkuasa? Sekali lagi saya tegaskan, saya tak merujuk kpd kuasa ekonomi, atau pelajaran atau apa2 habuan material tetapi yg kita ingin tekankan ialah kuasa ke atas agama dan polisi2 yg berkaitan.”

        Sorry ye…

        Apa yg saya faham…kiranya kalau orang Melayu nak hudud (contohla) dilaksanakan…laksanakanlah…tanpa ada usaha nak woo orang bukan Islam..Yela, kita kan majoriti-55% majoriti-mmg kuatla jugak konteks melayu islam di msia ni ye tak (being cynical here)…Mmg hebat visi tuan…apalagi dgn strategi yg tak ambik peduli hal bangsa lain

        Saya merasakan pulak…saudara aminuddin (dan isma..sbb anta SUA) spt ada MENTAL BLOCK dengan laporan utusan etc dalam membentuk minda berfikir ttg kerjasama politik yg terjalin…(harap boleh nmpk kaitan point ini dgn statement hudud sblm ni)…tak mampu nak ulas panjang…fikir dlm2 yer…maksud mendalam ni

        p.s: sy tak kecik hati dgn statement saudara earlier…i am just being cynical…

      • Either you are being cynical, sarcastic, honest, transparent….never a single moment affecting me. We are in a democratic country, express your opinion. I’m here to listen and ponder every bit of your comment.

        I belief you hv wrong understanding with what I’ve written. But never mind. continue with yr critical analysis.

        Saya tak pasti apa yg saudara maksudkan Ketuanan Melayu islam mengelirukan pejuang islam.

      • Relaks bro amin…sy tulis (i am being cynical..sarcastis etc) supaya saudara paham intonasi saya..bukan baca secara skema…sy pun x terusik hati pun…sekadar memberi pandangan dlm keadaan bersahaja dan santai…namun ttp tegas, terarah dan jelas..

        Since sy understanding salah…sila jelaskan maksud sedara on wewenang kuasa tu?? sy x jelas laa…

        Bila sy kata ketuanan melayu islam mengelirukan pejuang islam tu…maksud sy gerakan2 lain le yg x senampak arah tuju yg sama cam tuan dan isma…ke saudara rasa pandangan lain tu mmg sesat, sebab ini kata2 akhi:
        “Setuju. Sebab itu saya dah cadangkan supaya isu ketuanan melayu ini tak perlu di sebut2 oleh mana2 pihak kerana ia hanya mengelirukan dan akan menyebabkan lebih perpecahan.”

        Jelas kan…

      • To simplify, Wewenang ertinya org islam bebas membuat keputusan tanpa perlu merujuk kpd bangsa lain.

      • Wewenang…a big word…with such a short definition…

        Is it suppose to be anything? hurm..so my example do count….??

      • As long as you understand, its ok to me.Pls spread it out to others.

  7. tak perlu membahas ketuanan mana mana pihak. Yang pasti dakwah rasul mengembalikan ketuanan itu kepada Allah. Saya rasa tidak adil kepada kaum yang lain jika menyebut ‘ketuanan Melayu’ sebab ia akan menjerumuskan kearah perkauman dan seolah olah berbangga bangga dengan istilah ini. Tiada kelebihan satu kaum atas kaum yang lain melainkan taqwa kepada Allah. Tugas kita menyampaikan dakwah sehingga semua bangsa tunduk kepada Allah.

    • Setuju. Sebab itu saya dah cadangkan supaya isu ketuanan melayu ini tak perlu di sebut2 oleh mana2 pihak kerana ia hanya mengelirukan dan akan menyebabkan lebih perpecahan. Tetapi ada pihak menganggap itu satu modal politik yg penting utk menarik kaum bukan melayu kpd mereka. Jadi mereka sentiasa mengulangi perkataan ini. Ini yg jadi masalah.

      Mengenai dakwah kpd bukan melayu, baguslah jika saudara dapat teruskan. Tetapi saya biasa berbincang dgn Cina muslim. Dia kata sebab kenapa org cina tak mau terima islam ialah kerana mereka tengok perangai org melayu teruk. Jadi membaiki org melayu sebenarnya juga adalah wasilah utk berdakwah kpd org Cina. Jika akhlak melayu baik, IA akan ramai org Cina akan tertarik dgn islam. Inilah cabaran org melayu.

      • Bukan saudara ke yg canangkan idea ketuanan melayu islam….ini pun boleh mengelirukan…apalagi saff pejuang Islam

  8. Salam Akhi,

    Ana rasa sebelum akhi tulis rencana ini faham betul-betul apa Ketuanan Melayu tu.

    Ana ikuti isu ini dan rasanya Datu Nazri Tun Aziz bagi penerangan yang tepat ketuanan Melayu tu hak-hak istimewa raja-raja Melayu.

    hak-hak istimewa Melayu dalam perlembagaan tu bukan ketuanan Melayu.

    Yang Wan Azizah kritik adalah pemimpin UMNO yang salahguna konsep ketuanan Melayu yang memangnya tak wujud untuk mengkayakan mereka sahaja.

    Yang hak-hak istimewa Melayu dalam perlembagaan tu memang Pakatan Rakyat
    akan pelihara (cuba lihat persetujuan dokumen Pakatan Rakyat – December 2009)

    Satu lagi, Ana tengok ramai orang yang kritik kroni-kroni Melayu tetapi tak ramai yang kritik kroni-kroni MCA,MIC seperti Vincent Tan, Francis Yeoh, Anananda Krishan dsbnya.

    W.A.

    • Apa yg dalam perlembagaan tu satu hal dan apa yg UMNO buat tu satu hal lagi. Dari awal2 ana dah kata kita tak pernah setuju dgn ketuanan melayu UMNO.

      Sejak dari awal lagi ana cadangkan isu ketuanan melayu ini tidak harus di katakan oleh mana2 pihak kerana ia hanya membawa perpecahan bangsa melayu. Yg lebih sedih kaum lain hanya ketawa dan menambah tekanan kpd bangsa melayu. Ia juga menyekat bibit2 penyatuan yg mungkin berlaku dikalangan pimpinan melayu sedangkan kita berpandangan kesatuan itu adalah jalan penyelesaian buat ketika ini.

  9. saya isu ini satu fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk memecah belahkan orang orang yang beriman di negara ini

  10. @Sharizan

    Berpijaklah di bumi berpelembagaan…dah baca tulisan aziz bari di Sinar baru2 ni???
    http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8487846.asp

    • Tak sempat baca lagi. Bagi saya sesiapa pun berhak mengemukakan apa2 idea termasuk saudara dan saya. Saya kenal Prof Aziz Bari semenjak 1985. Bagi saya dia seorang pemimpin yg baik dan pernah jadi seorang aktivis. Satu ketika dai menjadi idola saya. Untuk pengetahuan, sehingga kini saya masih berhubung dgn beliau dan beberapa kali bertemu dgnnya. Saya akui beliau pakar dalam perlembagaan dan saya sangat menghormatinya.

      Tapi itu semua tidak bermakna saya kena sentiasa setuju dgn pandangan beliau. Saya berhak mengemukakan pandangan saya sendiri.

  11. salam

    akhi amin, rasanya kalau enta pegang title ‘mufti’, baru laa org setuju dengan kebanyakan perkara yg enta usulkan agaknye.

    kebanyakkan org terlupa yg mana setiap manusia yg bergelar Muslim itu wajib melakukan amar makruf nahi mungkar hatta dirinya tidak bergelar mufti mahupun ustaz/ah sekali pun.

    apa2pun, ana suka cara penulisan enta yg banyak memprovokasi minda yg bergerak tapi dalam keadaan senyap.yg bahayanya minda jenis sebegini ialah kita xtahu salah benarnya.boleh jadi ia akan terus yakin dgn kesalahan.tapi yg baiknya bila di’provoke’ terluah jua akhirnya.di situlah baru orang lain boleh ambil manfaat jika ia benar atau melaksanakan teguran jika ia salah.

    sekadar berkongsi pendapat.

  12. Sekadar nak berkongsi. Penerangan yg menarik..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: