Posted by: aminuddin | 09/12/2010

Perlu Penegasan PR

Membaca buku Dr Mujahid, “Menuju PAS Baru”, saya tertarik dengan kenyataan beliau yg mengatakan bahawa PR perlu tegas dalam menyatakan pendirian mereka terhadap 3 tonggak utama :

1. Agama Islam

2. Raja2 Melayu

3. Hak2 orang Melayu

Beliau menegaskan ini menjadi prasyarat utk PR mengambil alih kerajaan. Namun sehingga kini PR masih tidak tegas dan kabur pendirian mereka terhadap ketiga2 tonggak ini. Ini di sebabkan kepelbagaian fahaman dan bangsa dalam PR. DAP dgn Malaysian Malaysia, PKR pula merupakan kelompok libral dan aktivis sosial yg memandang serong terhadap intitusi agama. Isu takut akan berlaku penolakan oleh pengundi jika PR tegas dalam isu ini juga menjadi faktor kenapa ia masih tidak ditonjolkan.

Dalam ertikata lain selagi PR tidak dengan secara tegas dan jelas pendirian mereka terhadap tiga tonggak di atas, maka laluan mereka ke Putrajaya agak sukar.

 


Responses

  1. Saya tambah sikit….(yg tuan juga sebagai daei kena tulis…sebab nampak condong pada PR je-dlm semua tulisan…kata dakwah pada melayu semuanya)

    Dalam ertikata lain selagi UMNO perlu tegas dan jelas pendirian mereka terhadap tiga tonggak di bawah, jika tidak keberadaan mereka di Putrajaya tidak diredai??

    1. Agama Islam (Jgn masjid seksyen 8 Shah Alam yang dimakmurkan dirampas/ditutup hanya kerana banyak ceramah yang menyentuh polisi mereka etc.)

    2. Raja2 Melayu (Jgn Ku Li cabar Sultan Kelantan etc.)

    3. Hak2 orang Melayu (Jgn tanah rizab ditipu/diagih2kan dengan semberono etc.)

    (orang belum sampai lagi…kita dah tembak…orang yang dah lama kat situ…kita taknak nasihatkan?..atau dah rasa diorang dah done enough…PR kena kejar bagi sama n surpass)

    • Saya cuma “cut & paste” apa yg Dr Mujahid tulis. Saya berpandangan concern dia tu sangat relevan dan saya berkongsi dgn dia. Itu punca kenapa keadaan agak tak begitu selesa utk umat melayu islam sekarang ini.

  2. Ayat yg terakhir tu bukan ayat saudara ke?

    • Saya ubah sikit je. Dr Mujahid kata PR akan sukar tubuh kerajaan, saya tukar sikit, laluan ke Putrajaya sukar.

  3. Salam,

    Betul ke kata akh Amin dia copy paste drp Dr Mujahid, kalau betul rasanya takde salahnya pandangan akh Amin.

    Yang ayat terakhir tu daripada akh Amin tapi lebih drp summary drp Dr Mujahid.

    Ana juga penyokong PR, tapi ana tenguk adalah suatu yang tidak sihat ramai
    penyokong PR ini tak boleh terima kritikan lansung, utk menang kita kena juga terima kritikan-kritikan bro.

    Ana baca Raja Petra punya blog betul juga RPK kata ” RPK whacked BN dengan teruk tapi just slap PR in the face” itu pun nak marah-marah sampai kata RPK trojan house.

    Kalau PRK tu trojan house dia takkan nak bahayakan nyawa dia ?

    W.A.

    • Ok…sy terima penjelasan…

      Sy bukan against isinya…sy against ayat terakhirnya (krn ingat ia ayat aminudin)…tp kalau ia ayat mujahid sy OK pulak yer…hurm kenapa?? sebabnya …saya bercakap pada konteks dan orang yang katanya nak kesatuan umat melayu Islam….so umno patut tak terlepaslah daripada nasihat ini…sayangnya jarang sekali nampak dlm MAJORITI entrinya…kalau itu mujahid yg bercakap saya tahu sifatnya dan apa maksud ayatnya ini

      Nak buat even worse…tiada olahan sendiri yang menampakkan what is the big fuss…dah orang tu dah cakap camtu…ni cam guna tulisan orang utk menyindir je/buat kesimpulan berbalik (reverse pychology), even your comment afterward menampakkan motif sebenar “Saya berpandangan concern dia tu sangat relevan dan saya berkongsi dgn dia. Itu punca kenapa keadaan agak tak begitu selesa utk umat melayu islam sekarang ini.”…Apa?? maksudnya melayu & islam (xnak guna semata melayu islam) sebelum ni is quite better off?

      Menuju PAS baru juga mengingatkan PAS menjadi parti yg lebih nasional dan beridentiti negara bangsa mengikut luhur perlembagaan negara…bukan parti melayu, muslim yg berperlembagaan quran…taknak komen ke? Point sy kalau sekadar kupasan2 ringkas begini dan cara laporan yang berat sebelah (dr sudut entri2 blog ini)….apa beza dengan cara laporan media sedia ada. Saya bukan nak kata saudara amin ni that low…tp there is a harmonize way utk convey a message

      Akhir kalam…seolah2 menutup mata pd umno dan BN yang mrk tak pernah buat salah dengan tiga hal ni (tu yg ana hi-light isu tu dlm kurungan)…pendek kata…maybe2..ini telahan saya…sorry kalau nak tolak saya (tp buktikan dulu la)..macam tak pandai simpulkan berita2 berkaitan…sebab utusan etc pun mana pernah sensasi isu2 ini..ye dak

      Utk pengetahuan…sy penyokong BN n PR laa…sy bukan jenis melatah

      Trojan Horse…x pernah dengar sy claim sebegitu…kalau ada pun lolongan tersebut, sy takkan termasuk dlm golongan sebegitu…itu saya…penyokong kebenaran penentang kebatilan…anda siapa?

      • Mana kenyataan yg baik saya sokong, tak kira dr mana; UMNO ke PAS ke.

        Komen ttg UMNO; tak payahlah. Dah banyak sangat dan di akui sendiri oleh pimpinan UMNO akan kegawatannya. Korupsi, kronism, nepotism etc semuanya ada. Nak komen apa lagi. Kita nak jaga parti yg ada supaya jangan jadi mcm UMNO.

        Siapa saya? Macam saudara juga; pencari kebenaran dan penyeru kesatuan Melayu.

        Negara Bangsa. Sdr tahuke apa maksud negara bangsa ni? Bagi saya, saya tak berapa setuju M’sia nak di jadikan negara bangsa. Ini bererti akan hilang semua identiti bangsa.

  4. Salam,

    Saya taklah kata setuju dengan semua pendapat akh Amin tapi komen-komennya
    adalah lebih baik daripada media-media utama dan tak nampak pulak niatnya untuk menyindir.

    Saya nampak point saudara Amir bahawa kebanyakan entreis Akh Amin komen tentang PR, harpa Akh Amin ambil berat hal ini
    Memang niat akh Amin tu baik utk menegur PR supaya jadi kerajaan alternatif yang lebih baik tapi dalam politik “Anticipate the outcome” adalah perkara yang paling penting. Kalau akh Amin banyak kritik PR ornag nampak akh Amin macam sokong BN.

    Harap lepas ini akh Amin dapat seimbangkan kritikan kepada BN dan PR.

    Saya rasa bagus akh Amin (orang yang terlibat dalam tarbiyah Islam) memberi
    pendapat politik sebab kebanyakan cerita-cerita politik di Malaysia sekarang dikuasai oleh orang-orang yang menampakkan politik tu nampak kotor.
    Jadi sumbangan orang-orang macam akh Amin boleh mengurangkan kotornya
    politik dan amat diharapkan bahawa ramai orang macam akh Amin (yang terlibat dalam tarbiyah Islam) memberikan komen-komen tentang politik untuk mensucikan balik politik di Malaysia ini.

    W.A.

    Saya bukan ahli ISMA, saya ahli NGO islam yang lain (JIM).

    • Saya dah banyak komen ttg UMNO baik dalam blog maupun dalam buku saya. Jadi tak larat lagi dah nak komen UMNO. Semua mabusia yg bernyawa d bumi Malaysia ni dah tahu ttg UMNO. Tak payah tambah apa2.

      Kenapa saya komen PR. Ini kerana tak mau PR jadi macam UMNO. Biar komen awal. Kalau dah jadi macam UMNO esok, saya juga dah takkan komen.

      Tunggu 2 buku baru saya, akan terbit tak lama lagi
      1. Transformasi Pendakwah
      2. Kesatuan Melayu; Masih adakah harapan?
      Banyak saya komen ttg politik, ekonomi org Melayu. Juga masa depan kesatuan Melayu.

  5. Ohooo…ahli JIM bersuara mempertahankan ahli ISMA…menarik ni…harap benda baik ini menjadi amalan both ways…Insyaallah, hati yg ikhlas akan membawa diri sebaiknya dalam menilai semua manusia..muslim mahupun bukan muslim

    p.s: saya rasa ayat akhir amir tu bukan bermaksud tanya siapa nazri…dia quote ISHAB punya cara perkenalan diri…hehehe

    • Utk pengetahuan, saya duduk dalam beberpa komiti kesatuan NGO2 termasuk JIM spt ACCIN, MAIM, MAPIM. Juga kerjasama dlm program2 dgn JAIS.

      Jadi kerjasama ini bukan perkara asing bagi saya. Cuma ramai yg tak mengetahui maka sebab itu masih menyimpan prasangka.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: