Posted by: aminuddin | 13/12/2010

Berikan saya jawapan…

Membelek berita dalam Malaysiakini, terpandang saya akan satu berita :

“Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa…….

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana DAP sebelum ini.”

Selaku seorang yg bukan berlatarbelakangkan agama, saya agak curious, bolehkah kita mendoakan seseorang yang memperjuangkan sistem sosialis? Saya tak pasti apa jawapannya? Mungkin pembaca Blog ini boleh beri panduan kepada saya. Saya perlu jawapan sebagai panduan masa hadapan.

Sebagai panduan, saya quotekan apa yg tertulis dalam web DAP :

1. “The Petaling Declaration reaffirms that DAP is to achieve its objective of creating a DEMOCRATIC SOCIALIST Malaysian Malaysia through peaceful, democratic and constitutional struggle.”

2. “The Setapak Declaration affirms DAP’s viewpoint that in the process of nation-building, ethnic equality must be made the paramount principle, and it is upon this principle that the separation of citizens into “Bumiputra” and ” non- Bumiputra” is strongly opposed.”


Responses

  1. HUKUMNYA AKAN JADI HARAM APABILA MENDOAKAN KEAMPUNAN
    Imam An-Nawawi menyebut :

    وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

    Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma’ ulama ( Al-Majmu’)

    RINGKASAN DALIL

    Terdapat beberapa dalil asas antaranya :-

    Firman Allah :-مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

    Ertinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)

    Hadis Nabi :أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )

    Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : “Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti ” sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai”

    Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM.

    HARUS HUKUMNYA JIKA
    Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :

    بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

    Ertinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.

    RINGKASAN DALIL

    Terdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-

    Hadis nabi : -فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

    Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : “Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)

    Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : “Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah” (dari Riwayat Muslim)

    Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).

    Hadis nabi :-كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

    Ertinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)

    Doa untuk penduduk Taif yang kafir
    Penduduk Taif didakwah oleh Nabi Muhammad saw dan Zaid. Nabi Muhammad saw dan Zaid berdakwah dengan mengetuk pintu setiap rumah penduduk Taif dan mengajak mereka untuk memasuki Islam. Namun setelah 3 hari Nabi Muhammad saw berbuat demikian, pendududk Taif menangkap Nabi Muhammad saw dan Zaid dan menghalau mereka daripada Taif. Nabi Muhammad saw dan Zaid dibaling batu sehingga Nabi Muhammad saw luka. Setelah itu Nabi singgah si suatu pohon dan berdoa untuk penduduk Taif yang kafir.

    keempat
    Doa Nabi Muhammad saw kepada Allah agar diselamatkan Islam antara dua Umar
    Secara khusus Nabi Muhammad saw memohon kepada Allah dengan menyebut nama dua Umar iaitu Saidina Umar Al-Khatab dan Umar (Abu Jahal). Allah Taala mendatangkan kepada Nabi Muhammad saw Saidina Umar Al-Khatab dan Islam maju dengan kehadiran Saidina Umar.

    KESIMPULANNYA
    apa pun bergantung pd isi kandungan doa tersebut. walaubagaimanapun rasulullah tidak mendoakan pd orang kafir melainkan AGAR MENDAPAT HIDAYAH. dalam kekucar-kaciran politik di Malaysia ini, bergantunglah pd apa yg diniatkannya….
    dan akan DIHISAB DEPAN ALLAH berdasarkan niatnya

    *apa yang diharapkan, apabila mendoakan org kafir, majlis mereka, bahkan perjuangan mereka??? Nauzubillah min zalik

    • Tkasih atas input Sdr Farhan.

  2. Hurmm…saya juga pernah doakan majlis di acara jabatan saya…lepas tu ada acara maksiat…

    Tak berkat juga saya yer….tapi benda ni cam dah biasa diamalkan sejak dahulu kala lagi…

    Berdoa utk kalangan dan majlis yang tidak meletak hakimiah Allah di depan

    Hurmm…saya nak juga dengar pandangan umum ni…since tuan amin tiba2 bangkitkan hal ini

    Sebab sefaham saya berdasarkan hujah saudara farhan dan berdasarkan kenyataan akbar tu (dipoint out oleh farhan)..apa yang saya amalkan di jabatan tak kurang jatuh nauzubillahnya…@ orang islam tidak apa2 buat majlis maksiat yang dimulakan dengan doa….nak kena jauhkan diri juga ke dgn majlis tu? ada pencerahan akan maksud sebenar yang ingin dicari dari entri ini???

    -Yang telah rasa berdosa angkara organisasiku-

    • Maaf Sdr Amrar, saya tak berapa berani komen. Ini melibatkan syarak dan tak syarak. Mgkn Farhan boleh respon. Kalau boleh saya respon sikit ialah DAP tu memang memperjuangkan sosialis sedang majlis2 Sdr tu tak begitu cuma teknikalnya je. Itupun bergantung content doa Sdr. kalau suruh org dapat hidayah dan di selamatkan dunia dan akhirat, ok je tapi kalau majlis maksiat tapi kita doa utk ia diberkati, itu lain sikit rasanya.

      • bertanyalah pd yg ahli (lebih fakih)…
        http://muis.ismaweb.net/

      • Pandangan di bawah ini mungkin tak kena mengena dgn topik atau aliran perbincangan, tapi rasanya tak jadi masalah utk mencambahkan pemikiran & kefahaman.

        Pandangan ini juga pandangan sbg pemerhati dari jauh, mungkin tak brp kena dgn kes kejadian sebenar.

        Pandangan saya sebagaimana yang saya fahami, persepakatan PAS-DAP adalah terbatas dlm isu menentang kezaliman, menumbangkan BN yang korup, menghormati perlembagaan Malaysia dlm perkara keistimewaan melayu, agama Islam dll.

        Sementara dalam soal hala tuju perjuangan, tiada persepakatan antara PAS-DAP. PAS dgn perjuangan Islam dan DAP dgn perjuangan sosialis. Setakat ini tiada kenyataan yang jelas tentang penerimaan DAP berkenaan Negara Islam yg diperjuangkan PAS. Kesepakatan menghormati perlembagaan Malaysia dlm perkara agama Islam sbg agama persekutuan tdklah melambangkan DAP menyetujui Negara Islam yg ingin ditegakkan PAS.

        Utk itu, pandangan saya, mana2 anggota PAS perlu jelas di mana titik persepakatan dan di mana pula yg tdk disepakati. Apakah batas2 persepakatan ini? Dari sinilah terbit cara berurusan dgn DAP. Kita bekerjasama dalam urusan apa dan apa pula perkara yg kita perlu tunjukkan pendirian yg lain. Adakah sesuai utk mendoakan kesejahteraan DAP atau hanya mendoakan petunjuk hidayah kepada DAP? Adakah sekadar hadir jemputan atau turut terlibat sama mendoakan parti tersebut? Jika ingin berdakwah kpd DAP, apakah cara dakwah yg sepatutnya dilakukan?

        Akhirnya, kita terpaksa merujuk kepada hukum Islam dan ulama utk menentu apa2 pendirian ini. Bukannya memakai logik tanpa disipilin ilmu. Ulama pula mungkin dlm btk keputusan ramai bukannya individu krn persoalan2 masakini memang agak kompleks dan rumit, memerlukan pandangan yang pelbagai sblm dibuat kesimpulan.

        Wallahua’lam.

      • Mana sama. Keadilan PAS ikut perspektif Islam, keadilan DAP ikut perspektif sosialis. Serupa tapi tak sama

    • bertanyalah pd yg ahli (lebih fakih)…

      Setujuu!!!….Kita adalah pendakwah bukan penghukum…nauzubillahi minzalik

      • Sedikit ulangkaji (moga bermanfaat)

        “Kita adalah pendakwah bukan penghukum” adalah petikan tulisan mursyid kedua Ikhwan Muslimin, al-marhum Hasan al-Hudhaibi yang menjadi salah satu panduan kepada pendakwah dalam berinteraksi dengan masyarakatnya.

        Namun bagaimanakah perlaksanaannya? Adakah bermaksud kita langsung tidak perlu menghukum sasaran dakwah kita? Adakah ia bererti cukup untuk kita berdakwah dan berdakwah, tanpa menghiraukan siapa di hadapan kita?

        Secara umumnya, kata-kata al-Hudhaibi ini mengajar kita untuk bersikap positif dan tabah untuk memainkan peranan sebagai pendakwah, menghindari sikap negative cepat menghukum atau melabel masyarakat dengan mengabaikan peranan dakwah sebenar.

        Namun, jika merujuk kepada tulisan Hasan al-Banna, Mursyid Ikhwan yang pertama, dalam rukun Tajarrud, (salah satu 10 rukun baiah Ikhwan Muslimin sebagaimana dalam risalah Ta’alim, tulisan beliau), beliau mengkategorikan manusia kepada kepada 6 golongan: muslim pejuang, muslim duduk saja2, muslim berdosa, zimmi yang akur dgn perjanjian, zimmi atas pagar dan harbi. Berasaskan pembahagian ini, al-Banna mengatakan, INDIVIDU dan ORGANISASI perlu dinilai dan ditimbang, kemudian disusuli pula oleh tindakan WALA` ataupun BARA`.

        Adakah dua kaedah ini kontradik? Al-Hudhaibi melarang menghukum, al-Banna menganjur menghukum? Atau sebenarnya kedua-dua2nya saling melengkapi?

        Ringkasnya tiada apa2 kontradiksi di sini. Peranan& proses dakwah yang ingin dilakukan perlu disesuaikan dengan kerangka 6 kategori manusia ini. Setiap golongan memiliki btk & cara perlaksanaan dakwah yg tersendiri. Setiap tindakan perlu berasaskan hukum, namun hukum tersebut bukanlah sesuatu yg tdk mungkin berubah satu masa nanti dan tidak pula menyekat usaha dakwah yg bersesuaian.

        Berbalik kpd DAP, jika ia meletakkan statusnya sbg sebuah gerakan sosialis, maka gerakan dakwah perlu mengambil pendirian melakukan dakwah kepadanya berasaskan status tersebut. Tindakan & peranan dakwah seharusnya bersesuaian dgn status ini. Wallahua’lam bis sowab

      • Saya respon terhadap entri yg dibincangkan…bukan bermakna saya jenis yg todong batang leher kalau musuh nak penggal….fahamilah thread kalau nak berargumentasi…ni pandai nak syarah buku albanna tp fail to see the point of discussion

        point saya…dah terang bersuluh ke status ni sampai nak jatuhkan hukum….tengok saja farhan…sampai buat khulasah sendiri…ingatlah dalam DAP pun ada yg muslim…sama kes cam organisasi en amir…so bagi saya (quote dr tuan aminudin), ia juga aspek teknikalla, kerana apa shj organisasi/wadah bukan islami, samalah statusnya…ataupun lain sebab satu cina pegang satu lagi melayu pegang…ada nas syarie ke kat sini yg saya tak tahu?? yg mengata organisasi ni haram dan yang ni halal??? abis doa dlm AGM bar council, majlis AGM perkasa, majlis SUHAKAM camne..since thread ni pun nak bincang bab syarak kan… boleh bawak kan tak? saya benar2 ingin tahu

        SOOO….itu sebab sy kata kita pendakwah bukan penghukum

        Faham?

        Saya nak tanyalah “maka gerakan dakwah perlu mengambil pendirian melakukan dakwah kepadanya berasaskan status tersebut. Tindakan & peranan dakwah seharusnya bersesuaian dgn status ini.”…apa tindakan saudara yer? sebagai rakan dlm satu2 perkongsian peringkatan politik yg sama…ingat diorang bukan panggil isma, abim, jim bla2 bacakan doa…so try putting urself dlm shoe depa…apa tindakan berasaskan status tersebut dlm konteks dakwah yer

        Atau mmg DAP dan keadaan ni jatuh ke status kena BARA’ sebab kafir yang menentang? atau mcmmana…i wud like to seek to understand

  3. Amir la…haa tula pasal….dimanakah kejelasan antara dua ini…tak baik main rasa2
    Organisasi saya pun bukanlah menjiwai aspirasi Islam per say…

    Rata2 saya rasa doa dlm majlis begini adalah berbentuk agar diberkati majlis (bukan majlis saya saje)…so kena tau apa yg qot’i apa yg ijtihadi…yer tak??

    • Jadilah jiwa yg merdeka.

      Apa yg saya faham drp perintah am, mana2 penjawat awam (saya tak pasti jabatan encik Amir, swasta atau kerajaan) berhak menolak utk membaca doa atau al-Quran dlm mana2 majlis, jika didapati majlis tersebut tdk sesuai. Wallahua’lam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: