Posted by: aminuddin | 02/12/2010

Daei Abad ke 21

Melihat perkembangan yang berlaku semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, politik negara benar-benar menguji kemampuan pemikiran para daei. Bukan saja negara ini mempunyai masyarakat majmuk tetapi dalam masa yang sama juga pelbagai fahaman agama. Walaupun islam adalah agama resmi dan dominan tetapi kesungguhan golongan bukan islam untuk menyuarakan hak dan tuntutan beribadah dan mengembangkan agama mereka makin hari semakin kuat.

Dalam meneliti setiap insiden dan kenyataan parti-parti politik, memang kadang kala agak keliru dan mnegelirukan. Mungkin selama ini negara di perintah 53 tahun bawah BN sehingga mayarakat begitu selesa dengan apa yang ada dan tidak memikirkan sangat masalah yang timbul. Tetapi perkembangan politik yg ada saya lihat satu rahmat kepada umat islam yang dengan itu memaksa mereka berfikir dengan lebih teliti setiap kenyataan dan pendirian yang perlu dibuat.

Di sinilah perlunya seorang daei mempunyai ilmu yang agak komprehensif (syumul) sifatnya. Dalam erti kata lain, tidak cukup dengan ilmu agama, tetapi jug ilmu lain terutama sejarah, politik semasa tempatan dan dunia, agama2 lain, aspirasi dan keperluan bangsa lain dan ekonomi. Begitu juga bahasa, bukan saja bahasa inggeris tetapi juga bahasa arab. Ini semua kerana masyarakat tidak lagi boleh menerima hujah emosi tetapi sebaliknya dengan hujah ilmu dan fakta.

Malangnya tidak ramai pendakwah dinegara ini yang mempunyai pemikiran sedemikian. samada dia terbelengu dengan ilmu agamanya atau dengan ilmu duniawinya saja. Amat jarang yang mampu menguasai kedua2 aspek tersebut. Ini menjadikan penilaian kita terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa sanagt terbatas sehingga kita lebih senang menurut cakap orang lain BUKAN hasil ilmu yang ada dalam dada.

Daei abad ke 21 perlu berubah segera. Daei yang gagal menguasai ilmu kompreshensif ini akan ketinggalan dan tidak akan mampu membawa apa2 perubahan. Pengaruh mereka akan menjadi sangat terbatas. Mereka akan syok sendiri tetapi tidak boleh menguasai pemikiran umat. Yang lebih dibimbangi mereka ini akan mudah tertipu dgn kelembutan lidah musuh islam.


Responses

  1. Assalamualaikum, setuju dengan pandangan saudara. Sangat setuju, seorang mukmin harus begitu, berupaya untuk kuat dalam segala segi dan aspek.

    Dai – Alaf 21.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: